Monday, October 10, 2016

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 (pengenalan)

Assalamulaikum..
lebih kurang 2 minggu lepas pada 22 sept- 30 sept 2016, sekali lagi aku jejakkan kaki ke bumi Australia. Aku repeat lagi Melbourne dan aku panjangkan sikit langkah ke Sydney pulak. Trip kali ni agak special buat diri aku sebab aku try pergi secara (ehem) solo. Mula-mula macam tak percaya jugak nak pergi sendiri plus nak mintak restu parents tu mmg cabaran utama la. 

Start masa promo AA hujung tahun lepas, aku nampak KL-Melben RM 300. Ish..murah jugak tu plus aku memang dah rindu gile dekat melben. Aku tanya kawan2 semua senyap je. so aku beli je dulu. Then aku fikir, adakah ini peluang untuk aku solo travel ? *lampu*
Aku perap dulu tiket tu. Recce jugak cara nak pergi Tassie tapi macam susah sikit je. Akhirnya aku buat keputusan nak pergi Sydney. Nampak lebih doable. Aku start hunting tiket Sydney-Kl dan Melben- Sydney. Akhirnya dapat la Syd-KL RM 600++ dan Syd-Mel guna Tiger Air AUD70 (RM 200++). ETA macam haritu, tempah kat Cik Intan dengan harga RM 20 sahaja.

Dalam tempoh setahun tu ada la jugak 2-3 member bunyi nak join, tapi akhirnya krik2 begitu sahaja sebab tiket dah semakin mahal. Ean pulak ada family trip pada tarikh yang hampir sama. Kalau tak, aku yakin dia pasti ikut aku hahahaha.

Itinerary 
Kali ni aku banyak merujuk blog Supermeng Malaya & John untuk Sydney, kak kiah & Siti Yang Menaip untuk Melben dan blog2 lain macam blog Dj, tanya2 jugak Bie dan kak azma. ada jugak la blogwalking kalau nmpk tajuk melben/syd tu. Untuk melben aku dah ada agenda aku, tapi sydney mmg aku clueless. Selain tu, aku follow jugak beberapa i.g account macam @melbourne_explorer dan @visitmelbourne. Informatif jugak la i.g accounts ni. akhirnya aku decide untuk spend 4 malam di Melben dan 3 malam di Sydney.

Penginapan 
Yang ni memang masalah sikit. Hotel mahal gila, so hostel ialah pilihan terbaik. Walaupun mixed dorm ataupun dorm yang ramai org (6,8,12) lebih murah, tapi modesty dan keselesaan pun penting jugak. Lokasi pun penting untuk keselamatan diri. Sorrylah, risk management aku memang tinggi sikit hahaha. Setelah membaca review di Booking.com, Trip Advisor dan lain2 akhirnya aku memilih
1. United Backpackers , Melbourne (AUD 156 utk 4 malam). 4 person dorm with ensuite bathroom. 
2. Sydney Harbour YHA, (AUD 55/night).  4 person dorm with ensuite bathroom.
3. Maze Backpacker, Sydney (AUD 120 utk 2 malam). private room shared bathroom.
nantilah aku buat review utk hostel2 ni. Semua aku agak puas hati. ada pro and cons masing2.

Budget 
Sebab kali ni aku takde join tour langsung. Pastu aku hanya pergi tempat2 yang mainstream sahaja. Aku hanya bawak AUD 1000. Hostel semua bayar kat sana, food tak bawak langsung and kemain la mengopi masa kat melben (lepas gian). Ada jugak shopping sikit. Activate jugak debit card semua. Roaming henfon jugak kot2 nak buat online transaction.

3 perkara ni kot paling penting kalau nak travel. Dah setel semua, mintak izin kat Puan Zuraidah...perghh...dugaan terbesar ni. akhirnya mak aku izinkan dengan linangan air mata (risau aku sorang2 kat sana katanya). Tawakkal je la. Masa ni la aku nak test kebergantungan aku dekat Tuhan. Kalau kat sini, aku banyak depend kat orang (kawan2 ngan family)  Call je, insyaAllah diorg akan tolong. Gitu kan aku pujuk diri. macam big deal sangat padahal orang lain dah separuh dunia travel solo. kah kah kah. Yang paling banyak bagi sokongan opkoz la adik2 aku and kawan2. Adik2 aku tukang pujuk mak aku supaya jangan risau. Abah aku diam je hehe..dulu abah penah cakap kat mak "budak2 tu reti baca, mesti diorg tak sesat " See, bagaimana perbezaan lelaki dan wanita berfikir.

