Friday, December 16, 2016

short trip - Sungai Lembing


Assalamualaikum

Just nak share tentang simple trip yang sempat kitaorang terjah haritu. Masa trip ni aku di dalam kebizian melampau, so aku serahkan je segala urusan dekat diorang. Thank you gais.

Trip dimulakan dengan pengumpulan jemaah dekat kedai nasik Lemak Ziemil. Lokasi aku tak sure, tapi dekat-dekat gombak tu lah. Sementara menunggu Ab yang memang always "fashionably" late, kedatangan abang ketam yang kacak bergaya sempatlah jugak memeriahkan suasana. 



Siap breakfast, kami pergi park kereta dekat rumah kakak Azra dan naik satu kereta je untuk menuju ke destinasi.

Persinggahan pertama ialah bandar ikan patin, Temerloh. So deja-vu. Aku pernah stay area-area sini masa kecik-kecik dulu. Tak banyak perubahan pun. Masih ada kedai-kedai yang aku selalu pergi masa kecik-kecik tu. Even KFC yang abah selalu bawak kitaorang pun masih ada lagi.

Mula-mula bereni kat area food court tepi sungai tu, tapi sebab ramai sangat orang kami tukar lokasi pergi Go'bang Maju Ikan Patin

yang ni dulu takde hehe
Sungai Pahang.
#teamtakmakanpatin. Tapi sup ayam ngan daging kicap tu sedap


Selesai makan, cari tempat solat dan perjalanan diteruskan. Around 4 petang, kami sampai ke Pekan Sungai Lembing.

berenti kejap ambik gambar.

katanya kat sini lokasi filem "pontianak harum sundal malam" pulangkannnnn~~~~~~~~
sangat tradisional. sesuai la untuk penggemar fotografi

Sempat jugak ke Sungai Lembing Underground Tin Mines, Bayar tiket RM 15.90. Sangat berbaloi. Very educational and dapat new experience.



naik train ni 2-3 minit untuk masuk dalam
rasanya 2-3 km jugak kena menapak dalam ni. Ada tempat sejuk, ada jugak area yang panas
Informasi di sepanjang terowong
patung2 yang menggambarkan kerja-kerja miners pun ada




the best part, tayangan video pasal lorong 1 juta. Pasal illegal miners around 80'an yang dapat hasil 1 juta.
chairlift ni tak berfungsi, boleh menapak naik tangga
trolley ni pun ada.

Dah siap explore tempat ni, kami masih lagi menggigih cari Jambatan Gantung Kolong Pahat pulak. Yang bayak bagi suggestion ialah Dj sebab dia dah pernah datang sini.


view lawa, aku suka!!
agak gayat sebab sway tak leh blah. Tapi budak-budak selamba je naik motor atas ni
astaga, exposure !!! hahaha
seberang jambatan yang ada beberapa IKS. Selisih ngan pelancong yang baru memborong banyak makanan ringan dari sini

Sempat jugak kami pergi ke Kilang Biskut Kuantan. Biskut simple je tapi sedap. Aku suka. Gambar takde pulak hehe. Beli la benda ni buat buah tangan untuk office.

Untuk penginapan malam tu dah cover kat previous entry. Aktiviti takde apa sangat pun selain BBQ, menyembang, bahan-membahan. Tetiba Ab ajak stragazing, kebetulan banyak bintang malam tu tapi langit agak berawan + tetiba ada orang nak berry pulak. Lepas tunggu orang tu berry, langit dah gelap. ppffttt

semua made in AEON Big sahaja. Tak sempatlah nak marinade sendiri bagai

Teringat hipster cafe yang kitaorang nampak siang tadi, saja lah pergi usha, sekali masih bukak. Lepak jap sini pekena kopi serigala. Owner dia peramah jugak, banyak la jugak menyembang dengan diorang. Tetiba aku rasa nikmatnya hidup sederhana kat pekan kecik camni. Tengok pulak pelbagai kaum boleh duduk semeja menyembang bergelak ketawa, perghh... simplicity and it's best lah kiranya. Nama cafe ni Los Muertos (cityof the dead). Owner dia cakap sesuai la ngan pekan ni hehee.

kopi serigala, freshly brewed. Bagi aku kopi ni macam kuat acid sikit.
deco pun cantik. Very the hipster
Esok pagi tu, takde aktiviti pun, sudahla malam tadi hujan memang seronok lah membuta. Sebenarnya ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan macam hiking ke raibow waterfall or bukit panorama. Tapi kalau cuaca hujan tu memang takdo lah.

Lepas breakfast, kami terus checkout sebab nak singgah Kuantan dulu sebelum balik.

singgah kejap kat Gua Charas ni, tak masuk pun
kenapa aku ambik gambar wash truck???
Sebenarnya singgah Kuantan untuk makan-makan je selain jemaah nak mengimbau kenangan lalu dekat TC la Taman Gelora la. Aku pernah stay Kuantan 3 tahun masa buat diploma dulu, memang banyak tempat tu ada kenangan masing-masing. Maklumlah zaman BBNU dulu.

mencoba KRIM by Kulacakes
coklat apa ntah ngan mango cheesecake- biasa-biasa je. Not bad
Mee Calong. tapi aku ambik bihun. Biasa-biasa jugak. 
the famous Kula Cakes
paling sedap atas meja ni ialah pandan cooler. Cakes tu so-so aje. maybe lokasi dan ambiance membuatkan orang datang ke sini
Lepas Kula Cakes, kami terus balik KL. Sampai dekat Wangsa maju untuk dinner around 8.00 p.m dan sampai kerumah aku around 11.00 p.m. Terima Kasih atas kerjasama korang untuk menjayakan trip ini. Till next time pula, InsyaAllah


dzuli

No comments:

Post a Comment