Thursday, October 13, 2016

#divanatakessabah- Pengenalan

Assalamualaikum

setibanya aku ke KLIA 2 lepas balik dari Oz, terus aku melangkah ke Sabah pula. Dengan trip ini, maka 14 negeri di Malaysia telah aku jejaki. Hah, umur dah 32 baru nak sampai Sabah.
Idea datang dari Azra sebab ada cuti 3 hari, so kami pun follow je. Beli tiket pun asing-asing. Aku ngan Azra naik MAS, Mrs dan Dj naik AA. waktu pun lain-lain. Setibanya di K.K kami dilayan oleh kakak kawasan bibiekarim. Jemput kat pintu airport, hantar pun kat pintu airport. Thanks kakak !!!

Trip ni simple je. 3 hari 2 malam, agenda utama nak naik keretapi tradisional sabah. Aku ngan Mrs pulak 1st timer, mestilah kami nak pergi Kundasang dan layan sunset dekat Tanjung Aru.

Itinerary semua aku serahkan kat diorang sebab memang dah tak sempat fikir apa-apa. Aku tukang komplen je hahaha..

Bagi highlights jelah dulu. Itinerary K.K ni dah ramai orang share dalam FB. Contoh-contoh artikel :"pergi ke K.K dengan hanya RM 2.50 selama 3 hari 2 malam" "wanita ini travel ke sabah dengan hanya RM 15 hengget". Ni pendapat aku, stop umpan tajuk artikel dengan kos. Bila baca balik rupanya tak masuk penginapan, tak masuk duit transport, laki dia bayar semua ataupun rupanya dia lalu je kat sabah onthe way pergi sarawak (contoh) . Tak ke ko rasa nak melempang editor blog/page tu? Serius aku rindu blogger2 travel yang ramai dah stop blogging tu. Selama aku dok baca blog diorang, tak pernah lagi aku jumpa tajuk entry " kembara Sabah dengan hanya RM 50". takde tau..takde.
hah..kan dah rant di awal entry.

Touchdown Kl pukul 6.30 pm, 8.30 esoknya dan pergi KK pulak. Mengucap panjang mak aku dengar
melalui banjaran Crocker untuk ke Tenom, somewhere at Kimanis
aku follow tema 1st day je, hari2 lain kelaut.
masa sampai cafe dah tutup, sempat beli kopi je. Jadilah
salah satu ikon Tenom
Seawal 7.30 pagi nak catch up train Tenom-Beaufort.
sangat tradisional. ada 3 gerabak sahaja dan seat sangat limited
melalui tepian Sg.Padas

berhenti dekat stesen-stesen kecil di pedalaman sabah
kak long bawak makan Thien-Thien Restaurant. sedap gile
berhenti dekat beberapa lokkout point otw to Kundasang
Terpersona dengan Kinabalu 
sunset at Ranau
feeling-feeling mongolia. 
View dari Wind Paradise ni sangatlah cantik
sempat la layan sunrise sipi-sipi
Rasanya dah taraf wajib datang Desa Dairy Farm ni, jelas nyata gunung Kinabalu
Bertentang mata dengan lebih jelas
wajib cuba dairy product dia. Coffee tu sangat sedap. mohon eksport ke semenanjung plis
Request kepada Uber Dj suh bawak pergi jambatan Tamparuli

Makan seafood dekat Gayang. 
Beli kudapan sebagai ole-ole
sunset yang sangat indah sebagai penutup trip


Bagi aku, Sabah sangat cantik dan unik, patutlah ramai orang prefer Sabah untuk short vacay. Seafood sedap, aktiviti pun banyak boleh dibuat. InsyaAllah, kalau ada kesempatan pasti aku kembali lagi.



dzuli

6 comments:

  1. aku suka part ' travel ke sabah dengan hanya bla bla bla tu..."

    selalu gak jumpa article gitu... bullshit je semua. apa paedahnya ntah. nak travel asyik nak murah je.. baik tak payah travel. duk umah je jimat kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..umpan nak suh banyak readers la tu..org pulak pakat share dengan tak baca. Macam virus dah merebak artikel2 cmni

      Delete
  2. Bahan discussion yang dibawa ke blog gitu. Memang hampas je sape yang duk share benda gitu. Mengelirukan & bagi harapan pelesu. Nextime datang kita lepak pulau plak. Btw dah dapat jawapan kenapa Sabah digelar negeri bawah bayu kan.

    ReplyDelete
  3. ' laki dia bayar semua ataupun rupanya dia lalu je kat sabah on the way pergi sarawak '
    KAHKAHKAHHHHH
    WIN!!

    macam aku kenal se sorang orang yang pandang ke belakang tu....


    ReplyDelete