Wednesday, May 11, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Phnom Kulen & Tonle Sap


Assalamualaikum

Hari kedua di SR. Pagi ni aku dah book tour untuk ke Phnom Kulen National Park
ambik dengan Kassim jugak, per car USD 40 and entrance fee USD 18.
Pagi tu turun breakfast dulu. Breakfast sini ala carte. SO pilih la menu2 yang berkenan. Farhana ngan Ean oder pancake, Kak Yang oder Omelette and aku amik vegan breakfast, ada croissant dengan buah2.
Sedap jugak breakfast sini. Kenyang la kiranya, jimat duit hehe.

Around 8.30 pagi, kereta sampai. Perjalanan ke Phnom Kulen ambik masa around 2 jam. Aku tido je dalam kereta.

breakfast di GH

Around 8.30 pagi, kereta sampai. Perjalanan ke Phnom Kulen ambik masa around 2 jam. Aku tido je dalam kereta.
Katanya permulaan zaman angkorian bermula dari Pnom Kulen. Fisrt stop ialah river of thousands Lingga. Ukiran dalam sungai
tapii..kecewa sikit sebab tak seperti dalam gambar. Tak sure sebab air sungai kering atau tampat ni macam tak terjaga
Linnga ni sejenis ukiran yang melambangkan kesuburan. gitula.
Sebenarnya, aku dah baca dalam TA cakap tempat ni tak berapa menarik, tapi ada jugak review kata best. itu yang kitaorang decide untuk datang jugak.

sendu sedikit
tak seperti gambar google

ya..inilah rupa lingga berdasarkan muzium yg kami pergi semalam
muka kecewa masing-masing hehe

Kak Yang cuba bersikap positip. " takpe la, dah sampai pun, mungkin kita salah timing" masing-masing memujuk hati

Lepas tu driver bawak ke satu temple yang ada reclining buddha. Aku pernah baca dalam travelfish rasanya, diorang meragui sikit temple ni sebab reclining buddha dia arah lain dari yang sepatutnya. Ntah le, maybe ada sebab2 lain kot Tapi kitaorang tak masuk pun.



macam biasa, ada jual-jualan
tapi SR ni agak bersih, tengok jalan tu, flawless haha

Last sekali, kitaorang pergi air terjun yang digembar-gemburkan lawa dalam internet.
sekali lagi agak hampa, tu la degil, orang kata dah musim kering jangan datang air terjun haha.
pasrah je la




Ada lagi satu, kena menapak turun tangga tinggi gila. alang-alang dah sampai. Ku gagahi juga untuk naik turun. Ok la jugak, terubat sikit hati

air color gitu sebab dry season kot

tangga pun dah ok, aku pernah baca yang tangga dia patah2. tapi ni dah tangga besi
lepak kejap, layan mat sallehs sado mandi2. eh.
aku pun tak tau nak kata cmne, tapi bagi aku entrance fees agak overpriced. yang aku boleh advice jangan datang sini around Jan- May. Kalau musim hujan maybe lawa sikit kot. Aku ada baca ada elephant statue area ni, tapi kena trekking sikit la. Driver kitaorang tak bagitau pun. Benda2 ni aku baca dari blog mat salleh yg datang sini naik motor.

around pukul 12.00 tghari dah balik semula ke siem reap. Nak mintak driver singgah kat satu temple dalam kompleks angkor, tapi jauh sikit (tak ingat nama). Driver taknak, katanya kitaorang kena ada angkor pass dulu. Ceh, singgah depan pun jadi le ..eii

sampai je S.R, terus dia drop kami kat restaurant Muslim Family Kitchen. sinila daging naik bukit Haji Musa yang famous tuh.
Sama je cam semalam menu kami. Sebenarnya pilihan makanan halal kat s.r ni tak banyak sangat. Pasrah je la, asalkan kenyang dan sedap. Tokey dia anak arwah Haji Musa tuh, sejuk mata memandang, cehhh..peramah dan baik hati.

