Tuesday, July 12, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Angkor Complex 1.0

Assalamualaikum
Salam 7 Syawal. Selamat hari raya, Maaf zahir batin

akhirnya sampai ke highlight trip kami ke Siem Reap iaitu the magnificent angkor wat.
saja je letak last day supaya feeling lebih sikit.
Pagi-pagi sesudah solat subuh, kami menunggu Kassim, tapi tu la aku cakap, masalah Kassim ni, kurang punctual. (tapi yang lain2 memang terbaek)
dah dekat 5.45 a.m baru dia sampai. Terlajak tido katanya.
terus dia merempit ke kompleks angkor. Dekat je dalam 10-15 minit.
Nasib baik masa beli pass takyah beratur, memang takde orang. Angkor pass ni kena mbik gambar. Sorang pun x upload gambar angkor pass dalam laman sosial sebab ada yang wajah macam wanita kampuchea (farhana, sebab tudung terlipat masa kena angin moto), berwajah gengster pun ada (Ean, sebab tak tau kena amik gambar)

lepas tu Kassim drop kitaorang depan Angkor Wat
dan, bermulalah....
tapi, gambar tak mengikut susunan la ye, maklumlah trip 4 bulan lepas, pastu banyak makan semut memang tak berapa nak ingatla sequence lawatan tuh.

Dah nampak remang-remang sunrise. Terlambat sikit, tapi takpe
ni la pompuan, jalan sikit selfie, jalan sikit selfie. Udah bila nak sampai
kena menapak sikit nak masuk ke Angkor wat. Tak jauh sangat. 
dah nampak dah. Terus rasa nak melompat gembira
The famous spot. Manusia ramai sangat tepi ni. Tapi sebab kitaorang sampai sunrise dah nak abis, semua bertaburan dah
makin menghampiri.

jaln sikit selfie, jalan sikit selfie, dah..bila nak abis



beratur nak ambik gambar camni
akhirnya, dengan teamwork yang padu, kami berjayaaa


matahri baru nak memunculkan diri..lawanya la hai..
lepak-lepak  sementara tunggu Ean dengan Farhana naik "bakan"
ukiran apsara dancers
ada limit kepada 100 pengunjung je padda satu masa, rugi aku tak naik..lawa pemandangan dari atas. tapi aku gayat la.
tengok tangga dia tuh, scary
bakan ni kira tempat teringgi le dalam kompleks angkor nih

ukiran di dinding angkor wat

angkor wat ni simetri, so sama jelah setiap sudut. tapi dah alang-alang masuk kan, setiap celah lorong la harus dilawati. mengagumi hasil binaan man-made without machine dan technologies, penuh dengan kesenian,sejarah dan kepercayaan masyarakat cambodia. gituh.
so, satu wishlist dah boleh ticked.

dah, mari pulang. banyak lagi temple nak kena lawati. 
jumpe kipas USB kat pasar malam, harga USD 2.50.  memang membantu sesangat. panas gila time nih

bersambung...





dzuli

6 comments:

  1. Pernah bercadang nak ke Seam Reap ni tapi OR cepat2 reject... kena join grup lain nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pujuk2 la o.r hehe...best tempat ni. boleh buat jatuh cinta

      Delete
  2. I 'terseperated' dengan Fahd masa dekat sini. Pergggghhh! dah la tak leh nak call semua. Inilah padahnya bile dua2 lupa diri. Tapi sib baik elok je dua2 tunggu kat hujung jalan tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti tunggu drama kat bayon..lebih kurang je

      Delete
  3. bestnya..dulu tengok dlm buku sejarah je..

    ReplyDelete