Tuesday, September 6, 2016

chomreabsuor kampouchea (hello Cambodia)- Phnom Penh Part Finale

Assalamualaikum

ok, kali ni betul2 part last.
Lepas lunch, kami jalan-jalan area istana tu. Sebenarnya agak dekat dengan hotel kitaorang, tapi saja je ngada-ngada malas jalan.
Istana ni letaknya betul-betul tepi Sg. Mekong. Kitaorang tak masuk dalam pun sebab dah petang.
Tiba-tiba aku nampak Costa Coffee. Chain yang femes kat tanah ratu katanya, sebab takde kat Malaysia, maka harusla kami mencoba.
tak tau la sebab ape, tapi bagi aku Costa ni tak berapa best, coffee dia tak strong.
Layan view Mekong dari atas kedai ni je.
Masa ni semua pun dah macam tak de mood, maybe sebab ambiance PP ni kot. Sesak, bising, kotor ataupun sebab kitaorang dah letih sangat. Ingat masa atas tuktuk ada budak datang mintak duit, kesian tengok. Tapi takut nak start hulur duit. Dilema tau, dilema



ramai dok beriadah dan jual-jual kat sini
pavilion apa tah
ni King diorang 
burung merpati pun banyak
sungai mekong


Lepas ngeteh, lepak-lepak jap kitaorang pun balik Hotel. Malam tu sebab terpengaruh dengan Bibiekarim makan bersila di Night market. Lepas solat, kitaorang pun keluar. Kak Yang malas nak ikut, so kami bertiga jelah. Dekat je Hotel ngan night market ni, jalan kaki je.


boleh beli makanan dan lepak kat area tikar ni
ada 2 je halal stall. tapi yang ni nampak lebih yakin
memang ramai wajah tourist je
diorang oder pad Thai, aku oder mee kari..err..memang rasanya so-so. semua makan tak habis
lepas makan, kami jalan-jalan sikit cari last minit souvenir. duit pun banyak lagi hahaha.
Balik hotel ingatkan nak amik SPA, tapi malangnya SPA hotel dah full booked, naik bilik dan layan TV je la.

Esok pagi around 6.30 kami dah gerak pergi airport. Dekat gila airport PP ni rupanya, ingatkan jauh haha.

satu jenama kraftangan paling femes kat Cambodia. Mahal la harganya
airport PP lebih modern
sempat layan starbucks sebelum naik flight,

Maka tamatla siri penjelajahan Cambodia ni. Walaupun itinerary kami biasa je tapi aku akui ni salah satu trip faveret aku sebab aku dapat jejak kaki kat Angkor Wat !! Seriously aku sangat suka kat Siem Reap, kalau ada rezeki mungkin suatu hari nanti aku nak meripit lagi

Sekian


dzuli

1 comment: