Thursday, February 11, 2016

krabi 2016- Part 1 (perjalanan yang panjang)



Assalamualaikum

baru la bernapas sikit nak start entry Krabi #purapurabusy
Macam yang aku cerita sebelum ni, kami overland untuk ke Krabi. 
sebab :
1) flight mahal gila sebab cuti, almost RM500 return ticket
2) kaki dah gatal nak berjalan
3) konon nak cuba overland
4) Mendapatkan title backpackers (gurau je!!)

so, lebih kurang sebulan sebelum trip, aku prepare la apa yg patut seperti beli tiket bas dan book hotel. Sebab peak season, hotel pun melambung2 tinggi, port yang best2 memang sold out la. pasrah jelah. Aku rasa macam serik je nak travel time cuti berkembar+cuti sekolah ni

macam biasa, travel partner ialah Ean. Kami beli Sri Maju ekspres sebab dia boarding di TBS dan ramai yang recommend. Bus bertolak pukul 10.30 malam
Seat besar, ada wifi (tapi kat malaysia je), driver kami malam tu agak berhemah. cuma banyak kali sangat berenti, Maybe dia nak pastikan takde penumpang yang kena batu karang nanti hehe.


sempat selfie. Mood okey lagi masa nih

Sampai je kat changlun, driver bas amik passport kami dan kena letak RM5 dalam passport tu. Insurans katanya. Masa kat bukit kayu hitam berenti untuk immi check macam kat airport tu. Ada autogate. jangan risau. Lepas tu naik semula bas, masa ni kami naik la bas Sri Maju yg depan checkpoint tu. Aku perasan sticker password Wifi dah takde dan bas tu ada bau setanggi sikit. Bas yang kami naik ada sticker password wifi dan takde bau. Aku cakap kat Ean " mentang2 dan sampai Thailand, terus cabut password wifi". Pergi kat seat kami nampak botol2 bagai. Ean cakap "eh, ni bukan bas kita" Masa nak turun terserempak pulak ngan driver bas tu. dia cakap " adik, bas kamu yang kat sana la"..terus mencicit lari..maluuu..nasib baik takde orang

sampai Sadao border berenti lagi untuk chop passport pulak. Queue panjang gila.
Masa dah siap chop passport, jumpe lagi driver bas yang kami salah naik tadi. Dia siap cakap "adik, bas kamu depan sana, jangan salah naik bas lagi" ceh!!. Dah naik bas, Ean tetiba sakit perut dan pergi toilet. Toilet agak jauh. tak lama lepas tu, semua penumpang dah naik. Pakcik bas suh aku call Ean sebab macam dah lama je orang tunggu. Line pulak dah takde, maklomla aku pakai Umobile. Lama jugak la bas kena tunggu Ean hehe. 

Kami sampai Hatyai Davis tours pukul 8.30 camtu. Aku ada baca satu blog, dia pesan jangan amik minivan kat luar, amik dari davis tours tu sendiri dan itulah yang kami buat. Beli tiket minivan ke Aonang dengan harga THB350. 
Pukul 9.00 pagi, van pun sampai. Naik van terus disapa dengan " akak orang Malaysia ye?". 2 budak laki tegur kitaorang. sampai kat mana tah, lagi sekumpulan budak laki malaysia naik van tuh. Van ni lawa sikit. leather seat dan besar. Tapi driver muka ketat gila. Nak je aku pijak bagi longgar sikit. Tetiba dia suruh aku, ean ngan 2 budak laki tu turun naik van lain. Van kedua ni sempit sikit, buruks sikit dan dipenuhi sefamily chinese-indosnesian. sempit sebab beg berlambak2. 
makanya...perjalanan 4 jam dirasakan seperti 40 jam. Dah la family tu bising sikit. Pastu nak tido pun tak selesa. Akak pasrah!! 

Akhirnya, sampai aonang. Masalah pertama: Jem gila2, masalah kedua: chinese family tu baca setiap signboard yang diorang nampak. Annoying hokey!! (mental breakdown sikit masa nih haha)
Masalah ketiga : Driver taktau hotel kami. Driver tu pass kami kat tuktuk. Mula-mula dia nak bayarkan tutk tuk tu, tapi dia xde duit kecik dan kami kena bayar sendiri!! THB80. demmit

