Monday, August 15, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Angkor Complex 2.0



Assalamualaikum
dah habis raya dan segala jamuan raya. boleh mula balik fikir pasal travelog tertunggak atau itinerary for next trip. eh

selepas angkor wat, kami dibawa ke Bayon. Aku rasa dalam kompleks angkor ni, 3 temple ni jelah yang paling dikunjungi pelancong (angkor wat, Bayon/Angkor Thom dan Ta Phrom) Ta phrom tu pun sebab filem Lara Croft.

Sampai je kat bayon, Kasim berhenti dekat gate depan. Katanya gate ni ada dalam note khmer.

kasim layan je kitaorang.
benda2 cmni, Kasim le ajar. gigih cari note nih.
ramai gila orang

aku dah tak reti nak cerita ape, tengok gambar jelah eh..hehe.






nila icon bayon temple, ukiran wajah manusia
yang baju biru tu tour guide, boleh hire diorang

dekat sini la satu episod drama. Kasim suh tunggu dia kat gate belakang. Abis jalan2 kitaorang pun tunggu. tunggu punya tunggu tak sampai2 si kasim ni. Line tepon pun xde. Pastu kitaorang berpecah. dua tunggu kat depan, 2 tunggu kat tempat lain, lepas sejam baru nampak si Kasim ni. Rupanya dia tunggu tempat lain. taktau la salah sapa haha. kitaorang tak paham or dia yang salah tunggu. Mood kelaut jap. Tapi Kasim ni pandai pujuk jiwa wanita (ceh), kejap je dah baik balik.

Lepas Bayon, terus kami ke Ta Phrom, panas gila masa nih. Kasim tunjuk jugak ada temple tempat gajah berlawan bagai. tapi mas tuh hati masih panas, so aku tengok2 je la.

Masa dekat Ta Phrom, kami pesan siap-siap kat  Kasim, suh dia tunggu kat tempat yang dia hantar kitaorang.




keunikan ta phrom- Pokok2 besar yang melilit temple ni
ada lagi akar-akar pokok
ambik ha akar pokok besar gila.
aku rasa Ta phrom ni macam lagi lama je dari angkor, runtuh2 dah pun

ada kerja-kerja restoration kat belakang


Masa kat Ta phrom ni, serius dah rengsa. dengan panas, dengan ramai, dengan kesesakan manusia.
pergh..rasa nak givap je.
tapi, kerana kenangkan tiket masuk USD 20 dan bukan hari-hari nak datang angkor ni, aku ajak jugak diorang pergi lagi satu temple.

Kasim bawak kami kat satu temple lama (nama dah tak ingat). Orang pun takde sangat kat sini, kepanasan dia memang A.
Jalan je la sikit-sikit buat semangat. Perut pun dan lapar gila. Maklum la dari pukul 5.30 pagi sampai 2 petang just makan roti je.
on the way ke temple terakhir ni, kasim pun tunjuk2 la temple-temple lain. Kalau ada masa, memang aku rasa nak explore semua. Biar la usha2 sikit-sikit pun.

temple last ni nampak sangat purba. dengan bricks dia kaler merah.


lemau dah masing-masing
pun ada kerja-kerja restoration kat atas tu

Sebab semua orang dah lapar dan letih, kami menamatkan ekplorasi kompleks angkor pada temple ke 4. Rasanya kalau nak explore semua temple ni kena amik 3 day pass kot. Tu pun ntah-ntah tak habis jugak. Paling best tengok orang lepak-lepak tepi kolam tu. Tak sempat pulak nak buat camtuh.

Balik dari angkor, kami lunch kat Muslim Family Restaurant tu lagi. Kali ni try menu2 lain pulak. Gambar ntah letak mana-mana pulak.
Lepas makan, kami pergi amik bag dekat Angkor Breeze, sebab malam nanti kami akan ke Phnom Penh dengan Giant Ibis bus, kitaorang ada ambik bilik dekat Dancing Frog Hostel untuk day use.

Aktiviti malam tu telah dicover dalam previous entry (pub street)..

so, bersambung untuk episod Phnom Penh pula. Seriously Cinta memang tertinggal kat Siem Reap ni.




dzuli

3 comments:

  1. La korang ada duduk kat Dancing Frog tu juga rupanya. Hostel I hahaha.

    ReplyDelete
  2. hahahaa..
    aku
    sampai satu tahap..
    dah nampak samaaaaa je semua temple tu!
    sebab panas tahap AA+

    ReplyDelete