Thursday, May 19, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Pub street, HRC & Temple Pub

Assalamualaikum

Harini just nak cerita pasal Pub Street Siem Reap,
aku tengah stress sikit sekarang ni, so malas nak tulis yang panjang2 hehe. Tapi teringin jugak nak up entry. Takut berkarat dalam otak.

Pub Street ni satu area yang paling happening la dekat Siem Reap. Of course banyak pub, restoran, cafe, ada jugak jual2 alkohol tepi jalan macam jual air oren tuh. Depan pub street ni Siem Reap Night market. Best jugak kalau nak beli-beli barang macam t-shirt ke, massage2 pun ada.
Hard Rock Cafe Siem Reap pun dekat-dekat area ni jugak.

Kami berkesempatan ronda tempat ni malam kedua dan malam terakhir di Siem reap.
Malam kedua tu just pusing-pusing night market dan lepak Cafe. Aku ngan Farhana memamng suka mengopi, nampak cafe served Ily coffee, terus la melonjak keriangan. Ean ngan Kak Yang follow je.

ala-ala hipster cafe kita la. orang tak ramai
Aku minum latte kot, Farhana oder frappe apa tah
Kat dalam macam xde orang je, ye la booze boleh dapat serendah USD 1.50, sapa nak minum coffee kan haha
depan cafe ni ada gerai jual cocktails, mocktails bagai

street food pun ada (kala jengking,lipan goreng)

Night market siem reap ni dalam kawasan berbumbung. Lintas je jalan depan pub street tuh
tuk-tuk pun banyak area ni. jangan risau kalau malas menapak balik hotel


HRC Siem Reap
HRC Siem Reap ni kitaorang saja je pergi sebab nak buang masa, agak besar dan merchandise dalam rock shop pun agak best. Tak bercadang beli apa-apa pun, tetiba semua bagai dirasuk.
"eh, apa kata kita reward diri sendiri beli barang HRC" gituu..
last-last semua angkut Tshirt sorang satu, aku just beli shades je.





Temple Pub
Baca dalam blog kak kiah, katanya sini ada apsara dance free. Kena oder makanan je. Bolelah layan, alang-alang dah sampai kan.
Apsara Dance start around 7.30 ptg camtu ( elok la maghrib2 dok menjongket kat pub, haipp, maghrib kat siem reap 6.30 ok)
Apsara Dance kat tingkat atas. Bawah tu pub biasa.

Sampai je cop tempat best, oder air dan tinggalkan Kak Yang jaga port dan kami pergi tapau makanan dekat Namaste restaurant sebelum gerak ke Phnom Penh. begitu multitasking sekali ye, bila buat kerja kat opis, datang banyak2 benda pun dah rasa nak hamok. heee

7.30 p.m datang balik, dan jumpe budak yang naik boat semalam tu ada kat sini. Layan je la, ada 4-5 jenis traditional dance pendek-pendek. Apsara salah satu lah.



coffee dia tak best sangat, oren tu rasa oren la..ok je

Yang ni apsara rasanya


ni la penari utama dia..

So, kalau ke siem reap jangan lupa usha-usha area ni sambil menjaga pandangan. Maafkan kualiti gambar bertaraf henfon tu. Kali ni memang tak bawak camera lain selain GoPro.



dzuli

1 comment:

  1. Masa pergi ke Siem Reap, tak pergi pun Hard Rock nie. Ke tak wujud lagik? Rasa macam takder je or I yg miss this. Btw, soooo bangsawan! Beli shades kat HRC! Hehehe

    ReplyDelete