Monday, January 9, 2017

hobi baru




Assalamualaikum

Saje je nak take a break dari cerita2 travel yang tah bila nak habis. #procrastinatorpro.
Start November tahun lepas, aku telah mula berjinak-jinak dengan fun run. Sebelum-sebelum ni ada la jugak pergi jogging bila hujung minggu kalau free, pernah jugak join membership gym selama beberapa bulan. Niat nak masuk dah lama, pernah recce dengan kawan-kawan tapi pushing factor tu takde haha. Sehinggalah, aku nampak kawan-kawan rapat ( Dj, En. Muz, Kak Fiza, Azra, Ab) join running events dengan jayanya.

1st Run aku ialah Ariani hijab run, Kak Fiza ada up dalam FB, goodies bag pun menarik. Maka aku pun join. Yg ni aku run sorang je. 1km terakhir baru jumpe En. Muz dan kami beriringan sehingga ke garisan penamat. Route dalam KL (Jakel Mall-KLCC), 5km je dan agak menarik, tak de bukit bukau sangat dan participants memang ramai gila.


jejak kasih dekat Ariani Run. Kurus dah beliau..aku???


2nd Run pada bulan December, ni pun Kak Fiza Share dalam FB, tergoda sebab medal dia cantik. Farmville Run sempena MAHA 2016. Participants dalam 1000 orang, Route dalam MAEPS Serdang, ok jugak, tapi berbukit bukau sikitlah. 5km tapi sebab hujan, cut jadi 3km ++. Yang ni ada pertandingan costume bagai. En Muz dan kak Fiza menang kostum terbaik. Comel je diorang satu family. Untuk yang ni aku masuk dengan Ab dan Azra. Dj lambat, by the time dia nak regis, dah cukup kuota.



3rd Run, Bulan December jugak, Run and Save the Cats. Yang ni aku masuk dengan Ean, Kak Yang, disusuli dengan Ab, Dj dan Azra. Ab and Azra ambik 6km, yang lain-lain ambik 3Km je. Route area Monumen Alaf baru putrajaya, Cantik. Aku suka. After run  ada acara adopt the cat lah, apa lah. Sempat jugak jumpe Jep (Oh My Jep). Yang ni lagi leisure, dah la ada geng, memang menyembang tak hengat. 


bersama kawan-kawan dj. 
semua kasut baru..haha. nampak beno baru beli sebab nak join events


Kickstart 2017, Engineer's for Makna Run 2017. 5.60 Km jugak, route dalam UNITEN. Orang tak ramai, rasanya less than 1000 participants. Kawan aku cakap event ni budak-budak organize, sponsor tak banyak, sebab tu ala krik2 sikit. Untuk kali ni aku heret pulak Zu, Mun dan Ean, diikuti dengan Ab dan Dj. Ada colour run untuk yang 5km. Masa lari, kemain la jaga wajah dari kena serbuk colour, sampai finish line, habis muka ngan baju budak2 ni tenyeh colour. Boleh pulak aku kena drive balik Subang dengan wajah sebegitu huhu. Hopefully event ni boleh dibersarkan lagi next year. Go adik adik enjineer, akak2 enjineer busy bayar hutang, tak dan nak tolong.


awal pagi ketiga wajah masih suci murni
yang tengah tu budak UNITEN kot, ambik gambar ngan dia sebab dia very colorful


Hopefully aku istiqamah la masuk running events dengan target minimum sebulan 1 run. Tak kurus pun takpe, asalkan sihat bertenaga dan wajah glowing. eh
Lagipun events macam ni boleh jugak merapatkan ukhwah dan release tension.


Till next sweat session.

dzuli

2 comments:

  1. wow. bagusla..ada target, ada motivasi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tak tau la kot masih dalam semangat tahun baru kan..hopefully tak le hot2 chiken shit hehehehe

      Delete