Monday, April 18, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Angkor National Musem & Cultural Village

Assalamualaikum

sebenarnya, aku nak buat entry short trip pergi Ipoh haritu, tetiba aku tak ingat mana aku letak gambar-gambar tu. Dalam dropbox pun takde.

Jadi, aku bersemangat nak buat entry pasal Cambodia nih.
tiket kami pukul 6.50 a.m. Jadi sebagai team #foreveralone, takde sapa nak menghantar pergi airport pagi2 buta, terpaksa la overnight kat KLIA 2. sobs!!
haha, sebenarnya boleh je nak suruh najah hantar, tapi kesian pulak dia nak drive balik sorang-sorang dari KLIA pukul 4-5 pagi kan.

Macam biasa, lepak Texas Chicken dulu, supper dan final meeting untuk itinerary dan costing dulu. Lepas tu cari port lepak untuk membuta. Masa ni dah around 12.00 a.m dah.

sambil testing Gopro..
Pukul 4.00 a.m cmtu kami masuk departure hall dan sambung tido haha. Rupanya lagi seronok lepak tido dalam departure hall ni. Gelap sikit.
Pukul 6.00 pagi, pintu gate pun dibukak dan kami berlepas ke Siem Reap tepat pukul 6.50 pagi. Flight agak penuh, tapi muka melayu ada la 5-6 orang je. Yang lain majority mat salleh and chinese.
pukul 7.50 waktu siem reap, kami pun selamat mendarat.

kitaorang stay dekat Angkor Breeze Villa. Ada free airport pickup service, apa lagi, gunakanlah servis itu. Risau jugak naik naik tuk2 dengan beg dan orang-orang yang berat hehe.
Sebelum tu sempat beli traveller sim dengan harga USD 5 untuk 5 GB kau. Muntahla guna internet.


dalam kereta menuju ke hotel, pakcik driver tu tak habis-habis suruh kami ambik pakej Apsara Dance kat satu restoren ni. Apa tah nama USD 15 ke 17ntah. siap cakap lagi tak best pergi Tonle Sap ngan Pnom Kulen sebab musim kering. Kitaorang senyap je, aku dah plan nak tgk apsara free kat Temple Pub kan

Sampai hotel, tak leh check in lagi sebab xde bilik kosong. Tetiba driver kitaorang mesej cakap dia lambat sikit, otor rosak. Udahnya melepak jela kat breakfast area hotel tuh.

lawa kerusi meja dia
masa tengah lepak-lepak tunggu kassim, sorang mat salleh yang agak kacak datang tanya " do you need a fan" kitaorang cakap la nak, dan dia bukak kan kipas kat situ. rupanya mamat tu owner GH ni, ingatkan guest cam kitaorang jugak.

Around pukul 10 lebih baru kassim sampai, tunjuk itinerary dan discuss sikit-sikit nak suitkan dengan jarak perjalanan. Akhirnya kami decide nak ke museum dengan cultural village.
Museum ni tak masuk pun dalam perancangan kami, tapi since takde apa nak buat, boleh la. Bayaran USD 11. Aku baca dalam trip advisor, datang museum dulu sebelum pergi Angkor Wat dan ianya membantu sikitla untuk pemahaman sejarah angkor.

tuk-tuk ialah transport yang paling famous kat sini.
beg kena tinggal luar.
Angkor national Museum
The Legend Revealed..ha gituuu

Bagi aku, museum ni best, very interactive. Banyak tayangan video so takdela boring nak membaca satu satu. Ada beberapa gallery utama, ambik phamplet kat depan dan follow direction. Nanti dia akan bawak ikut aturan zaman. Banyak dalam ni mat salleh je
model angkor wat pun ada. terus rasa tazabar nak pergi angkor
ada sikit-sikit pasal kaedah/elemen pembinaan angkor
pakaian zaman khmer. Perempuan zaman tu topless rupanya. Pakai kain je, huhuu
ha..ni la zaman2 tu. Pre angkor and angkorian

Lama jugak la kitaorang lepak dalam ni, bagi berbaloi USD 11 tu. Lepas keluar, perut pun dah lapar dan ajak kassim bawak kami pergi makan.
Restoren halal dekat sini tak banyak sangat, antara yang famous ialah Muslim Family Restaurant nih.
besar jugak kedainya, menu pun banyak. Kassim tak join lunch, dia balik rumah dia.

