Sunday, November 27, 2016

Hotel review- Hommie 1934

Assalamualaikum


saja nak share hotel yag aku hampir stay untuk trip Penang haritu. Aku tau pasal hotel ni dari page fb Rizall Hakim tu. Asalnya kami nak bawak kereta, so kena la cari lokasi yang selamat sikit untuk parking. Aku tanya jemaah dan diorang ok je. Aku pm thru fb je dan kebetulan ada kosong untuk tarikh tu. Family room for 3 with ensuite bathroom harga RM160. Ok sangat dah rasanya. 
Juno owner dia peramah sangat.

Sebenarya hommie takdela hotel sangat, more like airbnb ataupun hostel. Ada jugak dorm dan bilik yang shared bathroom.

Hotel ini ada sediakan light breakfast tapi kita boleh oder penang famous breakfast macam roti canai transfer road, nasik lemak dengan nasi ayam kalau rasa malas nak keluar

kawasan luar. macam area perumahan, Banyak jugak hotel lain kat sini
gambar dari Ean kot
bilik yang spacious
semua perabut Ikea.
hallway

breakfast area/ dining area
Aku agak puas hati dengan hotel ni. Agak ok untuk budget traveller tapi bertaste mewah haha. Takdela mewah mana, tapi lebih dari selesa la kiranya.
Boleh try bagi sesiapa nak pergi penang. FB page diorang Homie1934 jugak.





dzuli

No comments:

Post a Comment