Monday, March 14, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Pengenalan

Assalamualaikum

ជំរាបសួរកម្ពុជា. Haa..greetings dalam bahasa khmer aku bagi harini. 
Alhamdulillah, 8-12 Mac 2016 kami berempat telah berjaya menamatkan misi menerjah lagi satu negara di Asia Tenggara iaitu Cambodia. 
Tempat ni memang dah lama dalam wishlist aku dan Ean. Teringin nak tengok Angkor Wat katanya.
Macam biasa, tiket beli tahun lepas masa promo free seat Air Asia. Itu jela yang mampu. Tiket Kul-Siem Reap dan Phnom Penh-Kul dibeli dengan harga RM 180++ camtu. Murah kan?
dah murah jangan la nak harap service umpama VVIP. Angkat sendiri la beg tu kat overhead compartment muahaha. (maaf, menyimpang)

Asalnya, aku ngan Ean je, kami offer dekat Zu ngan Mun diorang busy pulak. Aku ajak Farhana, dia on. Lama dah tak trip ngan budak ni. last trip dengan dia around 2013 dulu. Kemudian kak Azma nak join. Aku dah siap beli tiket semua. Akhirnya, beberapa bulan sebelum berangkat, dia tak jadi pergi sebab busy katanya. Last sekali Kak Yang masuk line. Akhirnya masih mengekalkan 4 orang ahli.

Itinerary macam biasa je. Since kami ada 4 hari di bumi Kampuchea, kami memilih untuk habiskan 3 hari di siem reap dan 1 hari di Phnom Penh. Mula-mula nak buat 2 hari SR dan 2 hari PP, setelah membaca review dan tanya kawan-kawan, kitaorang potong yang dekat PP. Which was satu keputusan yang sangat tepat.

Itinerary takde la beza sangat dengan orang lain. 
1st day- Muzium dan Cultural Village
2nd day- Phnom Kulen National park & Tonle sap (sunset)
3rd day -Angkor complex & Apsara Dance
4th day- Killing field PP, Toul Sleng Museum,

Untuk tuk-tuk di siem reap kami guna khidmat Kassim Angkor yang semakin femes di page BBM. USD 13day. service tiptop, cuma beliau ada sedikit masalah punctuality haha. Tapi acceptable 
tuktuk di PP kami guna khidmat kawan Kassim, USD 25/day. Aku rasa cam mahal je. Tapi pasrah je la. PP busy dan besar. Jarak dari satu tempat ke satu tempat agak jauh.

Kos keseluruhan around 1000++ (tak masuk tiket flight). Maklumla kadar tukaran dah tinggi. Itupun syukurlah masa ni Ringgit dah makin stabil. Masa aku tukar 1USD=RM 4.14. Ean dapat RM 4.11, farhana dapat RM 4.10
itu pun aku xde shopping sangat. semua souvenir beli untuk diri sendiri je hehe.

Layan dulu preview. Kali ni aku guna Gopro yang dipinjamkan oleh Kak Cik. Sebelum ni Fujifilm tu pun dia punya gak haha. Aku ada camera henfon je ngan DSLR zaman 2009 (kesian saya)

Mendarat dengan selamat. Ean terlebih excited sebab makan nasik lemak dalam flight

weolls dalam tuk tuk abang kassim
angkor national museum. Akak suka, 


dah sampai cambodia, kena la layan Lembu Naik bukit 
cultural show kat cultural village. Ramai gila, dah le panas.
River of thousands lingga, Phnom kulen- Sedikit frust disini
Phnom Kulen waterfall
Phnom Kulen waterfall, agak kering dan tak menarik
cover balik kekecewaan di Phnom Kulen- Lotus farm.
dan, sunset di Tonle Sap- sangat precious. Subhanallah
salah satu tugas abang kassim
Highlights of this trip- The Majestic Angkor Wat
angkor wat lagi
dah ada gopro, mestilah berselfie ala2 emo. muahaha
Bayon
Layan Apsara dekat Temple Pub- 1st time akak masuk pub, mujur tak kena sumpahan Puan Zuraidah heeee
ada HRC kat siem reap. Semua angkut sorang satu. Souvenir untuk diri sendiri katanya. Heii..HRC Melaka, BB dan Penang tu korang pandang sepi je kan
tumpah jugak air mata dekat sini. 
takde adengan selfi-selfi kat sini. Semua tourist agak behave dan menghormati kisah sedih tempat ni
aktiviti petang masyarakat Phnom Penh
Sungai Mekong

overall, aku sangat puas hati dengan trip ni. Banyak kenangan kelakar, drama sikit dan pengalaman yang lain dari sebelum ni. Itula keindahan travel kan? setiap destinasi ada cerita sendiri. InsyaAllah akan dikongsikan kat sini.

kesimpulan: Cintaku Tertinggal di Siem Reap !!!


dzuli


6 comments:

  1. best kan gopro..tak yah susah2 berdiri nak amik gambar flatlay.. hahahah... kalau pandai pakai protune tu msti lg lawa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best le..tapi nak ambik gambar jauh2 tak best. takleh nak zoom
      ni rasa nak beli sebijik ni

      Delete
  2. setuju..setiap destinasi mesti ada cerita tersendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...selalu banyak drama yang kami create je hehe

      Delete
  3. aku br nak ckp sungai tu lawa, awatkuciwa plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecewa sebab entrance fee usd 18, pemandangan tak superb dan tak terjaga..

      Delete