Dah sampai siem reap harusla mencoba Lembu Naik Bukit yang diwar-warkan tu.
rasanya AUD 7.50 per portion. bole makan 3-4 orang. Kitaorang oder jugak tomyam dan air kelapa sorang satu. Panas bangat cuaca masa nih.

sayur dan daging dalam peruk khas.
semua tengah pulun korek isi kelapa
ni restorennya, besar. Ada kedai jugak kat belakang

Dah makan dan solat, kami terus ke Cultural Village. Bayaran USD 15. sampai je tengok orang ramai gila. dah kenapa? Kassim cakap harini International Women Day, so cambodian celebrate ok. Semua perempuan boleh keluar jalan-jalan dan tak perlu buat kerja rumah. kemain uolls.
Memang ramai gila, kitaorang nak tengok persembahan pun susah, nak bergambar kat replika rumah-rumah pun tak boleh. Tua, muda semua datang sini. Memang salah timing sungguh.
Dah la panas gila, akhirnya kami lepak kat satu perkampungan tu selama 2 jam untuk tunggu satu persembahan yang dipanggil "Choosing Fiancee". Macam cara satu etnik di Cambodia untuk pilih pasangan la. Terhibur jugak la kitaorang tengok.

mamat topless tu hensem ok. Macam muka Fahrin Ahmad
semua tengah mengorat wanita paling cantik (gamaknya) dalam kampung tu
sempat la jugak ambik gambar rumah ni
ramainya umat. majoriti ialah penduduk tempatan. Pelancong ada berapa kerat je
satu lagi replika kampung yang ada
sempat jugak layan sunset malu-malu kat sini

Akhirnya kassim suruh kami layan persembahan kemuncak.
Biasa la, kena tunggu dalam sejam macamtu. Aku tergamam jugak le tengok show ni. sangat lawa dan epik. pasal King Jayavarman. tapi bahasa cambodia, apa pun tak paham haha. Yang aku tau ada peperangan dengan Kerajaan Champa, bina angkor wat gitu-gitulah. Tu pun sebab pernah belajar sejarah masa sekolah menengah dulu. Tapi choreography memang lawa ah.
Oh, mamat yang aku cakap hensem tu la watak utama (King Jayavarman). Gambar banyak, tapi koser la aku nak tempek sini haha. Ada gajah la, menari-nari, berlawan-lawan semua ada.




siap ada replika angkor
Rupanya mamat yang hensem tu kawan Kassim, masa last tu sempat la kassim sembang-sembang ngan dia dan bertegur sapa dengan kami. Tapi x reti cakap english langsung. Kadang-kadang dia bawak tuk-tuk jugak #2kerja.

Sebelum balik hotel, dah berlengas dah rasa, sehari suntuk kat luar dengan panas, serabut semua. Kitaorang pergi dinner dekat restoren tadi. Semua wajah dah nampak katil je, makanan pun xde ambik gambar.

Memang puas hati la Angkor Breeze Central Villa ni, bilik besar gila, plug point banyak, bersih dan katil empuk.
So, tamatlah hari pertama di S.R


Bilik air simple je, basic toiletries pun ada.


bersambung


dzuli

5 comments:

  1. menariknya cultural village ni..mamat baju hijau tu mcm pakai baju melayu siap dgn samping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik...besar jugak. kira berbaloi jugak la usd 15 tu. kami pun fikir benda sama bila tengok mamat baju hijau tu

      Delete
  2. Told you! Tak rugi ke Cultural Village tue. Ramai beri comment yang tak best pesal tempat tue. Tapi tak tau lar. Maybe dah tukar management kot. Interesting sangat. Berbaloi pergi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..i baca dalam TA katanya rip off la, tak best la. Tapi sayang la tak boleh nak enjoy sangat sebab orang kategori ramai gila

      Delete
  3. Koser sangat kan ko puji melangit mamat hensem tapi xnak tempek muka dia bebanyak. Cultural Village tu best tapi aku biasalah, bila dah berlengas harus mood ke laut. Nak balik hotel & mandi je.

    ReplyDelete