Saturday, November 26, 2016

mini getaway-Penang 2016 (Hin Bus Depot & Street Art)


Assalamualaikum

harini baru rasa boleh bernafas sikit, dekat sebulan ni memang busy gile dengan kerja-kerja hakiki. 
Boss aku yang baik hati dah cakap "jumaat ini semua rest dulu, sambung semua kerja next week" sebab waktu-waktu kritikal dah lepas.Aku bercadang untuk gunakan "kelepasan" ni untuk update sikit blog.

 4th Oct  yang lepas aku ada mini getaway ke Penang. Tapi due tu banyak masalah peribadi, aku tak leh join diorang on 4th tu. Agak huru hara la sebab diorang kena beli tiket flight dan arrange balik plan asal. Tapi 2 budak ni memang ok dan sporting habis, tiada drama atau pertumpahan darah berlaku, semua orang uruskan hal masing-masing dengan jayanya. 
Syukurlah rezeki diorang dapat flight Kul-Pen dengan harga RM 69 macamtu. Untuk Penang-Kl diorang akan balik dengan aku naik kereta dan aku hanya boleh join diorang on 5th sahaja.
untuk 4th tu diorang banyak sightseeing guna Penang Hop On Hop Off dan Uber. Tapi cuaca pun kurang menyebelahi sebab hujan lebat.

untuk accomodation, kami booking Hommie 1934, tau pun sebab ada orang kongsi dalam FB. Harga RM 160 untuk 3 orang, ensuite bathroom. Cantik dan selesa, tapi aku tak tido pun sini hahaha. Datang pagi untuk breakfast je. Owner dia nama Juno baik sangat, peramah gile + cute. eh
Actually dia kawasan perumahan, agak jauh dengan jalan besar, tapi ada parking khas dan neighbourhood ok.
Booking ni sebab jemaah tanak tido hotel "biasa-biasa", nak yang hipster sikit katanyaaa.. Nak ambik area georgetown banyak yang tak sediakan parking khas (plas asal ialah nak drive)

Pagi sabtu aku drive dari kulim ke penang, jumpe diorang kat Hommie 1934 tu. Kami light breakfast jap and terus checkout. Sempat sembang2 ngan Juno kat breakfast area. 

bilik agak spacious

Lokasi pertama kami ialah Penang Famous roti canai transfer road. First time aku datang sini, Masa ni pulak hujan lebat gile. Gigih sangat. Kedai dia macam gerai tepi dinding bangunan. Duduk je mana nampak kosong. Pastu ada pakcik datang amik oder. Semua berlaku dengan sebegitu pantas aku main angguk je apa dia cakap. Sampai oder 2 peha kari ayam sampai, aku terkesima dan cakap taknak, farhana takut ngan pakcik tu dan redha dengan peha ayam tu. Tapi, dengan tamak, kami oder lagi roti goyang pulak. Aku amik roti bakar biasa je.

Farhana ni style perut kecik, kesian aku tengok dia habiskan roti telur, kari ayam ngan roti goyang tu hehehe. 



Dah kenyang gile, misi kami ialah memburu street art. Mula-mula aku pergi Hin Bus depot /Tavern in the park. Waze saja. Tau tempat ni pun dari instagram le, beberapa orang dok upload.
Hin bus kira pulic transport Legend la kat Penang suatu masa dulu, maybe dah pupus selepas Rapid Penang ambil alih ataupun dan luput ditelan zaman. Tapi tukar tempat ni jadi art centre memang menarik.

kanan mural by Thomas Powell, kiri rasanya ernest zacharevic.

satu lagi awesome artwork dari ernest zacharevic. 
sculpture pun ada
ada nama artist kat bawah tu, lupa nak tengok

katanya ada pop up market dan kadang2 art exhibition. Ada jugak 2 cafe yang cute dekat sini. Tak sempat nak ngeteh sebab perut masih penuh

tavern in the park kot nama cafe ni.

Dah siap bergambar-gambar kat sini, misi mencari street art diteruskan lagi. Puas jugak cari parking, last-last dapat la parking berbayar dekat area Cafe Black Kettle tu. Lantak le bayar pun, kang buang masa pulak cari-cari parking.

Lepas tu kami pun mula menapak cari street art area armenian street, lebuh cannon, lorong lumut dll. Kami juga menapak sampai Cheah Jetty sana. Layan gambar jelah

area armenian street, sangat happenning
dan picturesque
Sek Tek Tong Cheah Kongsi
lagi artwork dari ernest zacharevic
area victoria lane, ada beberapa street art tema kucing
street art ni agak baru
my favourite-steel artwork sebab ada story2 sekali
Map yang diorang ambik dari mana tah meang banyak membantu

memang banyak artwork Ernest Zacharevic, aku pernah baca dia kata Penang ialah 2nd home dia
Busy Bodhi Cafe yag cute, masuk ambik gambar je hehehe
Gudang Cafe yang sangat rustic dan lawa, again ambik gambar je sebab baru lepas makan kat Black Kettle
Paling gigih cari yang ni, dari russian artist,Julia Volchkova. Lokasi: lorong Lumut

Sebenarnya banyak lagi kitaorang jumpe, tapi ada setengah tu dah pernah blog dalam entry sebelum ni. Kami ada berenti ngeteh kat Black Kettle cafe yang sangat banyak dessert, tapi aku lupa ambik gambar.

Sebelum balik, sempat jugak pergi area Esplanade Padang Kota Lama dan early dinner dekat Lagenda Cafe

Aku suka sangat buildings kat sini. Terus teringat Melbourne, eh

Cafe Lagenda yang bertemakan P Ramlee, ada hotel jugak bercantum ngan cafe nih
Menu-menu kami 

Sekali lagi nightmare buat Farhana kerana dapat peha ayam. Kesian budak tu, trauma peha ayam pagi tadi pun tak habis lagi hehehe, Farhana cakap balik Kluang nanti dia tamau dah makan ayam selama seminggu. Aku oder Chicken Chop, Farhana order Rosted Chicken dan kami rasa so-so sahaja. Tapi Ean cakap nasik kerabu dia sedap gile. Siap ada congkak bagai. Harga reasonable je. Maybe specialties cafe ni Malay/Indo food kot.

Lepas makan, terus gerak balik kulim untuk sesi jejak kasih. Dekat 20 tahun Ean dan parents aku tak bertemu (lepas kami pindah dari Felda Lakum).

Sekian sahaja trip ringkas kami, plan asal nak singgah Kuala Kangsar hari Ahad tu pun tak jadi sebab Farhana kena balik awal, InsyaAllah next time girls, kita plan elok2 ok. Thank you sebab kamu berdua ialah travel partner yang memahami dan awesome. Till next time. 

No comments:

Post a Comment