Monday, May 30, 2016

edisi makan lagi

Assalamualaikum

rehat2 sekejap. 
just nak share tempat-tempat makan yang aku berkesempatan untuk try semenjak-dua menjak ni.
kebanyakkannya dah pernah direview oleh blogger2 femes seperti Supermeng malaya ataupun duta JJCM abadi cik Wanderlust DJ

1) Kopitiam Ali,Muthu dan Ah Hock, Oasis Square, Ara Damansara
datang sini lepas Meng review, try nasik lemak. Memang best!! Tapi orang agak ramai. Takleh la nak lepak-lepak sangat lepas makan. Info lanjut rujuk blog supermeng malaya
nasi lemak sedap
menu


2) Vietnam Express, Evolve Concept Mall
Evolve ni dekat je ngan Oasis tu, datang sini sebab nak beli barang sikit, Nak try pisang cheese, kedai tu tutup pulak. Tukar menu try la cafe ni. Actually dia satu gerai dalam foodcourt. Uncle tokey pun peramah.
Kami try Pho dengan popia dan tak lupa Vietnam Coffee.
sedap!!



3) Chemistry Cafe, Bangi Sentral
Bukan pertama kali aku lepak sini, tapi kali ni pergi ngan Dj and Mrs. Saja nak try waffle. 
Aku oder kider bueno wafffle, Mrs amik Banana dan Dj ambik Lava choc Cake.
semua boleh tahan sedap, coffee je out sikit.



4) Cartel Cafe, Bangi
Pun try dgn Mrs and Dj. Concept cafe ni agak best la, very hipster. Guna kontena je.
Makanan, bolelah tahan. Takdelah Wow!!..tapi ok jelah


bukan calang2 hipsta ni


5) April 24, Bangi Sentral
Katanya ni satu cawangan ngan Grafa SS15 tu. Aku pun try dengan Najah. Lepas tu kenalkan kat kawan-kawan sepermakanan. #gemokbersama. Mee raja denga meat platter tu makan dengan kengkawan. Info lanjut rujuk sini

sloppy Joe. Boleh la
mee raja dengan meat platter. Meat platter tu sedap tapi greasy sikit la haha.
*basuh dengan lemon water* konon
creme brulee. yang ni best


6) Milk Moustache cafe, Kajang 
Makan sini sempena besday Najah. Katanya sedap walaupun cafe ni simple je. Bagi aku yang tak berapa familiar dgn korean food, agak sedap la makanan dia. Boleh tahan. Dumplings tu best. Owner cafe ni peminat SNSD kot, penuh merchandise SNSD kat dalam.

seafood pajeon and dumplings


7) Dollys Dim Sum, Avenue K
sejenis kegigihan nak makan kat sini haha.. macam biasa, janji ngan azra, dj dan Mrs. Sedap la dim sum dia, salted egg bun dengan mozza dim sum apa tah wajib dipilih. Harga mahal sikit. sekali sekala takpe kot.

hor fun, crystal prawn dumplings, carrot cake, salted egg bun.


7) Heart n Soul, Bangi Sentral
ni kafe hipster, so kita anggap semua pekerja, menu2 dan konsep very the hipsterr (katanya)
bangi aku makanan agak so-so dan service patut di improve. Info lanjut, over to cik Dj haha



8) Jigar Cafe, Bangi Sentral
Cafe lawa, service pun ok. Coffee tak berapa sedap, churros pun padat sikit tapi still ok (bagi aku) tapi kuew teow dia sedap lak. info lanjut cik Dj lagi



9) Eid Cafe and Boutique, Bangi sentral
sapa-sapa yang pernah pergi korea pasti agak familiar dengan Eid kerana tokey dia yang hensem ala pelakon Kpop  selain menu2 authentic korea. Tapi yang dekat malaysia ni hanya menyajikan korean street food dan banyak jenis minuman-minuman rare. 2 kali jugak la aku p try. Shikhye tu memang buat angau. nak review lanjut DJ lagi. ye la sebab aku p ngeteh ngan dia.

ayam sedap, matang (ubi keledek) tu dry sikit. Yuzu cha (kuning) sedap


10) Sasana Kijang, Bank Negara
hanya beberapa ratus langkah dari opis aku, kadang2 nak sikit kelainan lunch ala-ala gabenor bank negara, saja le datang sini.
food selection agak banyak, harga pun standard sikit lah. tapi sangat selesa umpama makan di hotel dengan harga restoren.

masa ni aku makan meat pie dengan bread butter pudding. Member belanja sebab dia nak kawin.


itu jelah setakat harini,
*merenung weight scale*



dzuli

13 comments:

  1. yang last sekali nampak ekslusif sangat. harga pun mesti ekslusif ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la...harga masih reasonable hehe. sebab yg ni cafe pekerja bank negara

      Delete
  2. Asyikkk pas ke aku jeee...senang keje ko buat review kannn...hahahahaha #gemokbersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha..aku taknak rampas takhta ko. kang kita kena gaduh umpama game of thrones pulak *grouphugs*

      Delete
  3. Asyikkk pas ke aku jeee...senang keje ko buat review kannn...hahahahaha #gemokbersama

    ReplyDelete
  4. sasana kijang ni..cafe mana ko makan? cam up jer style dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kafe yang bawah tu, yang serve lunch bagai, ada 2 je kan cafe kat BN ke aku tak habis tour lagi?

      Delete
  5. teringat pho & viet popiah kt HCM..nyum, nyum...wahh, dah semakin byk cafe hipster kt Bangi...membangun mcm ni..dah jd foods haven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..banyak sangat kafe hipster tapi kualiti makanan biasa2 je banyaknye hehe

      Delete
  6. nak pegilaa Eid tu kat Bangi Sentral.. jom jom hehe..
    xde sapa nak diajak jalan2 area sini.. joomlaa.. hehe..

    ReplyDelete