Thursday, October 20, 2016

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 1 (arrival, QVM & Hosier Lane)

Assalamualaikum

aku terpaksa (takde orang paksa kau pun) skip entry Thailand untuk buat entry Melben dulu hehe. Ciwi tau, 1st time yang pertama travel yolo. Tambahan pulak aku pergi ke salah satu destinasi feveret aku.
Aku bertolak dari KLIA 2 malam 22.9.2016. Siang tu aku masih kerja la walaupun hati dah sampai dekat Melbourne. Nasib baik bos memahami haha. Tepat pukul 5, terus aku cargas naik Uber ke KL sentral. Pergi tukar duit kejap kat Nu sentral. Rate kat Nu sentral ni agak ok. Lebih kurang je dengan Mid Valley/IOI city mall.
Sebab awal lagi aku telah memilih menggunakan cara marhaen lagi kedekut untuk ke KLIA 2. Aku ambik KLIA transit KL Sentral- Putrajaya (RM 12) dan dari Putrajaya ke KLIA 2 (RM 9.40) so total ialah RM 21.40 berbanding ambik KLIA Ekspress RM 55 one way. Cuma kena tunggu 30 minit extra.

Sebelum boarding call mak aku dulu mintak restu bagai, makan dulu siap-siap denga harapan dapat tido lena atas flight. Flight berlepas tepat pada waktunya. Masa perjalanan 8 jam 30 minit. Kali ni aku tak boleh tido. Kejap-kejap terjaga, tak selesa kot sebab duduk tengah. Lain kali jangan kedekut beli seat kalau travel sorang.

Setelah melalui beberapa siri airpocket, turbulent, makan, minum, pergi toilet, isi arrival form dan flight kena sanitized, flight pun mendarat di Tullmarine International Airport tepat pukul 8.00 pagi. Awal sikit, maybe pilot rempit. Btw, captain untuk flight aku malam tu seorang wanita. petite je.

Turun je flight, connect wifi dan macam biasalah beratur 2 marhalah kat immi. Kali ni aku kena soal lama gile. Macam-macam soalan. nerves mak. Tetiba aku nampak dia tanda "G" dekat arrival card aku. Ah sudah, mula la aku terbayang situasi Meng masa baca entry Perth dulu.
Dengan nerves, aku bawak kad aku pergi ke laluan keluar, bagi dekat immi officer dan "ok ma'am, you free to go" perghh... rasa nak sujud syukur, scary tau. Maksudnya aku takyah lalu kat tempat bukak2 beg yang ada anjing bagai tu.

Dah kat luar, terus aku pergi beli sim kad Yes Optus denga harga AUD 15 untuk 7 hari. Lepas tu aku termenung kat depan. Nak buat ape ni? Pegi toilet, pergi information counter, pergi bus stop star shuttle tapi tak tau mana nak beli tiket last-last aku ambik je SKYBUS ke CBD. Tambang dah naik AUD 19. 2014 dulu AUD 18.

Sampai la southern cross, dulu menjadi salah satu bangunan feveret aku di melbourne, tapi kali ni aku tak keluar pun, terus ambik hotel transfer untuk ke hostel. Tapi sebab CBD ni tak leh park merata-rata, dia drop aku jauh sikit dari hostel dan kena menapak sikit, boleh la pulak aku silap pergi masuk hostel lain.
Dah jumpe hostel, terus check in, buat payment dan simpan luggage. Aku mintak lower bunk, mamat tu kata bilik aku cuma ada sorang je, so possibility untuk aku dapat lower bunk agak tinggi, dia suruh aku check in around 1.30 p.m. First come first serve kan.

Dah drop luggage, aku terus ambik tram pergi Queen Victoria Market, deja vu sangat, sampai je terus ke QVM. Tapi kali ni aku tak bercadang untuk shopping pun. nak jalan2, soak up ambiance and cari makanan.


tengok je building ni, rasa macam tak percaya aku dah sampai Melbourne
sempat usha degrave street dulu. Mula-mula nak beli Doughnut tu, tapi tak jadi sebab nak pergi QVM. sebijik AUD 6. Agak femes kat Melboune. 
bertemu lagi
daging lembu halal yang dijual di meat & poultry section
Panjang line, tapi lepas baca blog siti, aku was-was pulak nak try. 
ingat nak beli strawberry, last2 lupa je
kali ni, seluruh pelosok qvm aku masuk
layan woodlock ni jap..best..syandu rasanya.
memang best le diorang ni...cool gila

sebenarnya aku nak cari donat nutella macam dalam blog siti..aku tawaf QVM ni tak jumpe2, ada jugak choice halal food macam kebab semua, tapi saya mau nutella donat!!
last2 aku giveup dan lepak kat sebuah kafe yang barista dia kacak bangat. Maka brunch aku ialah hot choco dan brownies.
lepak sambil fikir "betul ke aku kat melben sorang2 ni?"
kecewa tak jumpe nutella donat, marilah pulang

boleh pulak aku punya simkad ada problem, tak leh start sebab takde confirmation message dari optus, on the way balik hostel, aku singgah kat kedai optus dan orang tu cakap optus mmg ada problem sikit hari ni? kenapa hari ni?..tau tak aku akan pincang tanpa teknologi? aku banyak depend kat google map ngan website PTV untuk public transport. Lepas tu aku singgah Coles pulak konon2 nak beli bekalan breakfast macam cereals/biskut untuk 3 hari. Tapi aku tengok packaging semua tahap nak makan sebulan, aku batalkan niat. End up beli Dare Ice Coffee 750ml (ucapkan hai kepada bladder) Tim Tam dengan potato chips je.

Singgah federation square jap, update apa yang patut kat orang-orang tersayang di tanah air. Kat sini dapat wifi free.



around 1.30 aku balik hostel, terus naik bilik dan cop katil. Dah dapat kaitil, godaan la pulak. Rileks jap dan solat. Kemudian aku nak pergi hosier lane yang terkenal dengan street art dan grafitti. Dari hostel aku around 200-300 meter je. Paling senang nak ingat, seberang jalan ACMI Fed square tu.
Sebanarnya ada banyak famous street art kat melbourne, kalau betul-betul nak layan boleh ambik street art walking tour, AUD 50++. bagi aku too mahal, so aku pergi je mana yang aku jumpe. Memang lepas gian sungguh sebab last time aku tak sempat datang kat sini. setiap lorong jugak la aku masuk jenguk. Orang sangat ramai, so jangan risau dari segi safety.

Aku rasa street art kat sini (Hosier Lane) lebih kepada ekspresi perasaan, bukanlah macam dekat Penang yang sangat artsy dan cantik.
dah ramai orang

sekeping selfie, aku segan nak mintak tolong orang ambikkan gambar posing2

ramai orang panjat tingkap tu untuk bergambar
adakah ini gambar nude kim k? yang asal ada kat somewhere lane mana tah.
youth project australia. 



cofee shop pun ada


nampak mamat baju kelabu tu dok lukis2.layan kejap

tak tau la apa yang diorang nak sampaikan




dekat sejam jugak la aku melepak dekat hosier lane nih, aku pergi semula dekat federation square, konon-konon nak stroll tepi Yarra River.

Lepak kejap tengok kartun
princess bidge
restaurant tepi yarra river.

Mula-mula plan nak cari makanan, tetiba lalu dekat lord of fries Flinders street. Kat sini ada option halal, pekerja dia pun budak muslim pakai tudung. Terus aku beli fries sekotak harga AUD 4. size kids, Tapi portion memang besar. Makan jap jap Fed Square, tak habis, bawak balik sambung makan kat hostel


Lepak jap kat kitchen. 

Lepas tu terus naik bilik, sembang-sembang jap dengan roomate.Sejuk gila time aku datang nih, malam je around 6 darjah C. 9.30 aku dah gone. Maklumla nak kena bangun awal, solat subuh masuk pukul 4.30 a.m kat sini.
Degan ini, abislah hari pertama aku kat Melbourne

bersambung untuk Puffing Billy keesokan hari


dzuli

10 comments:

  1. Tetiba tengok gambar ko kat Hosier Lane, terdetik rasa dejavu. Aku ada posing at some of the places ko tempek dalam blog ni ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..aku je takde posing2 macam kwangsoo

      Delete
  2. ah..rugi tul. aku x smpt pegi art street...gara2 ikot ofismate yg nk menempel

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lepas ni kalau ada peluang lagi, ko selinap je keluar senyap2

      Delete
  3. bolehlah try cara marhaen gi klia2..hihi..jimat sggh..bestnya jln2, lepak2 sensorang, jomblo happy..

    ReplyDelete
  4. Tempat lukis-lukis tu kalau tak ramai org mcm scary sket huhuu... Tapi mngkin sbb kat aussie so selamat hehee..

    ReplyDelete
  5. OOOOOOOOO...
    sensorang rupa-rupanya!!
    patutlah banyak nho selpie kat IG !!

    ReplyDelete