Tuesday, December 27, 2016

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 5 (Sydney & Sydney Harbour bridge)


Assalamualaikum

setelah bersedih-sedihan di hari terakhir di Melbourne semalam, tapi bangun pagi ni rasa excited pulak. Sydney here I come. Pagi tu aku ambik Starshuttle (booking online, Tq SYM sebab cerita pasal ni) Starshuttle boleh pickup depan hostel dan harga AUD18 one way. Aku pulak seawal pukul 6.00 am dah kena gerak ke airport sebab flight ke Sydney pukul 9.15 a.m
Starshuttle ni akan pickup door to door, so perjalanan jadi panjang sikitlah berbanding Skybus yang direct ke airport dari Souther Cross Station.
Sampai di Tulla airport around 7.00 a.m. Bus berenti jauh sikit dan aku terpaksa menapak ke T3 dalam kesejukan pagi without jacket (aku tersimpan jacket dalam beg)
Untuk domestic flight, semua d.i.y dari check in sehinggalah check in luggage. Takpe, ramai staff membantu. Urusan pun sekejap je. Aku akan naik Tiger Air ke Sydney tambang around AUD80 sebab aku beli luggage. Aku dengar agak straight pasal luggage weight kat sini, untuk elakkan sebarang masalah, add on jelah luggage AUD 13

check in, print luggage tag and masukkan je dalam conveyor belt tu
ada pilihan makanan halal, tapi sebab flight sejam je, boleh tahan lapar lagi kot 
yeah..brunetti. Coffee and cookies dia sedap gila. AUD 5.50 only.

Dalam flight aku hanya membuta sahaja haha...dah la isle seat, tak nampak luar, baik aku tido je. 
sampai je Kingford Smith Airport, Sydney terus rasa teruja gembira. Tanpa berlengah lagi terus cari airport shuttle.Aku ambik redy2go shuttle sebab ni je yang aku jumpa. AUD 22 kau, mahal jugak, tapi sebab door to door service, maka pasrah je lah, nak naik train leceh pulak sebab hostel jauh dari train station.
Sampai je YHA, terus check in, simpan luggage (kena bayar AUD4 pffttt) dan berjalan ke Circular Quay untuk cari makan, Rasanya dah dekat pukul 12 masa ni, lapar gila dan letih gile. Boleh la pulak jalan nak ke CQ tu bertangga-tangga bukit bukau. Puas cari apa-apa yang mengenyangkan dan meyakinkan untuk dimakan. Last-last aku pasrah dan beli fish and chips kat salah satu kedai area train station tu. Cari port baek dan lunch like local (ticked)

fish and chips, AUD 13.50. besar gila. Dinner aku pun menda ni je


tengok je dulu, esok kita tour puas-puas

Lepas lunch, aku balik hostel dulu untuk cop katil bawah hahaha. Solat dan rilex kejap sebelum ke agenda utama aku ke Sydney ni

Yup...one of engineering marvels, The Iconic Sydney Harbour Bridge. Lepas baca blog Meng yang kita boleh jalan atas ni, maka ianya sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.
Lokasi bridge ni pulak memang dekat sangat ngan YHA tu..jalan kaki around 3-4 minit je

nampak je benda ni, terus naik ikut tangga tu

dan melalui sini..masa ni dah excited gila dah.
keterujaan meningkat lagi.. sikit lagi..sikit lagi
yeay..
boleh naik ni, ada bayaran sikit..aku lebih fokus kepada nak menyeberang bridge ni
Opera house dari kejauhan
sepanjang bridge ni ada polis pengawal. dont worry diorang baik je kalau kita tak buat benda bukan-bukan

Selebihnya just gambar je, aku tak reti nak nak cerita. Sebagai bekas student Civil Eng, of course appreciation kami terhadap structure ini tinggi sikit kerana subject steel structure hazab ooiii, so bila bridge ini direkabentuk zaman 80'an yang rasanya software pun tah ada tah tidak, ini sangatlah mengagumkan (bagi aku)




ada orang jogging jugak. Angin kuat gila masa ni

kalau ada duit lebih, tak gayat dan fit boleh buat bridge climb jugak. 

ambik gambar dari setiap sudut..ambik..ambik

Dah puas dah, aku balik semula ke hostel. Masa ni dah lebih dari pukul 5.00. Tapi rasa letih sangat, nak jalan-jalan kat The Rocks pun dah tak mampu rasanya. Aku balik hostel dan mereput jelah kat communal area. Main internet lagi best hahaha.

Pukul 6.00 aku naik ke rooftop nak tengok sunset. Angan-angan nak buat time lapse, sekali tak bawak tripod dan tripod 3way agak scary kerana kurang stabil. Angin pulak sangat kuat masa ni. So, aku hanya snap gambar, dan melayan perasaan.

aku sangat suka bangunan kat The Rocks ni
Opera house dan sydney harbour bridge dari kejauhan
senja yang merah dibumi asing..

Sebab tak tahan sejuk, aku pun masuk bilik. Mandi dan solat. Lepas tu dinner Fish and Chips balance siang tadi. CS kat bawah hostel tak jual hot coffee, maka aku beli Barista Bros dari vending machine dan panaskan dalam microwave hehe. Kat YHA ni lebih selesa untuk memasak sebab cooking station dia banyak.

