Monday, December 19, 2016

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 4.1 (South Wharf, ACMI)


Assalamualaikum

Part terakhir untuk melben 2016 ini sebelum kita menuju ke Sydney
*tinggalkan kuuuu..perlahan-lahan ku terima~~~~* lagu tema aku dah tu kalau sedih nak meninggalkan sesuatu trip yang aku suka. 
eh,,pernah ke aku tak suka trip?

Lepas jalan-jalan kat south yarra tu, aku turun balik dekat Flinders Street Station dan menuju ke lokasi shopping terkenal, DFO
Trip terdahulu aku ke DFO moorabin. kali ni aku ke DFO yang paling dekat dengan CBD iaitu South Wharf
Aku navigate pergi south wharf yang ku sangkakan dekat South Gate (area Eureka)
Tidak rupanya!! jauh lagi, 1 km ++. Myki ada lagi AUD 11, sayang gila. Ake lebih sayangkan duit berbanding kalori yag terbakar menapak 2km hahaha

Tapi seronok jalan kaki tepi yarra river ni, kita akan melalui jambatan yang cantik, boardwalk, ada budak sekolah buat koir lagi Stiches-Shawn Mendez, ada seagull..
see..ok, tak rugi pun 11 AUD

teringat cinta yang tertinggal di Eureka tahun 2014..takpe saya dah move on haha
Yarra River penyeri Melbourne CBD
Tak ingat nama bridge ni, tapi aku suka
lagi, princess bridge dari kejauhan

Ada yarra river cruise jugak
Seagull banyak. Tapi kenapa ada seagull? bukan ke dekat sungai ni
bole baring-baring lepak atas rumput, ingat nak join mamat tu, tapi masa menceurui
boleh tunggu tram dekat sini
okey..dah nampak arah tuju
jalan atas boardwalk ni sambil menikmati keindahan South wharf
Akhirnya sampai...

Sebenarnya tempat ni dekat dengan tram station Docklands (aku pernah pergi dulu) atau tram station Casino kot. Tu la, sapa suruh tak study.
Aku takde shopping sangat pun, beli T-shirt, beli Crocs. Kathmandu pun tengah murah, microfibre towel habis pulak. Nampak tumbler Kathmandu AUD8 je, gigil jugak, tapi aku nasihatkan diri "lama lagi kau kat sini, perlu ke tumbler Kathmandu tu?" dan akhirnya aku membawa diri keluar dari situ. Keluar terus la dari DFO tu haha. Sebenarnya syok jugak kalau travel bawak duit banyak ni, takyah la tahan-tahan nafsu wanita yang memang suka shopping kan, tapi aku kena insof, aku taknak guna card credit untuk benda-benda lagho dan aku ingat niat asal aku travel ni, selain ingat jugak akaun bank diri sendiri. Gitulah aku bermuhasabah diri dalam DFO.

Untuk balik ke CBD, aku naik tram. Koserlahai nak menapak

 jambatan cantik yang nampak tadi. Maybe suspension bridge.

Aku balik bilik, having lunch beli kat kedai kebab belakang hostel dan solat kejap. Settle semua aku keluar semula ke federation square, nak masuk ACMI dan menghabiskan sisa-sisa hari terakhir. sobs!!
Beriyani rice sets (AUD 10)

Aku malas nak berletih-letih hari last ni, nak soak up ambiance puas-puas, entah bila akan bertemu lagi aku pun tak pasti. Mungkin jugak ketika transit sebelum ke NZ eh.

bukan SBS Tv korea tu, tapi SBS ni TV and radio jugak.
agak sunyi sebab weekdays
ada cafe jugak
hari-hari aku lepak depan ni. Skrin besar tu tayang macam-macam
ACMI pun dalam ni. Austalian Centre for the Moving Image
dalam ni banyak pasal sejarah dan teknologi moving image. disampaikan secara interaktif

tukar-tukar colour tempat ni
banyak hands on. masuk pun free. Memang berbaloi
i.d pun agak futuristik


Lepas habis recce ACMI, hari pun dah semakin petang. Masa ni makin sedih pulak. Drama lah hai!!!

Gelap sikit macam nak hujan
the iconic
Thank you for being so nice to me
Ada rezeki, pasti kita bertemu lagi

Gambar last day ni banyak aku snap guna handphone je, malas nak edit. Gelap dan suram je, sesuram hatiku pada waktu itu. ewah.
Bila perhati balik, gambar memang tak berapa banyak untuk trip ni, maybe aku lebih banyak enjoy the view guna perasaan je. (ke aku malas keluarkan camera kerana acah2 local?) hurmm

hari pun dah gelap, kembali ke bilik untuk kemas-kemas barang. Esok pagi seawal pukul 6.00 a.m aku dah kena pergi airport untuk ke destinasi seterusnya



Till then,

dzuli

No comments:

Post a Comment