Wednesday, December 14, 2016

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 4 (Shrine of Remembrance & South Yarra)

Assalamualaikum

sambung balik story melbourne. Last day at Melbourne, sedih sikit
ingatkan 4 hari dah cukup, masih la tak puas. Aku pun tak tau nak cakap macammana. Mungkin semua orang ada perasaan macamni. Tempat yang paling melekat di hati, walaupun aku ni takde la banyak mana pun travel.

Pagi tu rileks sikit, pukul 7 aku turun basuh baju. Perlulah aku ke Sydney dengan baju-baju bersih dan segar gitew. Kat United backpackers ni laundry dikenakan charge AUD 6 (basuh) AUD 3 (dryer) AUD 1 (sabun) Total AUD 10. Kena beli token dekat reception. Boleh pulak token aku stuck dan aku terpaksa panggil orang tu 2 kali turun bawah. Ya ampun, malu pun ada.
Sementara tunggu baju siap, aku plan nak grab coffee kat CS sebelah hostel, aku kutip-kutip duit siling dan bawak p sana. Aku ingat aku bawak banyak, aku pun beli la coffee AUD 2 (size sederhana). Masa nak bayar, orang tu offer la banana bread AUD 2 jugak. Boleh pulak duit aku tak cukup. Ada AUD 3.50 je, budak kedai tu ingat tak cukup 2-3 posen je, tapi tengok tak cukup smpai 50 sen, dia pun kata "sorry, can't do"
Malunya makkkk!!!  Udahle haritu aku pakai ripped jeans, jaket pun tak pakai sebab sebelah hostel je, harap aku tak disalah erti sebagai homeless.

pagi-pagi dah dapat 2 insiden memalukan. Setel laundry dan light breakfast terdiri dari coffee AUD 2 dan tim tam, aku pun terus gerak ke destinasi pertama iaitu Shrine of Remembrance
naik tram je dari flinders street dan masih bawah free tram zone. Turun kat stesen mana aku dah tak ingat.

menapak sikit. menuju puncak
Terus jumpe eternal flame ni. Api yang tak pernah padam katanyaaaa
dinyalakan oleh Queen Elizabeth. Kalau aku try guna fire extenguisher?

diabadikan nama-nama negara yang pernah membantu diorang dulu. Malaya dan Borneo ada disini.
Cuaca yang cantik harini, tak sejuk sangat
macam senibina Rome je


Educational centre pun ada bawah shrine ni, tapi masa ni belum bukak lagi.

Aku suka lokasi Shrine of Remebrance ni, dekat dengan CBD, tapi nyaman dan menenagkan. Sebelah ni je Royal Botanical Garden. Aku tak dan nak explore semua sebab sangatlah luas. Jalan-jalan mana yang sempat je


Nampak building ni, masuk ke dalam dan jumpa lah Royal Botanical Garden

La Throbe Cottage-Tak masuk sebab nampak anjing besar. Aku takut hahaha

pokok masih kering sebab baru sangat spring. aku sangat sukaaa..macam mistikal gitu

Pacific Dunlop Plaza, area sini ada cafe dan educational centre juga.
Walaupun pagi weekdays, ramai jugak orang kat sini samada jogging or walk the dog or ceramah agama (aku rasa le) and ada jugak yang melepak kat cafe. Adui..bestnyaa.

Tanpa berlengah lagi, aku terus pergi ke tram station tadi, nak pergi South yarra. Sebenanya aku punya itin takde la gempak sangat dengan direction. So, aku banyak guna website ptvictoria. Letak je desitnation terus dia bagi suggestion. Follow saja, sebab tu aku cakap, without technologi pincanglah aku hehehe.

lebih kurang camni la

Takde tujuan pun pergi South yarra, tapi katanya building sini cantik-cantik. Lagi satu kononnya nak cari Darling Cafe ngan chemist warehouse (KONON)
Building cantik-cantik nampak dari dalam tram dan lagi satu agak susah untuk aku snap gambar kat sini (aku pemalu)
So, mana yang sempat jelah.


jangan nak mabuk merata-rata



banyak rumah-rumah macam ni. Nak satu plis..!!!
Jumpe malaysian cafe ni tapi tak halal
Udahnya, Darling Cafe ke mana, Chemist pun tak jumpe hahaha. Takpelah, lagipun aku tak bercadang nak beli apa-apa pun kat Memlbourne
Nampak satu bakery macam murah2 sikit, lepak sini pekena kopi ngan Nutella doughnuts. Seriously aku minum kopi macam air kosong kat sini.

Lepak jap tepi jalan. Beberapa langkah depan ni south yarra train station

Terpaksa bersambung since aku dah malas... heeee



dzuli

No comments:

Post a Comment