Sunday, October 16, 2016

hotel review - THA Bangkok Hotel/ THA City Loft Hotel, Bangkok

Assalamualaikum
Sementara nak fine tune dan nafsu nak blogging kembali membara, aku nak buat review sikit pasal hotel yang aku stay masa trip ke Bangkok bulan 5 haritu (purba much?)

Ekcelli untuk trip hari tu kami stay kat 4 hotel yang berbeza sebab banyak keluar masuk bangkok. Tapi untuk 2 malam last, kami bersepakat nak ambik hotel yang hensem sikit untuk rejuvenate. Pilih punya pilih dengan bajet marhaen tapi nafsu mewah, kitaorg setuju untuk amik THA city loft ni.

Kalau tak salah harga dari Agoda.com kami dapat RM 160/night/room. 

Lokasi dia area Ekkamai. dekat jugak ngan Ekkamai BTS station, malas jalan buggy service pun ada every hour. Ekkamai ialah satu kejiranan mewah di bangkok lebih kurang macam kat area Jalan Ampang gitulah. Uber banyak, teksi banyak. Kitaorang tak test pun BTS kat area sini. Depan hotel ada pasaraya Big C siap ada starbucks bagai kat situ. Hotel ni pun ada bar dan cafe diorang. Cafe diorg cantik dan harga agak ok, tu ralat jugak tak sempat nak mengopi.

Konsep dia ala2 industrial. Besi2, kontena (tapi ni building biasa), kayu kayan. Lawa la..aku suka sangat. Rasanya sapa yang suka I.d, hotel ni kira wet dream interior designer lah kot.
sorry la gambar kurang berkualiti. Guna henfon dan gegarvaganza.



reception
lobby

siganage pun dari besi
yang awan2 tu pun dari besi maca street art penang tuh
setiap dinding korridor ada mural cute2.

bilik aku ngan ean
standard room je. size acceptable walaupun kecik sikit
chainlink tu tempat letak telefon ala2 buaian.
ni balkoni untuk level kitaorang. Dah nak balik baru jupe..best ni layan kopi malam2


walaupun sewa hotel lawa2, biasala..sempat tido je pun sebab busy menjongket sana-sini hahaha..
aku recommend la jugak hotel ni kalau korag nak ke Bangkok. Neighborhood sini pun nampak ok walaupun sunyi sikit. Bar semua takde area nih. Memang sesuai la untuk rileks.
nak tau lebih lanjut, boleh check website diorang THA hotel



dzuli

No comments:

Post a Comment