Wednesday, August 17, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Phnom Penh 1.0

Assalamualaikum

aku nak jadikan ni last episod cambodia trip ni. So aku pukul rata jelah semuanya kat entry ni yang mungkin jadi sepanjang 2 marhalah.

lepas lepak-lepak kat Temple pub tu, around 9.30 malam kami balik ke bilik. settlekan bayaran dengan kasim, peluk2 sikit ( tipu) dan mintak maaf semua, kami bersiap untuk naik nightbus ke PP.
Malam tu kitaorang sempat tapau dinner dekat restoran india sebelah night bazaar tu, Namaste kot namanya. Mahal sikit, tapi sedap. Aku oder paratha inti kentang, diorang oder naan pastu ambik jugak tandoori half bird. Take turn makan dan mandi.

Sebab pilih dancing frog ni, Bibie cakap dekat gila dengan tempat Ibis bus tu, tak sampai 100m pun.
Harga 14USD sebab pakcik tu kata kami 4 orang, so banyak guna air untuk mandi. Tapi pakcik tu bagi room for 3. selsesa jugak la, sempat tido sekejap lepas balik Angkor petang tadi.

10.30 camtu, kami check out dan gerak pergi office Ibis Giant, mmg ramai dah beratur untuk naik. Majority ialah foreigner/pelancong. Aku nampak sorang je local. Selesa betul la bas ni, bersih . Naik bas, sembang2 jap terus tido. Nyenyak gila aku tido, dah nak sampai Phnom Penh barulah terjaga.

Kami sampai PP around 7.00 pagi. Kasim dah tolong carikan pemandu tuktuk kat PP. Kawan dia jugak. Harga 25 USD/day. Bolelah la since kami pergi banyak tempat.
mula-mula pergi hotel dulu, untuk malam last dan konon-konon rejuvenate, ambik Monsoon Boutique Hotel. Rezeki sangat orang tu bagi check in awal pagi dan hotel tu sangatlah cantik. Terus rasa taknak jalan-jalan kat PP hehe.

ni bilik aku dan farhana
toilet pun lawa, yang tak acinye, bilik Ean ada bathtub, bilik kitaorg xde

lepas mandi kejap, terus roger pakcik tuktuk tadi untuk ke destinasi pertama kami. Choueng Ek Killing Field. Killing field ni jauh sikit dari bandar PP, around 17km. Katanya sebab dulu2 askar pol pot taknak orang tau kat mana banduan ni dibawa. Bayar tiket dan audio tour dan terus menjelajah kawasan ni. Masa ni kami semua berpecah sebab semua nak menghayati sendiri-sendiri. Serius memang sedih sangat bila dengar audio tour tu. kat sini aku tengok semua pengunjung diam dan acara-acara selfie pun tak ada.

tekan je nombor yang tertera tu  kat audio guide.
stupa peringatan untuk mangsa

ada tasik jugak kat sini
mass grave
ada walkway untuk elakkan pengunjung pijak2 mass grave

Bagi aku yang paling menyayat hati yang baby kena hayun kat pokok tu, memang sedih sangat sebab sanggup diorang bunuh budak-budak. Memang tentera polpot ni jenis takde hati perasaan. Semua pembunuhan kat sini sangat kejam. Sebenarnya peristiwa ni araound 70's. Agak baru, sebab tu masih memberi kesan dekat negara Cambodia. Kebanyakkan yang dibunuh ialah golongan bijak pandai cambodia. Bayangkanlah, tahun 70an negara kita tengah membangun dan diorang masih hidup dalam ketakutan

pokok tempat kanak-kanak dibunuh
tulang-tulang mangsa

Sebelum keluar, ada satu museum jugak. Kat sini banyak gambar-gambar masa kejadian, pakaian2 mangsa dan ada tayangan video pendek. Wajib masuk museum ni dulu sebelum balik.




Rasa pening kepala sebab sedih sangat dekat sini. Keluar tu, terus ke lokasi kesinambungan Killing Field iaitu Genocide Museum. Jalan PP ni agak kotor dan berhabuk. Siem reap bersih, mungkin S.R takde pembangunan sangat kot berbanding PP.
sampai Toul Sleng, dah dekat pukul 12.00 tghari, pakcik tuktuk tinggalkan kami untuk pergi solat jumaat.
Kat sini kalau nak audio guide kena tambah lagi 2 USD. Tambah jela, takkan la nak tengok saja.


Tempat ni sebenarnya sekolah dan akhirnya menjadi penjara masa pemerintahan Khmer Rouge. Berani kau jadikan institusi ilmu sebgai tempat yang kejam camni? tak gunaaaa *emo*
Masa ni, aku ngan diorang tak berpecah, takot hahaha..


Blok A
Dalam ni ada kelas yang ditukarkan jadi cell dan torture room
Tahanan digantung kat sini dan dilemaskan dalam tempayan yang berisi air najis
Tentera khmer pasang wyre mesh tu supaya tahanan tak boleh larikan diri

Kebetulan juga ada pameran pasal forced marriage among cambodian woman. Macam-macam cerita diorang. Sedih sangat baca, ada yang dipaksa kawin dengan lelaki cacat dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Ada jugak yang dipaksa kawin dan dipaksa lakukan hubungan seks depan tentera2 lain. Ada jugak perkahwinan yang masih kekal sehingga ke hari ini.


ni lah, wajah-wajah durjana
mangsa-mangsa kekejaman

Kalau kat choueng Ek tadi sedih, kat sini lagi la double triple sedih. Lama jugak la lepak kat dalam ni, dekat pukul 1 lebih baru keluar. Sedih sangat sampai perut pun lapar dan mintak pakcik tu bawak kami pergi makan.


Pakcik tu bawak kami pergi Wau restoren, agak famous jugak dekat PP ni.
Harini kami oder sejenis masakan khmer yang dipanggil " Loklak "..sedap.
makanan sini sedap belaka tapi pricey la sikit. Pasrah la makanan halal kat Cambodia ni limited. mahal pun tibai jela...



nampaknya aku mals nak sambung menaip..lain kali lah episod finale haha..

till then..



dzuli

6 comments:

  1. kan.. kat killing filed tu mood jadi lain macam.. nak amik gambar pun rase xde mood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sangat...kalau tak dengar audio guide tu takpe kot

      Delete
  2. Dah jadi #janjiDzuli juga ke? Aku baru je baca balik entry Cambodia aku. Part pokok dijadikan tempat hayun budak tu memang aku emo lagi sekali. Kitorang berpecah masa kat killing field. Masing-masing senyap menghayati dengan cara sendiri gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kat killing field tu nak ambik gambar pun dah takde mood...semua layan kisah sedih..

      Delete
  3. mmg kejam betul Polpot tu...

    ReplyDelete