kitaorg oder prawn amok gak. sedap nyaa amok tu

Lepas makan dan rilex kejap, tak balik dah hotl, terus ajak Kassim pergi lokasi seterusnya iaitu Lotus Field. Tau tempat ni lepas baca blog azura travelogue.
Aku suka tempat ni. Simple, tapi cantik. Bagi je seikhlas hati korang. Kitaorang letak je 1 USD lepas tu beli rose tea sepeket

cuak aku naik atas ni. kang runtuh, aku jugak yang malu

wefie sikit
ada je la yang nak masuk frame. eeii
kat pondok ni ada jual2 sikit. ada anjing. Puas lari, tanak kena samak

Dah puas bergambar kat sini, kami teruskan ke Tonle Sap. Mula-mula macam taknak naik boat, tapi takkan la nak melepak saja kan. Bayar jela USD 14. Kassim arrangekan supaya kami dapat satu boat dengan 2 org lagi mamat malaysia. Tak berapa peramah, so xde la bertegur sapa sangat. Ke weolls yg kekwat? haha
ada masjid. tak sure nama kampong
rumah2 yang dibina tinggi untuk persediaan musim hujan. nnti air tonle sap naik.
ambik gambar dari dalam tuk-tuk je
sampai dekat jeti lebih kurang pukul 5.00 macam tu...hampir sunset..
terus teruja. Memang best la dapat boat yang hanya kami 4 orang, 2 budak malaysia tadi, kassim and kawan dia.
masa boat start jalan, agak lumpur sikit la sebab cetek kan, tak rasa teruja sangat. Lepas selfie 100-200 keping, semua layan perasaan

jetty tempat naik bot
nmpak rumah-rumah orang tepi ni. Kesian jugak,


feeling2 private boat..mampu??

Boat makin ketengah tasik..
waaa...Subhanallah...tak sia-sia datang sini.
lawa gilaaaaa. Boat berhenti kat satu floating restoren ke apa tah, ada ladang buaya gak ka sini. Bole naik atas dan menghayati suasana. Tak boleh nak feeling lelebih. Ramai orang, puas la tunggu giliran. pelancong mainland pun ramai, faham-faham la keadaan cmne.

Ketepikan semua tuh
take a breath and enjoy the view

tempat layan view sunset
ada je la tangan pura-pura pegang matahari la apa la..
kassim ni rajin je melayan




selfie sikit

Sangat puas hati dan highly recommended. pejam jelah mata bayar 14/15USD tu. Aku baca blog kak kiah, katanya lebih baik mintak driver tuk2 belikan tiket untuk elak dari kena tipu ke apa.

Balik dari sini, pergi dinner dan jalan-jalan night market. Takde beli apa sangat pun sebab ingat nak pergi Russian Market dengan Central market kat Pnom Penh nanti.

bersambung

dzuli

10 comments:

  1. apa rasa daging tu? sedap tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap..macam daging goreng kunyit kot..

      Delete
  2. perghh..selfie 100-200 keping??..hihi..suka Lotus Field..sunset at Tonle Sap pun cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ada 6 kamera..tu jadi 200 keping tuh

      Delete
  3. musim kering kat kemboja tu mcm big deal sgt kan.. bot pon tanak jalan, sangkut katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..nasib baik masa aku dtg ni ok le jugak, cuma mmg rasa le bot jalan atas lumpur

      Delete
  4. I missed that Daging Naik Bukit, tp yang arwah Haji Musa masakkan. 2 hari berturut dijamu oleh Arwah Haji Musa. Husband siap pinjam kain pelekat sbb nak semayang.

    During my last visit, i tak sempat pergi sungai and air terjun tue. Tapi yang lain tue pergi lar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dia pun baik je..lembut je, bole cakap melayu fasih... 2 kali gak kitaorang makan sini

      Delete