Tuesday, August 30, 2016

weekend getaway- Langkawi 2016 (teaser)


Assalamualaikum
esok kita akan menyambut hari Merdeka, Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia tercinta!!
semoga dilindungi dalam Rahmat-Nya dan sentiasa berada dalam aman dan makmur.
gitu patrioritik aku dipagi hari

Beberapa bulan lepas MAS ada buat promo fare, aku pun usha-usha la tiket since diorang dah start merempan lama tak tak travel katanya. Akhirnya kami decide untuk ke Langkawi. Dapat tiket RM 124 return.

Jemmah kali ni masih mengungguli carta travel partner aku, Ean dan sorang lagi Zu. Mun takleh join sebab kekangan kerja.

Sebab entry yang lain-lain belum habis lagi, aku buat highlights je lah. Simple je trip ni, boleh kata trip paling rilex la dalam sejarah. Banyak makan je hehe.

sampai je Langkawi, hujan lebat. Semua plan terbantut sikit
Jumpe tempat ni masa nak cari Rojak Hafiz. Area Vivanta Resort
Kami book The Cabin, Langkawi. Betul2 kat Chenang. location sangat ok
camni la rupa bilik kitaorang dari luar. just nice. Takdelah WOW..tapi agak puas hati
kali ni sempat melayan sunset di Chenang.
cafe ni ialah satu port santai antara yang terbaik untuk menikmati sunset. Cute je cafe dia
Datang awal sikit untuk cop area beanbag
Dan..senja nan merah yang sexy. Subhanallah
kali ni gigih bangun pagi nak kejar sunrise pulak. Tapi pagi tu hujan jugak
salah satu port untuk layan sunrise kat chenang. The Nest Rooftop. atas hotel Royal Agate Chenang
Dah habis makan, dan sunrise pun memunculkan diri
naik viewing tower kat Gunung Raya. serius lawa view dia, tapi haritu berkabus sikit
jalan naik atas ni agak scary, terima kasih kepada Cik Zu kerana pemanduan berhemah beliau

Black sand beach yang ada Lagenda tersendiri
lokasi rojak hafiz sebenar ialah di Pantai Kok, sedap ooo
Pantai Tanjung Rhu yang cantik, tapi panas
akhirnya aku sampai jugak kat sini muahahaha...ketepi semua..ketepiii
nasik dagang pak malau yang sedap gila, beriye iye Abdul rekemen 
dah la nasik sedap, view kat kedai pun sangatlah lawa..
kita akhiri entry ini dengan sekeping selfie

till then,


dzuli

No comments:

Post a Comment