Sunday, May 8, 2016

sawadee bangkok - pengenalan


Assalamualaikum
sawasdee khap/kha.
baru je pulang dari menjelajah Bangkok dan daerah sekitarnya minggu lepas. Mendapat la batuk, sakit tekak, selsema bagai. 4 orang semua tak terkecuali. Ean je antibodi kuat sikit, Zu dah tewas dan dapat Mc 1 hari.

Plan bermula around 3-4 bulan lepas. Zu ajak travel, katanya lama tak travel dengan aku &ean. So, kitaorang decide untuk memafaatkan cuti labour day. letak budget flight aroud RM 300 return. Aku recce Bangkok dan Phuket. Undian meletakkan Bangkok sebagai destinasi pilihan kami. Ambik AL 3 hari dan cuti 3 hari, so kitaorang akan melepak di bangkok selama 6 hari 5 malam.

Itinerary banyak cilok yang plan bangkok tak jadi last year tuh, cuma revised la sedikit sebanyak.
Simple itinerary lebih kurang :
day 1- KL-DMK dan terus ke Kanchanaburi
day 2 - Kanchanaburi day tour and balik semula ke bangkok
day 3 - Chatuchak market and travel ke Hua Hin
day 4 - Tour Cha Am dan balik semula ke Bangkok
day 5 - pusing2 bangkok
day 6 - DMK-KUL

phew!!...series agak letih. tapi aku rasa puas hati sebab dapat cover banyak tempat. plan hiccups sikit dekat Hua Hin je sebab jem teruk dan hujan lebat.
masa kat Hua Hin ni la seorang demi seorang tewas antibodi. kesan2 penuaan haha.
Mun start demam kat Chatuchak, Zu dekat Hua Hin, aku balik dari Hua Hin..pergh..risau woo sakit kat tempat orang.Nasib baik kitaorang ada prepare sikit ubat-ubatan.
Cuaca memang panas. Kanchanaburi 41 darjah c, Bangkok around 35-36 darjah c, Cha am pun lebih kurang gak. Alhamdulillah hujan turun sikit-sikit masa kat Bangkok tuh

Perbelanjaan pulak lebih kurang RM 1000++ la ground cost. Hotel kat bangkok untuk 2 malam terakhir dah bayar siap2 kat malaysia. Tu pun kami banyak naik uber. Rasanya budget mmg banyak kat transportation sebab gerak sana-sini kan. Kalau travel in group macam kami, uber lebih baik la dari naik BTS. contohnya kami naik BTS 4 orang THB 112, naik uber dalam THB 120. sikit je tambah, lagi satu uber lagi murah dari teksi. contoh dari don muang ke sai tai mai, taxi airport mitak THB 1000, uber THB 300 je. Jauh beza wooo..Tapi kalau teksi meter ok kot.

travel mana yag takde drama kan, kali ini pun tak terkecuali. memasing emosi berantakan, nyaris tak bertarik rambut je haha..tapi semua tu asam garam la orang kata. 5 menet je, pastu baik balik dan bergelak ketawa macam high sugar.

oleh kerana siem reap punya entry pun tak siap lagi. bagi highlights je la dulu.

JEATH war musem..sedih

temple apa tah, masuk mulut naga



i suka scenery ini
gembira sungguh sampai sini. memang wishlist aku
malagnya, tak dapat naik tren atas ni





hellfire pass, pun wishlist. panas gila masa nih. cmne la masa POW construct benda ni dulu
sedih tempat ni..
erawan waterfall. cuma agak kering sikit. masih lawa
dapat la jugak naik tren lalu atas wooden bridge






kali ni sempat ke Chatuchak...pergh rambang mata
santorini park pun jadilaa...santorini greece belum mampu lagi
swiss sheep farm. swiss mende, panas meletit
Hua Hin train station- katanya train station tercantik di Thailand
solat zuhur di masjid Darul Aman, salah satu masjid di tengah kotaraya Bangkok
siam centre. Lawa mall ni. very hipster
mencoba BTS di bangkok. Masa di bangkok kami banyak guna Uber. murah
terminal 21- mall yang berkonsepkan beberapa bandar besar di dunia
jumpa megi halal kat 7E, susu pisang meiji tu aku rasa lagi sedap dari binggarae. 
tercapai jugak hasrat nak naik Chao Phraya river cruise ni,
Sambung meghabiskan saki baki THB di sini
sebenarnya..
aku suka Bangkok, sebelum ni aku agak underestimate Bangkok ni (thanks filem seram siam). Rupanya bangkok sedang pesat membangun. Building pun kebanyakkannya very modern dan cantik. Sistem jalanraya pun bagus.
InsyaAllah, ada peluang pasti aku akan repeat tempat nih.
Cintaku tertinggal di Bangkok la kiranya

dzuli

5 comments:

  1. museum tu memang nama jeath war museum ek..

    aku memahami panasnya tu, dulu aku g kemboja date labor day ni lah, smpai kat hotel aku ngn kwn aku tido atas lantai sbb panas sgt..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..JEATH ye..bukan JEA hehe..
      JEATH tu short form dari apa tah.
      nasib baik la hotel yg aku booked semua aircond ok..kalau tidak memang sauna.

      Delete
    2. tu lah tersedak kopi gak aku..

      bilik aku pun ekon tapi panas ya rabanna..

      Delete
  2. Told you! Bangkok best! Mesti tak menyesal pergi kan? Btw, masa i pergi dulu tak sempat ke Hellfire Pass, Santorini Park and Hua Hin. Mmg cover Bangkok City and day trip to Kanchanaburi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, x puas jugak la rasanya. Bagi I santorini park tu biasa2 je.. lawa la untuk selfie2 hehe..tapi pekan hua hin syok gak

      Delete