Monday, October 17, 2016

hotel review- Ipoh Bali Hotel, Ipoh

Assalamualaikum

Tengah kemas-kemas hardisk, jumpe pulak gambar-gambar Ipoh bali ni. Salah satu hotel paling best le yang aku pernah lepak. Sebab share ngan kawan, takde la terasa kaching sangat duit keluar hehe. Ean yang suggest hotel ni, aku tak tau pun. Pastu ajak Dj, Mrs, Azra and Zilla sekali.
harga standard room RM 250 sebab weekend, Deluxe Studio Suite ( 3 person) RM 390. Additional bed RM 50 kalau tak salah. Deluxe studio suite memang besar gila. 4 orang tu memang takde masalah. Masa ni aku booking terus dengan hotel.

Breakfast ada, menu boleh pilih terus masa check in. Ada beberapa pilihan macam nasik lemak ayam, sandwiches, continental breakfast bagai.
Tea, coffee, toast semua ada jugak.

standard room.
deluxe studio (garden view)
lampu dia dari bubu ikan.
sinki pun lawa
ada tub jugak. boleh bawak bath bomb kalau datang sini
cam biasa, coffee/tea making facilities & mineral water
kemain garden view, ada air terjun bagai kat balkoni bilik. Ada buaian jugak. Tak sempat ambik gambar
bukak je sliding door bilik aku, boleh masuk area balkoni.
ada tempat melepak juga
boleh naik ke rooftop

ada spa jugak. boleh booking thru reception



banyak gambar-gambar dah hilang. aku delete gamaknya hehehe..
sebenarnya hotel ni area kawasan perumahan. Macam sebijik rumah atas tanah lot yang direnovate jadi hotel ni. Parking agak limited lah. Rooftop pun takde view sangat sebab 2 tingkat je, tapi aku rasa malam boleh lepak2 sembang minum2 atas tu.
Pekerja pun ok, kecuali masa aku pergi front desk dia dok marah2 pekerja lain depan customer, personally aku tak suka perangai gitu.

tapi overall hotel ni memang cantik dan aku agak puas hati.

Kalau nak tau lebih lanjut boleh check website diorang. Ipoh bali 


dzuli

1 comment:

  1. Nice sharing.. Boleh try nanti bila singgah ipoh nak ke perlis :D

    ReplyDelete