Tuesday, November 1, 2016

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 2 (Puffing Billy & Birrarung Marr)

Assalamualaikum
hari kedua di Melbourne,
plan hari ni ialah naik puffing billy setelah last trip hanya mampu melihat dari kejauhan. Kali ini pastikan jadi!! Gitu aku bermonolog dalam diri. Sebab travel seorang hanya mampu monolog dalam hati jelah.
Macam aku cerita, subuh masuk 4.30 apagi, so around 5 lebih dah bangun dah. Pukul 6 pagi aku turun bawah untuk iron tudung. Masa tengh dok iron, ada pekerja hostel ni nama dia Shah (aku check kat nametag) datang borak-borak. Bila tau plan aku nak ke puffing billy, dia bagitau ada kerja2 upgrading track, so train ke Belgrave akan stop di satu station dan kena naik bas untuk ke station lain sebelum sampai ke Belgrave. Belgrave ialah last stop, so takde option lain dah kot. Aku pasrah jela since aku malas dah nak tukar plan. Shah ni cerita dia pernah travel kat Malaysia selama sebulan around last year. Seronok jugak le borak-borak pasal Malaysia.

Aku cuak part yang kena tukar-tukar train tu, terus seawal 7.00 pagi aku dah ke Flinders street station untuk amik train ke Belgrave. Katanya perjalanan hampir 2 jam. Bawak je timtam semalam buat alas perut. Rupanya, takde pun kerja-kerja upgrading tu, perjalanan smooth je ke Belgrave.
8.30 aku dah smpai kat station. Orang pun takde, cuak aku. Pergi la ke Puffing Billy dulu konon nak beli tiket, sekali kaunter tiket pun belum bukak.
Aku naik atas dan jalan-jalan sikit kat pekan Belgrave cari breakfast. Ingat lagi last time datang sini, aku nampak cafe yang cute, siap berangan nak breakfast dekat tepi cermin kedai tu.
Pekan Belgrave ni kecik je, very cowboy town. Pekan Pahang sana lagi besar.

ni ah cafe cute tu..tak la cute macam hispters cafe, rustic sikit. tapi menu aku tak berkenan
jalan-jalan sikit lagi.



Tiba-tiba aku nampak The Blacksmith ni, jenguk dalam nampak bakery. Yess
Teruslah kaki melangkah masuk. Order latte tiba-tiba nampak nutella doughnuts. (masihla ko dengan nutella dougnuts itu kan). Teruslah aku "can I have 1 nutella doughnuts?". Banyak lagi pastries2 yang menarik, tapi kena ingat 1 AUD = RM 3.20. Berbelanjalah secara berhemah hahaha
Ambik port paling cun dan melepak.
Seriously nutella doughnuts itu sangat sedap. Foodgasm terus. Latte memang sedap lah, maklumla Melbourne kan salah satu  dari 8 of the world's great coffee cities (CNN)


Fair trade coffee is coffee that is certified as having been produced to fair trade standards. Fair trade organizations create trading partnerships that are based on dialogue, transparency and respect, that seeks greater equity in international trade- Wikipedia

semua ni AUD 7++. Ya Ampun, teringat2 donat tuh
nampak tak? limpahan nutella

Dah kenyang, marilah kita menyambung kembali misi. Pergi beli tiket, orang tak ramai sangat lagi. 1st train ialah pukul 10.30 pagi. Kalau sekadar nak merasa, boleh je ambik tiket belgrave- menzies creek harga AUD 28++. Tapi kena tunggu 2 jam lebih sebelum balik ke belgrave. So, aku mengikut saranan SYM, ambik sampai Emereld, at least kat emerald ada town, boleh lepak-lepak. Tapi mahal la sikit AUD 54. Alang-alang menyeluk perkasam, pukul rata jelah. Nah ambik 54 dollar ni.



seperti yang semua sedia maklum, pekerja kat puffing billy ni kebanyakkan pesara atau warga emas yang secara sukarela. Masa beli tiket, aku bagi note AUD 104, pakcik tu dengan gigih nak bagi balik balance dalam note AUD 50, tercongok aku tunggu, aku ingat sebab takde small change, tapi nampak duit banyak je dalam cash register. Last2 aku cakap takpe je bagi aku note pecah2 pun huhu..pakcik...
Jumpe keluarga melayu, sembang-sembang sikit rupanya diorang stay kat Melbourne sebab si suami tu student PhD kat Daikin University.



ni first class yang ada dining experience bagai tu agaknya
nampak pakcik ni tengah main alat music apa tah.


Kemeriahan puffing billy ni bila keretapi start boarding. Kebanyakkannya family lah, bawak anak-anak. Degan iringan music, budak-budak dan mak-mak budak. Puas jugak nakn cari gerabak yang sesuai sebab nak duduk facing kanan. Gerabak belakang-belakang dikhaskan untuk mereka yang nak pergi Menzies Creek sahaja. Aku rasa kebanyakkan yang berenti menzies creek ialah yang beli dari tour package. Van diorang akan tunggu kat station tu, so takyah la patah balik. Agak jela, dari cerita roomate aku malam last haritu.

