Tuesday, January 5, 2016

#throwback 2015

Assalamualaikum

Happy New Year!!!

aku pun tak tau nak kata cmne pencapaian 2015 ni. Masih tak kurus, masih single, masih tinggal di rumah yang sama dah masih bekerja di tempat yang sama.
cuma, harini last day la aku ada kat office ni, next year aku akan pindah ke office baru yang mendapat pengiktirafan GBI platinum dan termasuk di dalam top ten (no.10) the best new skyscrapers in the world.
Teruja? tak pun hehe.. ok, teruja la sikit. Maknanya hari-hari la aku kena drive sejauh 30 km ke office, public transport jauh jugak ngan opis. Tapi tengokla nanti cmne.

selain dari itu, aku jugak cuba untuk membuat beberapa pembaharuan dalam hidup, menerima cabaran dan harapnya pengalaman yang dilalui dalam 2015 dapat membawa aku lebih jauh kehadapan..wah gitu!!

PKAChan pun banyak jugak le buat hal tahun ni, kena langgar, aircond rosak, cermin retak, tayar bengkak. hah!! pasrah la aku. Tapi, demi cinta aku korekkan jugak tabung.

tahun ni jugak, hobby travel telah membuatkan aku bertemu kawan-kawan baru yang awesome. Bermula dengan peremuan di putrajaya membawa ke sessi2 kedai kopi. Thanks #divadivana.
selain dari suka travel, kami juga suka makan hehe. nice to know all of you. Kakamyra, azra, dj, nana, bie, jea, jm, kak jem, zilla and looking foward to meet syida suatu hari nanti InsyaAllah.

Tapi!!
tahun 2015 juga membawa aku ke beberapa negara yang menambahkan lagi pengalaman aku dalam bidang travel-travel nih.

1) Mac 2015 - Bali
Tempat ni memang dalam wishlist aku. Ni pun satu trip sengal. Aku just ada 2 hari je untuk cover Bali ni, memang tak cukup la. Tapi at least aku dapat la Balifeel tuh.. InsyaAllah ada kelapangan boley la repeat lagi bila-bila. yang best trip ni sebab aku pergi dengan 2 orang best frends aku dan dapat sorang kawan baru.






2) May 2015-Padang-Bukittinggi, Indonesia
tak tau kenapa Padang ni masuk dalam wishlist. Aku rasa seni rumah gadang dan keindahan Danau Maninjau membawa aku kesini. wahh...
Trip ni aku pergi dengan adik aku (ummi dadam) sekaligus kira birthday trip dia lah. 4 hari disini sedang elok la untuk explore mana yang patut. One thing for sure, Padang-bukittinggi bukan hanya sekadar shopping. tak caya, terjah blog Dr. Singa.






3) September 2015- Chiangrai-Chiangmai, Thailand
my favorite trip this year!!. banyak yang "my first" untuk trip ini dan kira macam agak impromptu la sebab last minute changing plan. Tapi aku bersyukur sebab dapat menjejakkan kaki buat kali pertama di land of Smile ni. Kesimpulannya - cintaku tertinggal di Chiangmai. Walaupun aku macam mabuk temple sikit kat sini hehe, tapi aku rasa Chiangmai agak berbaloi untuk dilawati kalau korang sukakan nature dan culture. it is very laid back city, tayah tergopoh gapah, jarang kena scam dan InsyaAllah selamat walaupun solo traveller.








4) Oktober 2015- Seoul, Korea
Trip ni wishlist Ean, aku tukang ikut je. Tapi aku jugak yang tukang prepare itinerary bagai hahaha..
beli tiket tak tengok peak autumn ke hape ke, mendapatla autum ala-ala kadar je. Takdela daun-daun kuning bagai. Bagi aku, kalau ditakdirkan untuk repeat Korea, maybe pergi tempat lain la pulak kot. cukup le Seoul nih. 4 hari trip haritu memang cover banyak kat Seoul je. Lagi satu, aku rasa tobat dah nak pegi Namsan tower tuh hehe. Trip ni jugak telah mengubah persepsi aku terhadap korean food. Sedap rupanya. Selain tu, teringat-ingat jugk la vibe Insadong dan Myeondong. aku suka!!







Alhamdulillah, Itu jelah tempat-tempat yang berkesempatan dari segi masa dan kewangan untuk pergi. semua tempat ada tarikan masing-masing. Siapalah aku untuk judge tempat tu best ke idok. Best bagi aku, mungkin tidak bagi kamu. (vice versa)

Azam 2016 ialah untuk mendirikan "rumahtangga" secara literally hahaha!! matilah say out loud (bukan kawen ok, tu perkara yg diluar keupayaan).
harapnya 2016 memberikan pengalaman-pengalaman baru dan menambahbaik diri sendiri.

sekian

dzuli

4 comments:

  1. yeeaaayyy tamat sudah 2015 yg penuh cerita manis pahit..
    selamat mendirikan "rumahtangga" jangan lupa helo2 aku

    thanks dzuli sudi jadi member ngeteh aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..semoga urusan rummahtangga aku dipermudahkanm
      tq jugakkk *hugs*

      Delete
  2. Untunglaaa keje kt gbi platinum building...nk buat konsep gb ala kdr pun mkn juta2 wei...xlpsss ktorg nk buat gb ni tau...hahaha

    Yezza #divadivana tu terbaek...bila tah nk plan trip nih...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungkan? hahaha..panas la GBI, air cond dikurangkan
      tula...marilah kita plan trip kecil-kecilan dulu

      Delete