Thursday, September 15, 2016

birthdays

Assalamualaikum
selamat hari raya Aidiladha,

just short entry untuk ambik mood sikit. Sejak dua menjak ni banyak benar birthday yang disambut. (termasuk birthday sendiri. ehem). Birthday tahun ni tidak disambut di luar negara seperti tahun lepas dan tahun sebelumnya. Nina cakap " kak, I dengar ceramah, kita kena sambut birthday dengan orang yang melahirkan kita" pergh,  terus ahkak insaf dan tidak membeli tiket kemana-mana. Ada beli tiket balik Penang, tapi sebab just seminggu sebelum Raya Haji, burn jela tiket tu dan balik kampung masa Raya Haji je terus

bermula dengan birthday travel partner abadi aku si Ean nih pada 24 Julai.
Senang nak layan dia nih, bawak je pergi jumpa Saad, settle.



birthday kak long K.K a.k.a si Bibie Karim yang disambut dengan penuh diva. Lepak Regalia, sunset helipad dan makan ketam Rm 600. Sambutan gilang gemilang ye. Maklumla sekali sekala beliau mencemar dulu turun semenanjung + title "Puteri Jambatan Tamparuli" haruslah kami membentang carpet merah dari KLIA 2 lagi.



pada 11 Ogos pula, sambutan birthday kak Long divana (Azra) yang disambut dengan mewah tapi low profile. macam tuan punya birthday.
Kali ni kitaorang makan kat Dilmah IOI  City Mall. 



Last but not least, birthday September babies, (babies sangat!!) iaitu Aku, Dj dan Mrs. Sambutan lebih wasatiyah dan sederhana kerana disambut dalam bulan Zulhijjah (Raya Haji). Mana tak wasatiyah, triple celebration kongsi sebijik Kek. Inilah pengorbanan kami, sanggup berkongsi kasih. eh
Terima kasih kepada penaja kek iaitu encik Abdul. Terima Kasih jugak Dj yang menaja Komugi cheese cake sedap gile. Tu pun after diumpan dengan... 



dengan pertambahan umur masing-masing, semoga semuanya dapat melayari kehidupan dengan lebih bahagia, gembira, dikuatkan Iman dan menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Amin


dzuli

5 comments:

  1. dzuli .. raya haji bulan zulhijjah :P

    ReplyDelete
  2. Nangis Bunda dengar ketam rm600 ko tau. Hahaha nasiblah sebab ratu sekali sekala mencemar duli katanye. Thanks sudi celebrate ngan aku.

    ReplyDelete
  3. naaaaaaaak Komugi !!!!!!!!! naaaaaaak !!!! hahaha.. meriahnyeee uols nye besday.. sedap2 semua.. hehehe..

    ReplyDelete