Jumpe satu yang kosong, tiba-tiba seorang makcik tu kata dia copkan tempat ni untuk family dia sebab diorang ramai. Last2 aku dapat gak la seat yang macam mengancam, tapi masa nak gerak satu family dari tanah besar datang duduk tepi aku..maka, faham2 sendirilah camne kan. Pasrah jela aku.

ramai lari pegi depan untuk ambik gambar locomotive. aku taknak tinggal seat aku hahaha

keretapi pun bergerak..aku cuba untuk rileks, tapi biasalah geng sebelah aku tak berenti posing bergambar-gambar. kejap juntai kaki, kejap kepala keluar, aku hanya boleh bertanya "Why Me????".

walaupun aku tak juntai kaki keluar, aku puass dapat capture nih. Masa ni boleh pulak GoPro tak nak connect kat hp, main click je ni
budak-budak la paling seronok

aku terperosok kat belakang gerabak
view di sepanjang laluan

Train akan berhenti kejap dekat Menzies Creek sebelum meneruskan perjalanan ke Emerald dan lakeside. Sampai Emerald, aku terus turun. Tak ramai berhenti sini, kebanyakkan orang nak pergi berkelah kat Lakeside sana, Yang best, bila train lalu dekat rumah-rumah atau jalanraya, diorang akan keluar dan lambai2 kat kitaorang. Macam diorang sangat appreciate puffing billy ni. Kereta siap berhenti tepi-tepi jalan dan keluar lambai-lambai penumpang.

Emerald
bakery ni best, tapi aku tak beli apa-apa pun. 
mengada pakai sugarscarf harini, seharian aku rasa serabut.
pekan kecil Emerald
Aku lepak-lepak jap kat satu Cafe kat sini, minum hot Choco dan makan fries je sebab lapar sangat. Dalam sejam jugak le sebelum train sampai untuk balik semula ke Belgrave. 
Sampai je, orang dah tak ramai. Yes.. pilih tempat best dan menanti penuh sabar ke jambatan kayu tadi


masa ni aku dah connect siap2 kamera.  kiri pun lovebirds, kanan pun lovebirds..kau gahseeee?
mission accomplished. Kalau pergi dengan significant other, bolelah ajet2 romantis seperti 2 gambar diatas. 

Sampai Belgrave around pukul 1.30 tengahari, tanpa membuang masa terus aku pergi ke train station dan sempat ambil train ke Flinders dalam pukul 1.45 camtu. Jangan membuang masa.

Smpai flinders, aku balik hostel dan solat kejap dan terus keluar balik. Misi petang ni ke Birrarung Marr. Dekat je ngan hostel. Area belakang federation square je.
Petang-petang sabtu, Federation square ni meriah sikit, banyak pulak aktiviti. Ada persembahan live music, main hula hoops lah ntah apa2 mainan lagi.

aku layan jugak kejap
main hula hoop berjemaah
Jalan kebelakang sikit, ikut je signboard. Sampailah birrarung marr. 

ada arca-arca  aboriginal
boleh jugak lepak layan perasaan tepi yarra river
dengar pakcik ni dok tunjuk2  bangunan kat auntie dalam wheelchair tu #relationshipgoals. 
lalu atas jambatan ni.
ada pdang jugak. bole lepak2.
aku suka cuaca cmni, redup, sejuk, romatik
Nak kata menarik sangat area ni, hmm...tapi aku sangat suka ambiance dia. Mula la berangan, bestnya kalau negara aku camni, balik keja lepak2 tepi sungai yang cantik, naik basikal or jogging hahaha..in your dreams dzuli, tepi opis kau tu Sungai Kelang, ingat tu.

Sambil lepak-lepak tu, sempat jugak le aku merapik dengan kawan-kawan kat Malaysia. Kan aku cakap aku tak leh hidup tanpa teknologi hahaha. Masa lepak-lepak aku layan je group wassap, bagi aku, aku tak rasa travel tu kita perlu disconnect dari real world. Ada masa, kita merapik je la macam biasa.
Ops, kembali ke main story, aku lapar nasik!! Aku tanya Dj mana nak cari nasik and Dj bgtau kat Restoran Nelayan Swanston Street. Naik je tram dari depan Fed Square, lagipun Swanston Street dalam area free tram zone. Macam biasa, sebab tak study tram map, sesat dulu sikit.
Rupanya swanston street belakang hostel aku je. Cit. Nelayan ni restoran indonesia. Ramai le wajah2 melayu aku jumpe dalam ni hehehe.

AUD 9 (nasi + 2 lauk) ok jelah..takde la wow, tapi boleh mengisi kekosongan perut

Dah makan, aku jalan kaki je balik hostel, boleh jugak usha-usha kawasan sekeliling. Sampai je depan hostel, ada la pulak demo "anti racism". Demo2 ni bukan sesuatu yang asing di Melbeourne, tambah2 area federation square kan. Polis macam biasa le, jaga trafik je. Aku cepat-cepat lari masuk hostel. Malas la aku terlibat.

Balik hostel dan lepak-lepak sebelum tido awal. Esok pagi nak kena bangun awal lagi.

Settle day 2.

dzuli

7 comments:

  1. nak kene kuruskan kaki dulu sblm gi puffing billy ni..

    ReplyDelete
  2. Entry pun dah gempak main tinggal2 cinta di Melbourne.. Byk info boleh refer sini nnti tahun depan nk mai sini.. Thanks.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..cinta memang tertinggal merata-rata

      Delete
  3. hehehehee..
    cina tanah besar!!
    mesti serabut kao gahsee kan!!
    sekali posing mau lima nam ploh kali ketik kamera!!

    kau memang suka keretapi kan...??!!
    :)
    gi aa sri lanka nanti!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..doc, udahla berposing-posing, bukan dia hirau kita yang bayar tiket kat sebelah ni.

      suka sangat..dah macam train fetish gayanya. InsyaAllah, Sri Lanka mmg dah taruk dalam wishlist

      Delete
  4. Boleh ku bayangkan wei pakai sugarscarf dengan naik train & siap berangin bagai. Kalau aku memang confirm menyumpah diri. Kenapa aku rasa Puffing Billy yang kau gi ni macam lain ngan yang aku gi eh.

    ReplyDelete