AUD 7. Antara makanan ruji kat Oz ni

Tamat hari pertama di Sydney
Untuk sesiapa yang bercadang nak travel dari Melbourne ke Sydney, ada choice lain selain flight iaitu Train. Aku baca dari i.g @mhanyhisham. Option ni agak bagus sebab jimat cost airport transfer dan hotel satu malam.
Contoh: mel-sydney (flight)- Ticket AUD 80, airport transfer ke tulla AUD 18, airport transfer sydney AUD 22, hostel 1 malam AUD 50. Total AUD 170
Mel-Sydney( train) - Ticket AUD 120++ (bergantung kepada kelas). Ambik train malam dan smpai ke Sydney pagi. Jimat dalam AUD50 jugak. Takyah menghadap airport hassle dan train berhenti kat Central Station Sydney. Betul-betul di CBD.  Tapi kena sanggup la travel 10hrs journey.

tapi apa-apapun pilihan di tangan anda,

till then

dzuli

Monday, December 19, 2016

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 4.1 (South Wharf, ACMI)


Assalamualaikum

Part terakhir untuk melben 2016 ini sebelum kita menuju ke Sydney
*tinggalkan kuuuu..perlahan-lahan ku terima~~~~* lagu tema aku dah tu kalau sedih nak meninggalkan sesuatu trip yang aku suka. 
eh,,pernah ke aku tak suka trip?

Lepas jalan-jalan kat south yarra tu, aku turun balik dekat Flinders Street Station dan menuju ke lokasi shopping terkenal, DFO
Trip terdahulu aku ke DFO moorabin. kali ni aku ke DFO yang paling dekat dengan CBD iaitu South Wharf
Aku navigate pergi south wharf yang ku sangkakan dekat South Gate (area Eureka)
Tidak rupanya!! jauh lagi, 1 km ++. Myki ada lagi AUD 11, sayang gila. Ake lebih sayangkan duit berbanding kalori yag terbakar menapak 2km hahaha

Tapi seronok jalan kaki tepi yarra river ni, kita akan melalui jambatan yang cantik, boardwalk, ada budak sekolah buat koir lagi Stiches-Shawn Mendez, ada seagull..
see..ok, tak rugi pun 11 AUD

teringat cinta yang tertinggal di Eureka tahun 2014..takpe saya dah move on haha
Yarra River penyeri Melbourne CBD
Tak ingat nama bridge ni, tapi aku suka
lagi, princess bridge dari kejauhan

Ada yarra river cruise jugak
Seagull banyak. Tapi kenapa ada seagull? bukan ke dekat sungai ni
bole baring-baring lepak atas rumput, ingat nak join mamat tu, tapi masa menceurui
boleh tunggu tram dekat sini
okey..dah nampak arah tuju
jalan atas boardwalk ni sambil menikmati keindahan South wharf
Akhirnya sampai...

Sebenarnya tempat ni dekat dengan tram station Docklands (aku pernah pergi dulu) atau tram station Casino kot. Tu la, sapa suruh tak study.
Aku takde shopping sangat pun, beli T-shirt, beli Crocs. Kathmandu pun tengah murah, microfibre towel habis pulak. Nampak tumbler Kathmandu AUD8 je, gigil jugak, tapi aku nasihatkan diri "lama lagi kau kat sini, perlu ke tumbler Kathmandu tu?" dan akhirnya aku membawa diri keluar dari situ. Keluar terus la dari DFO tu haha. Sebenarnya syok jugak kalau travel bawak duit banyak ni, takyah la tahan-tahan nafsu wanita yang memang suka shopping kan, tapi aku kena insof, aku taknak guna card credit untuk benda-benda lagho dan aku ingat niat asal aku travel ni, selain ingat jugak akaun bank diri sendiri. Gitulah aku bermuhasabah diri dalam DFO.

Untuk balik ke CBD, aku naik tram. Koserlahai nak menapak

 jambatan cantik yang nampak tadi. Maybe suspension bridge.

Aku balik bilik, having lunch beli kat kedai kebab belakang hostel dan solat kejap. Settle semua aku keluar semula ke federation square, nak masuk ACMI dan menghabiskan sisa-sisa hari terakhir. sobs!!
Beriyani rice sets (AUD 10)

Aku malas nak berletih-letih hari last ni, nak soak up ambiance puas-puas, entah bila akan bertemu lagi aku pun tak pasti. Mungkin jugak ketika transit sebelum ke NZ eh.

bukan SBS Tv korea tu, tapi SBS ni TV and radio jugak.
agak sunyi sebab weekdays
ada cafe jugak
hari-hari aku lepak depan ni. Skrin besar tu tayang macam-macam
ACMI pun dalam ni. Austalian Centre for the Moving Image
dalam ni banyak pasal sejarah dan teknologi moving image. disampaikan secara interaktif

tukar-tukar colour tempat ni
banyak hands on. masuk pun free. Memang berbaloi
i.d pun agak futuristik


Lepas habis recce ACMI, hari pun dah semakin petang. Masa ni makin sedih pulak. Drama lah hai!!!

Gelap sikit macam nak hujan
the iconic
Thank you for being so nice to me
Ada rezeki, pasti kita bertemu lagi

Gambar last day ni banyak aku snap guna handphone je, malas nak edit. Gelap dan suram je, sesuram hatiku pada waktu itu. ewah.
Bila perhati balik, gambar memang tak berapa banyak untuk trip ni, maybe aku lebih banyak enjoy the view guna perasaan je. (ke aku malas keluarkan camera kerana acah2 local?) hurmm

hari pun dah gelap, kembali ke bilik untuk kemas-kemas barang. Esok pagi seawal pukul 6.00 a.m aku dah kena pergi airport untuk ke destinasi seterusnya



Till then,

dzuli