Tuesday, June 7, 2016

stargazing experience


Assalamualaikum
salam ramadhan. Syukur kerana dapat bertemu lagi Ramadhan kali ini dan harapnya lebih baik dari sebelumnya.

sebelum Ramadhan, sempat juga melagho :-P
bermula dengan ada sorang mamat tu dok upload gambar-gambar milky way
lepas tu ada artikel 10 tempat stargazing di Malaysia
lepas tu Dj pergi stargazing dekat Kuala Kubu Bharu dan gambar-gambar mw itu so sexy
lepas tu..Dj ajak pegi Tadom (salah satu lokasi stargazing)
tak jadi Tadom, up sikit pegi Klebang. Katanya boleh stargazing sambil JJCM melaka.

sebelum Klebang, ada sorang mencadangkan agar usha line kat Semenyih Dam. katanya kalau tak dapat kat klebang, dapat juga ubati kedukaan di Semenyih. Gitula

Hari jumaat, lepas keja. Plan pun bermula. Aku balik umah dulu settlekan apa yang patut. Around pukul 12.30 a.m, Azra, Dj dan Cikgu kitaorang pun datang jemput aku kat umah
4 kitaorang pun gerak la pegi semenyih.
Location dibantu oleh seorang adik, nama instagram @hakiimislam
sebab dia dah pernah datang sini. Takde la susah sangat nak cari. Tapi jalan agak scary ye. Tak digalakkan pergi tanpa lelaki ataupun group 2 orang.

sampai je, awan masih tebal.
rilek-rilek dulu, setting camera (ehem, baru belajar setting camera).

oh, bahan- bahan untuk stargazing (#stargazingfornoobies) :
1) camera yang ada function shutter speed, ISO bagai2. DSLR boleh, semi dslr boleh, mirrorless whatever aku pun tak tau pun boleh. Camera henfon S7 pun boleh ok.
2) tripod- wajib. 
3) torchlight- kang tak nampak nak setting camera.
4) bodyguard- sebaiknya sado, tak penakut, (pandai MMA dan hafal ayat rukyah ialah plus)
5) Air mutlak, nescafe dan jajan- nak melepak 2-3 jam. Kang lapar, hilang mood pulak

hasilnya,,
gambar yg aku snap takde la sexy sangat. Tapi apa yang aku lihat sendiri dengan mata aku tu memang sexy. Kebetulan hari tu ialah hari yang nmpk planet Zuhal pada posisi istiqbal pulak. Meteor trail pun ada, tapi aku tak nampak (hijab tak terbuka gamaknya)
Perasaan dia macam "Subhanallah, wauuuu, pergh...aaa...lawanya"
gitula nobbies. Senior macam cikgu weolls rilex2 je.

Aku punya camera tak leh push shutter speed rendah lagi. Pada ISO 500 dan shutter speed 4",
berjaya la jugak ala kadar.
Tapi tak nampak la MW dari gegambar saya.








Sudahla tak tido malam, Balik dari semenyih, lepak tunggu sunrise jap dan balik rumah around 8.30 pagi. Dah janji ngan diorang nak gerak pergi Melaka around 11.30. sempat la tido 2 jam
dengan mata yang rabak, drive pergi Melaka. Makan jap, petang usha lokasi, makan lagi, balik apartment dan tido. Around pukul 1.00 pagi, kami berempat pun keluar.

kali ni, serius scary
walaupun dalam bandar, dengar je bunyi motor terus masuk kereta, terus gelabah. Kitaorang semua perempuan je. Nak ke tempat yang lawa tu kena jalan almost 2Km. Risau pulak tinggal kereta tepi tu. Last-last kami pasrah dengan apa yang ada.


sempat ambik gambar kilat



ini gambar dari otai ninie. beza kan kualiti?

adakah aku akan mencuba lagi?
kalau ada kesempatan pastilah nak.
mungkin juga di skala antarabangsa seperti di New Zealand atau Atacama desert, Chile.(berangan lah kau)
for this time being, Malaysia pun boleh jee..still sexy dan menakjubkan.


dzuli

10 comments:

  1. Replies
    1. huhuu..ala, sangat impromptu. takde proper planning pun, next time eh

      Delete
  2. gambo ko kat klebang clear
    aku punye tahap masuk recycle bin jer lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku letak gambar2 yang boleh diselamatkan je..
      harap dj sudi la bawak p KKB :-P

      Delete
  3. S7 boleh tauuu...cikgu kauu je kata tak boleh. sentap!
    kalo ko tgk yang kat kkb aritu mesti ko lagi wow wie woi wui...hahahahaha
    langit penuhhhh bintang...hehehehe

    ReplyDelete
  4. wow dah pandai stargazing.

    ReplyDelete
  5. wow bestnyaaa menarik sngt ni.. best la ada geng sekepala..
    impromptu terus jadi.. ehe..

    ReplyDelete
  6. singgah nak wish selamat hari rayaa.. maaf zahir batin =D

    ReplyDelete