Tuesday, August 9, 2016

Ramadhan & Syawal 1437H (2016)

Assalamualaikum

dah habis Syawal dan dah masuk bulan Zulkaedah
baru rasa nak update pasal raya dan puasa haritu sebagai kenang-kenangan
busy pun ye, malas pun ye jugak...banyak entry duk dalam draft je

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ni, 
semuanya memang sederhana je. Dapatla jugak ifthar dan berhari raya dengan keluarga dan kawan-kawan tersayang.

tahun lepas, 1st time berbuka bersama dekat nando's dan membawa ke tahun ni.
ditambah pula dengan artis kpop dan diva AA jemputan khas.
sekali lagi berbuka secara hipster di padang Perbadanan Putrajaya
kali ni jemputan khas ialah seorang twitfemes dan sedang training menjadi pokemon master
dalam kekalutan sempat jugak berbuka dengan diorang. Maklumla geografi memisahkan kami,
susah sikit nak bergosipan. akhirnya, 2 round terus kami pukul
ifthar di Eid and moreh di Chemistry Cafe.

26 Ramadhan, terus aku cargas balik rumah menjadikan cuti aku keseluruhan ialah 10 hari.
kali ni nak ifthar dengan keluarga tercinta pulak. Sampai je Kulim, terus pergi Param kegemaran aku iaitu Param Kelang Lama.

pulut udang sedap
tiap- tahun tak missed beli ayam percik nih

dah balik kampung lama, harusla acara utama kena teman parents aku pergi pasar beli barang-barang raya. Sebenarnya lebih kepada kena tolong jaga anak sedara bila parents aku tengah beli barang.


try buat soda herbs untuk berbuka

Baju raya, seperti biasa dijahit oleh Puan Zuraidah @ tailor swift



ketupat pulut sebagai hidangan utama rakyat kedah jugak disediakan oleh puan Zuraidah. Tokey ketupat/nina garcia tak dapat beraya bersama sebab Ayah mertua dia meninggal dunia beberapa hari sebelum raya. Al-Fatihah.
belum masak
sedia dimakan

tahun ni tak balik kampung pun sebab ada beberapa hal. Duduk umah dan basuh pinggan je. Baju raya pakai la 3-4 jam.



gigih redah lautan manusia kat mood republic sebab nak beli jubah budak ni

Raya ketiga, aku mengelat. keluar rumah dengan alasan nak pickup nina balik umah. sudahnya, dengan baju raya bagai kitaorang playing tourist kat Penang.

bangunan majlis bandaraya pulau pinang, 

Masjid Kapitan Keling

biasalah kan, raya ni memang acara makan je lah. masak untuk tetamu, kau pun join makan sekali.
pasrah jelah. belum lagi balik KL dengan acara open house tak berenti-renti.
sebelum balik KL, sempat najah masak nasi tomato dulu

walaupun agak simple je raya, rasa bersyukur sebab masih diberi kesempatan menyambut raya dengan family tercinta. Aku start kerja isnin betul2 lepas cuti raya tu, mendapatla drive penang-KL 10 jam. Pening kepala drive dalam jem lama-lama. Tapi itulah kemeriahan Raya kan.
Balik KL acara lain pulak menanti, yang pasti semuanya acara menambah kalori.


dzuli

2 comments:

  1. aku pun dah taip separuh entry ramadhonnnn tapi terbengkalai...nak kena abeskan juga nanti...lantak la nak masuk next ramadhan sekali pun, update tetappp update...hahahaha

    ReplyDelete
  2. sempat tour Penang dgn baju raya..hihi..

    ReplyDelete