Macam biasalah, highlights la dulu. InsyaAllah bila free nanti akan aku buat full entry.

passport case baru, beli kat Aseana harituh. flight 10.30 malam, so tayah amik cuti hari departure
sampai je terus p QVM, cari nutella doughnuts sampai sudah tak jumpe.
sempat layan jap "woodlock". buskers/ street performer kot. sedap lagunya.
akhirnya, hosier lane. lama jugak la aku melepak sini.
Degraves lane yang dirindui
first time mencemar duli tido dorm hehehe..but it is a good experience. syukurlah roomate baik2 belaka
tiap-tiap hari melepak federation square
the iconic- flinders street station
antara misi utama kali ni - puffing billy
Puas hati, aku tapau dari Belgrave sampai Emerald terus. 3 jam whole journey
seronok tengok family ngan anak2 diorg
explore tepi2 Yarra river- birrarung marr
Tesselaar Tulips Festival juga ialah misi kali ni. Nak pegi keukenhoff masih tak mampu


Melbourne Art Centre. Usha dari luar je. building ni unik
Shrine of remembrance- sampai jugak akhirnya

La Throbe Cottage - Royal Botanical Garden
Royal Botanical Garden - explore separuh je
South Yarra yang mempunyai bangunan cantik2
kedai-kedai sini pun cantik-cantik
Menyeberangi Yarra River nak ke south wharf - hai Eureka !!!!
Yarra River

Rasanya memang rileks sangat trip ke Melben kali ni. Just touch up mana yang tak sempat pergi haritu, feel the ambiance puas2. Memang aku banyak jalan2 dan people watching je disamping mengopi.

Ke Sydney pula. Banyak hiccups katbSydney ni. Plan asal semua kelaut dalam. Nasib baikla aku sorang2, redha je la. Tambah pulak, bateri dah low masa kat sydney ni.

Sydney harbor YHA, The Rocks, atas tapak sejarah The Big Dig ..scary jugak haha
Misi utama- menyeberangi sydney harbour bridge
steel structure- antara subjek hazab zaman study dulu
80's engineering marvel - sydney harbour Bridge. excited gileeee aku masa lalu atas ni.
Tengok je la orang buat bridge climb - hakak tak mampu
dah sampai Sydney, wajibla mencoba naik Ferry. Circular Quay to Darling Harbor
lalu bawah sydney harbour bridge lagi
Jalan-jalan kat Darling Harbour, lupa la nak pergi Sydney Fish Market.
Darling Harbour lagi. Antara misi penting ialah cari HRC, nina kirim barang
satu lagi Ikon Sydney- Opera House
wajib melepak di tangga Opera House ni
Puas aku belek2 haha..nak masuk tour AUD 37, duit dan masa tidak mengizinkan

takde dalam itinerary aku, tapi biasalah, aku ada tower fetish
sebab tak sempat nak jalan seluruh sydney, kita tengok je dari udara.
Hostel kedua di Sydney, Maze Backpacker. nak sangat private room.
Menapak dalam kesejukan nak merasa Pancake On The Rocks
meredah hujan demi nak explore bangunan kat The Rocks


Aku rasa aku dah jatuh cinta jugak dengan Sydney. Bagi aku, Sydney lebih touristy, bandarnya lebih bersih dan mewah tapi public transport dia agak susah berbanding melben.
Masa dah board flight untuk balik Malaysia, rasa bersyukur sangat dapat menjayakan trip ni dengan selamat tanpa masalah besar. Bagi aku solo trip ni ada keseronokan yang tersendiri berbanding pergi ngan kawan. Tapi sebab aku ni dah biasa pergi dengan kawan, harusla aku ingat diorang. Contohnya masa kat puffing Billy " ni kalau ada Ean mesti kena amik gambar dia posing juntai kaki" haa..camtulah.
InsyaAllah, kalau ada peluang maybe aku akan cuba lagi.

Till then..

dzuli

7 comments:

  1. macam terasa je kena seru tu yang tetiba muncul sini hehehe.. napeeeeee rasa macam terpanggil untuk pergi Mel lagi ni.. T.T rinduuuu jugak.. hehehe..alaaa donat nutella.. very the rindu ni.. nak pegi lagi tapi dimanakah duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tau je kan kena seru..
      takpe2..lambat2 sikit. akak pun 2 tahun kemudian baru ripit.
      itulah, kalau la belakang umah telaga minyak, bolelah tiap2 tahun ripit

      Delete
  2. Replies
    1. iye bang meng...itu yg muqadimah panjang berjela tu hehehe..

      Delete
  3. tapi sydney sangat mahallll! kecuali ahad sbb all transportation cap AUD2.50 je all day. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, terasa jugak le mahal dia. Train satu station je AUD 4...food macam lebih kurang melben je. Tapi coffee AUD 1 susah dijumpai hehehe

      Delete
  4. kirim salam Puan Zubaidah..

    eh..
    tetiba

    ReplyDelete