Friday, October 14, 2016

hostel review - United Backpackers, Melbourne

Assalamualaikum

Aci ke kalau aku skip entry2 lain dan straight ke entry Melbourne ?
aci je la...ni kan blog aku hahahaha..

Just nak review hostel yang aku stay masa dekat Melbourne haritu. Macam biasa, booking buat thru booking.com segala review pun baca dari situ. Tak puas hati? baca review kat hostelworld.com pulak. tak puas hati lagi? baca review dekat trip advisor juga. Yaaa...selain BBM fb page tu, kita juga boleh membaca dekat website2 tersebut. Janganlah malas dengan hanya menaip kat fb BBM ataupun @twtbackpacker  "hai semuaaa..siapa ada suggestion hotel/hostel best dekat melben?" Itu mintak spoonfeed ye. Bukanlah aku against perbuatan begitu, tapi jadikanlah itu last resort. Apa guna Iphone 7 atau S6 jika malas mengoogle ye. Matilah aku rant lagi hari ni. Anggaplah aku tgh PMS

Actually ada banyak lagi pilihan hostel lain yang lebih murah. Cost pun aku punya main consideration dalam pemilihan hostel dan sebenarnya mula-mula aku dah book Melbourne YHA (area southern cross station) tapi akhirnya aku pilih yang ni sebab :

a. Rating booking.com tinggi
c. Location memang best gila, betul2 depan Flinders Street, lompat je keluar pintu terus sampai flinders street station. Tram stop pun dekat.
b. Ada female dorm with ensuite bathroom (keselamatan dan keselesaan)
c. Nampak bersih
d. Katil dia nampak sturdy.

total untuk 4 malam ialah AUD 156 (lebih kurang RM 500) sebab ambik 4 person/ dorm

Gambar tak banyak. Tapi overall aku puas hati sangat  sebab :

a. Bersih. Hari-hari diorang clean bathroom and vacuum lantai
b. Ada laundry service, Iron boleh pinjam kat reception dan Iron dalam laundry room
c. Ada elevator
d. Free wifi dekat Communal area. Aku tak masuk pun movie room area diorang. kitchen agak bersih. Tapi cooking station macam kecik sikit. berlaga vontot la jugak kalau nak masak.
e. 4 malam aku stay, pekerja semua ok dan roomate juga o.k
f. Convenience shop ada kat sebelah
d. Dekat gila dengan Degrave Street kegemaran saya.
f. Halal food, coles, woolworth (skrg dah tukar nama) pun dekat
g. Ada aktiviti-aktiviti macam free walking tour, Happy hour, bingo nights, taco thursday dengan ntahape2 lagi. Aku tengok je la, free walking tour hari khamis, tak sempat join. Happy hour takleh join. I don't drink haha.
h. safety pun ok. lift pun kena guna access card.
i. bole simpan luggage free before check in. Biasalah tu, banyak hotel2 mmg camni.
j. nak solat pun senang. Ada ruang yang luas dan bersih. Alhamdulillah roomate jugak ok. Ada sorang tu siap tanya perlu tak dia keluar time aku solat tu hehe.

Tapi, ada orang cerita dalam lift, area mixed dorm tak bersih. Mamat tu sampai kat level aku dan dia cakap totally different dengan level diorang. Nasib kau la hahaha. Dekat basement ada bar dan laundry room. Mesin basuh kena bayar. AUD 6 utk washing, AUD 2 untuk dryer dan sabun AUD 1. Lesap AUD 9 untuk basuh baju. Nangis jugak le, tapi aku takleh pakai baju repeat2.

masa ni sebilik dengan taiwanese girl ngan HK girl kot. Semua pun flying solo. 
bilik air bersih. sebab ada orang lain, pandai2 la jaga kebersihan.
banyak phrases yang catchy kat hostel ni. Tak baca rules diorang lagi, lawak 
aktiviti yang ada sepanjang minggu. Ada announcement jugak diorang buat
bilik aku selama 4 malam
kitchen. hari2 aku melepak sini. 4 hari, aku tak nampak pun orang Malaysia 
Cuma area ni memang banyak homeless people la depan-depan kaki lima hostel. Kebanyakkan mereka aku rasa harmless, tapi still became my concern jugak lah. Ada satu hari aku balik, ada orang tengah bertekak dekat princess hotel (sebelah hostel ni). Aku risau jugak le kan, Walaupaun aku tau flinders street station cantik bila malam, aku tak keluar pun hostel. Pukul 6 p.m aku start curfew. Aku malas langgar pesan Puan Zuraidah, takut ketulahan.

Mungkin entry ni boleh membantu mereka yang tengah recce2 tempat tinggal untuk ke melbourne nanti. Macam aku cakap, ni 1st experience aku stay kat hostel dengan orang luar. Memang berbeza la dari pengalaman sebelum ni. Jumpe orang2, kita akan tegur and say Hello. Sembang2 dengan travellers lain. Siap tukar2 idea pasal travel. Kat sini je 2 orang bagitau aku suh pergi ke Uluru lain kali. katanya tempat tu memang lawa dan unik. Sorang housemate aku pulak nak pergi ke Great Barrier Reef the next day. Pergh..kerlas ko.

Pagi-pagi around pukul 6-7 aku akan turun bawah untuk iron tudung, and sorang pekerja hostel ni nama Shah rajin le borak-borak ngan aku. Dia pernah travel ke Malaysia sebulan. Pukul rata seluruh semenanjung.
Hari kedua siap dia cakap "I was waiting for you to ask about your day yesterday" hah gituuu. Aku ingat aku tak akan bersuara selama 7 hari, rupanya habis merata-rata aku bantai sembang. Hervivert detected.
Aku rasa overall staying here was a very good experience for me.




dzuli

2 comments:

  1. Salam dzuli.. Alhamdulillah sebab terjumpa blog post dzuli ni.. Sarah akan ke melb solo hari khamis akan dtg for 6 nights. dah booking di hostel yg sama 4 bed female dorm ensuite bathroom. Takut sebab kalau tak dapat solat dgn tenang, insha Allah room mate sarah pon ok jugak, amin.. Thanks for the review dzuli!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..happy sebab dapat tolong awak sikit2..hehe
      enjoy melben. InsyaAllah ok utk solat sebab bilik agak luas.

      Delete