Tuktuk tu pun x jumpe hotel kami. Tapi kawasan tu dah betul. Akhirnya  Ean yang nampak. Signboard hotel kitaorang kecik sikit. Maklumla bajet hotel dicelah-celah resort. 
Nama hotel kami Ploenlay. Hotel biasa, around Rm100/night. Hotel ni baru sangat, receptionist pun xde. nasib baik masa kami sampai owner tu memang tengah tunggu kitaorang.
Bilik ok, bersih.Sempit sikit tapi ok. Ada balkoni tapi view construction site. Gambar takde lak.
Masa ni dah rasa kepam sangat. Sampai bilik terus mandi dan solat. 

tuk tuk krabi style. Lain sikit dari yang kami naik di Chiangmai (tuktuk noobies)
Dah rasa so fresh so clean, barulah bersemangat untuk explore Aonang. Hari pun dah petang. Around 5 p.m camtu. Kami nak cari package island hopping dan night market. Sebab kitaorang tak lapar sangat, (dah makan kat RnR hatyai), so kami terus fokus untuk cari tour. Survey-survey sikit dan akhirnya ambik satu tour dekat sorang akak yang boleh berbahasa Melayu. Pakej tu muslim, so lunch yang disediakan halal. Kami amik Phi Phi Island tour je. Akak tu cakap, kalau first timer, elok amik phi phi isalnd. Harga tour THB 1100. harga pakej night market pulak THB300/person kalau tak salah. Akak tu pesan, pukul 6 p.m tunggu depan kedai dia untuk ke night market.

kami pun jalan-jalan sikit area aonang. Masa ni aku dah menggeletis nak cark Cha Yen. Beli kat black canyon. Mahal tapi sedap gila.
Jalan-jalan sikit kat Aonang Beach untuk buang masa
Cantik rupanya. Terkesima jugak aku
dapat layan sunset pulak
2 anak beranak berselfie
Syahdu..sebab lawa sangat. Subhanallah


Dah pukul 6, kami pun terus ke kedai akak tadi. Sampai sana dia suruh ikut dia ke Aonang Resort apa tah. Katanya van tunggu situ.

folo akak seluar pink tu ke pickup point. Jangan folo mamat topless tu, kang tak sampai tempat dituju.
laju gila jalan. Yang kitaorang sebok dok snappy sana-sini
Lama jugak tunggu van sampai. Jem agaknya. Lepas tu pergi pickup pulak orang kat hotel-hotel lain area aonang tu. Dekat pukul 7 p.m jugakla baru gerak ke night market.
Aku rasa dari aonang ke pekan krabi dalam setengah jam macamtu. Sampai je, abang tu drop kitaorang semua dan bagi masa around 2 jam setengah untuk jalan-jalan.

Gambar night market kebanyakkannya huduh. So aku x upload hehe. Sampai je, terusla serbu tempat makan. Lapo gila

mesti la try banana nutella pancake trademark krabi. Boleh tahan
Pad thai yang sangat sedap. Rasa tak cukup sebekas. Harga THB 35. Makan berdirisebab takde seat kosong
memang night market kat Thailand selalu ada persembahan2 ek
aiskrim kelapa macam sangkaya. Harga separuh dari harga sangkaya. Sedap hingga menjilat tempurung
ada jugak persembahan kebudayaan. dermalah apa yang mampu.

selain tu, kami juga try air kelapa, pulut ayam, pulut mangga (tapau bawak balik). Penuh perut. Berbaloi la tak makan dari siang tadi. Kat sini jugak souvenir lebih cantik dan murah berbanding Aonang. Aku ngan Ean ada beli Tshirt handmade yang lawa. Tote bag pun lawa, tapi aku menahan nafsu sebab bawak duit sikit je hehe. Aku memang pantang jumpa tote bag bila travel. Selalu beli untuk souvenir buat diri sendiri

Around 9.30, kami pun gerak balik ke hotel.
Habislah hari pertama di krabi yang separuhnya habis dalam minivan hehe.


Bersambung

dzuli

6 comments:

  1. dzu, aku haritu takdelah pula kena letak duit dlm passport..tapi bukan sri maju lah aku naik bas dari company lain hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kami dapat satu slip insurans tu. masa balik pun sama. Sebab dah beli online, kena bayar 50bath dekat office davis tours. pun dapat slip insurans jugak. ntah le betul ke tak

      Delete
    2. masa pergi derang tak minta pun..tau2 dah dikepilkan sekali dlm passport..tapi utk tiket balik, derang minta 50baht tambahan utk insuran masa kat office apatah di hatyai..aku rasa, ikut company juga kot...

      Delete
    3. ye agaknya..ikut company bas

      Delete
  2. perghh..overland..JJCM di Thailand mmg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...makanan dia menepati citarasa saya hehe

      Delete