Thursday, April 7, 2016

Krabi 2016- Part Finale (Klonghae Floating Market & Balik)

Assalamualaikum

ni part last utuk krabi yang dah setengah semester yang lalu.
pagi tu kami ambik van pukul 10 pagi.Sebab cadangan awal nak usha2 hatyai pulak.
Around 8 pagi tuh, pergi breakfast kat kedai halal depan hotel. Oder nasi goreng telur da suruh dia masukkan leftover sotong semalam. hahaha..matilah cheapskate.

Ada orang tu siap oder "Cha yen panas" dah gelak budak kedai tuh.



Around 10 a.m, van pun datang, kali ni lawa sikit dari van semalam. Nasib baik kami orang pertama, so beg boleh simpan belakang. macam biasa, pusing-pusing seluruh aonang ambik passanger then baru start jalan.
Dan, perjalanan jem ok. Dekat pukul 4 baru sampai Hatyai. Kematu dan vontot dalam van tuh. Untuk penginapan di Hatyai, kami stay dekat P-Residence hotel. Ni booking dalam booking.com, rating tinggi
boleh la pulak pakcik songteaw tu bawak kitaorang pusing merata dan smpai ke Presidence Hotel, aku cakap bukan, lepas tu dia bawak pulak ke B-residence hotel
what the!!!..aku pun pandir tak translate alamat hotel. Last sekali smpai la jugak hotelnya. Dekat je ngan Lee Garden tuh, tak pasal-pasal pusing pekan hatyai.

Check in dan solat, kami pun keluar cari songteaw nak ke Klonghae. Harga THB 500 return. Bantai la, kitaorang kan suka mmenabur duit haha. Pakcik ni baik jugak, aku baca pengalaman si nina gracia tu katanya letak 2 jam le, 3 jam la, pakcik ni cakap sukati kitaorang nak lepak berapa lama pun.

lintas jembatan ni dulu
wajib snappy dari atas jambatan
tak besar mana, tapi seronok tengok. mostly makanan sini halal
air dalam pasu THB 20. pastu pasu tinggal kat hotel
air dalam bulih pun ada
senja dah berlabuh
aku try gak beli nasi minyak ni
kat area ni ada jual2 jugak. non halal food ngan souvenir, baju-baju
masa ni baru around 6.30. Gelap awal
dah, moh balik
wishlist checked-floating market
dah 4 bulan, baru terhegeh2 update haha
hasil tuaian.  kuih dalam daun pisang tu sedap. ada donut labu, crepe apa tah ngan jelly kacang hijau

sebenarnya majoriti makanan tu tak habis. Nasik ayam kuning jadi breakfast esok pagi, donut sebijik masuk tong sampah, pancake ada la 2-3 ketul lagi. Sebenarnya, balik dari klonghae kami pergi makan kat restoren apatah depan lee garden tu sebab ean tak selera makan makanan berat kat situ.


esok pagi-pagi kami pun berangkat balik. Penat gila. Aku rasa cukupla sekali aku buat overland krabi ni, kalau kata la sampai seru lagi, aku pastikan bukan masa cuti berkembar dan ambik cuti lama sikit. 
Tapi apa-apapun syukur semua selamat dan menjadi satu pengalaman baru untuk kitaorang.
Dalam bas ramai pakcik2 dok tanya " tak takut je jalan berdua ni". huhuu...tawakkal pakcik ooi "jawab dalam hati"



dzuli

4 comments:

  1. bestnya suasana floating market tu :D

    ReplyDelete
  2. gambar makan je..haha

    aku suka sejenis sushi kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti...maklula makanan halal everywhere. oo...aku nmpk makcik jual shushi tu

      Delete