Sunday, March 20, 2016

krabi 2016- part 2 (island hopping)




Assalamualaikum

sambungan dari cerita Krabi 3 bulan lepas hehe.
untuk hari kedua, kami buat acara wajib la iaitu Island Hopping. Sebagai krabi noobies, kitaorang pilih phi-phi islad hopping. kat krabi ni ada banyak island hopping. pilih la yang mana berkenan. Harga pakej ialah THB 1100 dan kena bayar fee taman laut apa tah THB 400. Fee ni baru lagi, sejak jun 2015 kalau tak salah.

pagi-pagi driver dah pickup kat hotel dan berjanggut nak tunggu ahli-ahli dari hotel lain.Sampai satu beach tu, kami dibahagikan ikut kumpulan. Nama tour guide/beachboi group aku Chart (carta).
dalam boat ada  4 group rakyat Malaysia. Semua ok, sembang2 la jugak dalam boat. ahli lain ada la family dari jepun, family mat salleh tak pasti negara mana dan couple mat salleh.

sebahagian dari warga boat. Mamat baju biru tu beachboi, boleh cakap melayu

Hentian pertama ialah Maya Bay. Dalam sejam gak la stop kat sini. Lawa, tapi manusia punya la ramai. Boleh la nak berenang ke apa ke. Aku macam biasa, tak suka basah2, just lepak tepi pantai minum kopi, borak ngan pakcik turki, tolong ambik gambar pasangan2 bercinta *kuis-kuis pasir*



nak dapat gambar takde orang memang payah le.
aku suka longtail boat ni. Unik
minum kopi dalam kotak je. Beli kat 7E semalam

lepas tu kami dibawak mke berberapa lokasi untuk berenang dan snorkel. Ada lalu viking cave, tapi tak sempat nak ambik gambar.


around tengahari kitaorang dibawa untuk Lunch di Phi Phi Don.Chart cakap ada dua phi-phi. Satu phi pin don, satu lagi phi phi lai.


restoran halal
food tak sedap sangat. Tapi ok la..
cuci mata sikit. 



Lepas makan, snorkel lagi. Aku lepak je atas boat. 



Last sekali kami dibawa ke pantai apa tah tak ingat nama. Lawa jugak. sepatutnya ada satu lagi iaitu Bamboo Island, tapi chart cakap wave kuat, takleh stop situ. Ntah la betul ke tidak. Dalam boat, kami jugak dihidangkan buah-buahan (nenas dan tembikai). Mineral water pun free flow dalam boat ni.


duduk sipi2 je, kang putus buai tu, aku gak yang maluuu

Around pukul 5, kami kembali semula ke daratan. dekat sejam jugak la perjalanan ke pantai apa tah, sebelah aonang (depan holiday villa). Chart cakap jem teruk kat aonang, so sapa yang dekat2 mohon jalan kaki balik hotel. termasuk la hotel aku, dekat gila..dalam 10-15 menet jalan kaki.

on the way balik, nampak la gerai pancake halal. Kali ni dengan rakus kami oder sekeping sorang. Ean oder banana cheese, aku oder coconut, siap oder fruit juices lagi.
serius kedai ni sedap pancake dia. Before simpang La Playa Resort

ada dua kedai, pilih yang ni
bersinar2 pancake
nampak sighboard ni, depan tu la kedai pancake sedap


balik bilik, mandi dan solat. Lepas tu dengan rakus keluar balik sebab nak Layan sunset, mula-mula cadang nak pegi West Railay, tapi sebab macam dah gelap je, tak jadi la

Jalan-jalam nampak la pulak pancake Yamilah yang femes tu. Beli lagi haha, try yang crsipy pulak. Kali ni beli sekeping je. Malangnya, kurang menepati selera aku. Too oily. Salah pilih menu ni.

Pancake femes. Lawa Yaminlah ni,
Banyak halal streetfood kat sini.
crispy pancake. actually macam doh roti canai yang di deep fried. hah..masakla cholestrol level
ada kepala keretapi depan Krabi Resort

Apabila matahari mulai turun, marilah kita ke tepi pantai. Ada satu monumen ikan todak ni. Berduyun2 masnusia ambik gambar kat sini. Aku pun sama, join sekaki


menunjukkan 2 orang abang sado menarik ikan tersebut



lepas puas2 melayan sunset, kitaorang jalan-jalan kat Aonang Walking Street tu. Cari-cari souvenir apa yang patut


banyak la jual baju2, beg, souvenir bagai
boat2 di malam hari
banyak pub area ni
La playa resort


centara grand
mungkinkah suatu hari nanti?

lepas jalan-jalan, barulah late dinner. Kitaorang dinner depan hotel je. ada beberapa kedai halal. Pakcik kedai terlebih peramah pulak. seronok jumpe orang boleh cakap melayu agaknya.
malam tu order tak boleh blah, sotong garlic, tomyam, kerabu ketam, pulut mangga, cha yen. Harga dekat THB 800. ambik!!!
sotong tu besar, siap tapau bawak balik lagi.



tamatlah malam terakhir di krabi. esok dah nak balik dan menyinggah hatyai pulak


dzuli

6 comments:

  1. cam mana nak panjat long tail boat tu.. ce cita sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjat je, bukan tinggi sangat pun

      Delete
    2. yeke.. time kat boracay dulu nak panjat kapal layar tu kene pijak peha org yg jaga tu.. risau gila takut kaki dia patah.. hahahah

      Delete
  2. tu dia makan ko.. #nanges

    kalau kat statue tu kalau takde org mmg magic sgt kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi2 buta maybe takde orang haha.

      yang mahal sotong tu, dekat RM 40

      Delete
  3. Gambar last tue nampak best gile! Btw, baru hari nie la office i unblock blog you nie. Dah lama i tak boleh bukak.

    ReplyDelete