Tuesday, February 23, 2016

omnomnom part 2


Assalamualaikum
harini boss cuti, so ada free sikit haha.
duduk department baru ni kadang-kadang busy dia mengalahkan buat projek juta-juta.

saja lah nak kongsi tempat-tempat makan yang menarik. Gambar kedai, menu semua memang takde la *beri laluan kepada duta JJCM tersohor, cik DJ kita*

1) New York Steak Shack, IOI city Mall
dah lama dok usha je, suatu hari aku pun datang try ngan adik aku. kat sini side dishes dan sos boleh pilih. Aku try sirloin steak. Harga agak ok, below RM 30. Rasanya pulak, hmm..bolehlah



2) M.A.D (Modern Asian Dining), Sunway Putramall
pengalaman ngeri!! tapi food agak sedap. Kitaorang tunggu dekat sejam+ ada pergaduhan antara supervisor ngan pekerja dia. nasib kitaorang sebab makan hari 50% off untuk all food. Mendapatla..
Aku oder nasi goreng special (takde gambar), kawan aku oder chicken chop (seperti gambar)



3) Nasi Daun Pisang (tak ingat nama kedai)
hohooo...sedap!! kedai area serdang. Masa dok cari-cari rumah area serdang, adik aku cakap ada kedai nasi daun pisang best kat sini. Haruslah mencoba. 1st time aku makan nasi daun pisang (nasi daun pisang noobies). Dia pakai set. Lain la sikit dari original

ayam ada, kambing ada. kenyang mengembek dan berkokok


4) Dapur Sarawak, area KPJ Tawakkal (dekat dengan haslam restaurant)
Katanya kedai ni Mahmud Ali Bashah punya. Apa, tak kenal? sah la bukan peminat drama Melayu.
Laksa sarawak dia sedap sehingga menjilat mangkuk. Siap oder yang saiz besar lagi. haha. Harga dalam RM 8 je.



5) Go Nek Mok, Sunway Putramall
suatu hari, jalan sorang-sorang, tak tau nak makan mana. Nampak satu kedai kat Selera Street tu. Duduk dan try.
nama menu, nasi kukus ayam bakar. dalam nasi daun pisang tu ada dendeng daging plak. sedapnyaa..tapi masa ni dia suh makan dalam kotak dan sudu plastik. potong stim.
sekarang kedai ni dah maju. ada pinggan, air dan sudu besi.



6) Nathan's Famous, IOI city Mall
katanya the best hotdog in NYC ke apatah.
hampa, kecewa, fries soggy, burger boleh tahan. lemonade sedap gak. Nasib baik amik burgr promotion buy 1 free 1



sekian saja episod omnomnom untuk kali ini.


dzuli

2 comments: