Tuesday, November 29, 2016

hostel review- Sydney Harbour YHA

Assalamualaikum

Entry ni untuk share satu penginapan yang agak best masa trip aku ke Sydney haritu
YHA ni memang satu chain hostel yang agak  femes la dekat negara-negara down under, sebab terpengaruh dengan hasutan rooftop view yang nampak Opera house, aku pun booking la untuk 1 malam. Harga AUD 55 untuk non member, female dorm 4 person with ensuite bathroom.

Lokasi dekat The Rocks, which aku rasa sangat cantik. Dekat gile dengan sydney harbour bridge, 10-15 minit jalan kaki ke circular quay. Station train terdekat ialah Circular Quay station dan 20-25 minit jalan kaki ke Opera House.

plus :
1) sangatlah selesa dan bersih
2) sesuai untuk semua peringkat umur
3) Kitchen besar dan selesa
4) rootop view yang memang awesome
5) ada jual breakfast set (lunch/dinner tak sure)
6) dekat dengan sydney's major  attraction (sydney harbour bridge, sydey opera house, Circular Quay ferry terminal, musuem of cotemporary art Australia)
7) Free wifi kat communal area, nak connect kat bilik kena bayar

minus :
1) jauh sikit dengan train station/public trasport. (650 m bukit bukau)
2) takde kedai halal berdekatan. tapi ada la cafe2 dan bakery dekat The Rock
3) ada mini market je kat bawah (hot coffee pun takdak)
4) Iron pun kena bayar deposit. (tapi ok je kot)
5) Sunyi sikit, jauh sikitlah dari CBD

oh, hostel ni terletak atas tapak sejarah "the big dig". 
The Big Dig, located in The Rocks between Cumberland and Gloucester Streets, is a parcel of land containing remains from the late 18th century, the time of Australia’s first European settlement

aku x sure ni depan or belakang hostel haha
ada ruang kat tengah ( lokasi penggalian) atas tu bilik2
communal area. reception, dining hall semua pun area ni
bilik saya
dapat lower bunk. syokorlah
ensuite bathroom

kononya berangan nak buat timelapse dari atas rooftop. sekali tak bawak tripod, nak guna 3way monopod angin kuat gile. scary, last2 aku mereput dalam kesejukan layan view.



Sempat jugak breakfast kat sini pagi sebelum checkout due to hiccups in plan. Set kat bawah ni AUD 8. Pasrah la, semua tau sydney memang mahal.

cereal+ susu sekotak, toast + spread dan cappuchino

Puas hati jugak stay sini, tapi disarankan mempunyai stamina yang tinggi sebab banyak tangga nak kena daki dari train station ke hostel hehe. Boleh cuba bagi sesiapa nak ke Sydney


No comments:

Post a Comment