Sunday, January 15, 2017

Recap 2016


Assalamualaikum

masih belum terlambat untuk buat recap 2016. Alhamdulillah, satu tahun lagi berlalu dan Allah izinkan aku melaluinya, Biasalah, ada up and down, hiccups sana-sini tapi overall 2016 agak awesome jugaklah. 
Untuk jejak kaki, Tahun 2016 aku memajangkan langkah ke beberapa tempat yang memang ada dalam wishlist. Ada jugak trip2 runcit dengan kawan-kawan. So, aku rasa aku dah tau duit aku habis kemana ahahaha. Tahun ni jugak ada beberapa aktiviti baru yang aku cuba seperti stargazing dan fun run. Aku suka dua-dua. Tapi S.g memerlukan effort yang tinggi, kena cari lokasi la , bangun awal pagi la, tarikh bukan full moon la. So, buat masa ni aku cuba untuk memperbanyakkan fun run jelah. Senang sikit. Sihat pun sihat.

Pencapaian 2016- semua 5km dan 3 km saja


Jejak kaki 2016


1. Krabi- Overland trip
aku mulakan 2016 dengan overland trip to Krabi bersama travel partner abadi aku. Plan last minute dan sempena nak menenangkan diri sebelum masuk opis baru. Trip yang meletihkan sebab log weekend. Jem sana sini dan banyak plan kelaut. Tapi we had fun dan bertabah lagi pengalaman. Krabi memang cantik, makanan halal pun banyak. 

Aonang Beach
Phi-phi island 
sempat singgah Hatyai sebelum KL


2. Ipoh short trip. Trip yang asalnya berdua dan bertambah menjadi 6. bonding trip katanya. First time travel dengan Dj, Azra, Mrs dan Zilla, jumpe pulak Sue kat sana. Trip yang dipenuhi dengan adengan makan-makan sahaja. Lepas makan, makan lagi. First time try Ipoh Bali hotel dan  terus jatuh cinta.

peghak sikit, maklom la selalu tido hotel mur-mur saja
Tasik cermin
bukan makan besar CNY, tapi greetown ipoh dimsum yang sedap



3. Mac- satu lagi bucketlist ticked. Siem Reap- Phnom Penh. Setelah sekian lamma menyimpan ipian nak menjejakkan kaki dekat salah satu wonders of the world. Akhirnya terlaksana. Trip ni memang sangat membuka mata dan minda. Trip ni bersama Farhana, Ean dan first timem maku travel dengan Kak Yang

Tonle Sap Lake
The majestic Angkor Wat
Killing field yang menumpahkan air mata kami ber 4. Lepas visit sini,
semua terus mandom sebab sedih sangat


4. Bulan May kami berempat rakan sebaya, (geng bali) menjejakan kaki ke bangkok. Satu trip yang agak epik, battle with cuaca panas, panas hati dan lain-lain  hahaha. Tapi bonding still strong, jangan biarkan perkara2 kecil ruined friendship. Adatlah masa travel, Give and take itu penting (macam relationship pulak). Entry belum siap lagi. ngeee

Kancanaburi death railway.
wajah happy naik song teaw sebelum adengan2 nuraka terjadi muahaha....
nak pergi satorini Greece, belum mampu, kita lepak Santorini park, Cha Am dulu


5. Bulan July, puteri Kaamatan @ Jambatan Tamparuli turun semenanjung sempena birthday beliau yang ke..Teeett. sambutan gilang gemilang. Sunset kat helipad, sunrise kat regalia, dinner french crab. sesuailah dengan status ratu beliau kan.

sunrise sendu sikit sebab hujan.
sunrise dari infinity pool Regalia. Katanya one of the top spot nak tengok view KL


6. Tak ingat date, tapi ada kami pergi Melaka untuk stargazing kat Klebang. Akhirnya jadi trip makan2 sebab stargazing tak berapa nak hado+ takut

dini dah bersara untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. 
sempat la rasa Keria Antarabangsa sebelum viral




7. Bulan Ogos, aku, Ean dan Zu telah buat satu short getaway ke Langkawi sebab dapat tiket murah. (ni lah perangai..dasar lah). 3 Hari 2 malam je. Trip yang dipenuhi dengan makan dan pergi tempat yang tak sempat cover masa trip 2013 haritu.

Sunset Chenang, 
Observation tower Gunung Raya
Nasi dagang pak Malau. Food sedap, view lawa, Pak Malau baik..perghh


8. Bulan September, selain dari menyambut birthday yang ke 32, satu lagi sejarah hidup @ bucketlist ticked. Solo travel babeh!! Walaupun lambat dari orang lain dan pergi ke tempat yang aku pernah jejaki, tapi aku puas hati. Solo trip ke kampung yang dirindui + Sydney memang salah satu trip yang melekat di jiwa.

Hosier Lane
menyempurnakan misi gagal 2014- Puffing Billy
Tulips Festival- kerana belum mampu pergi Keukenhoff
melihat depan mata 2 ikonic struture in Sydney - Opera house dan Harbour Bridge


9. Turun je dari flight Sydney-KL, beberapa jam kemudian terus aku pergi satu-satunya negeri di Malaysia yang belum aku jejaki. Negeri di bawah bayu, Sabah. Trip ni bersama Dj, Azra, Mrs dan hosted by tuan rumah bibie karim. Misi utama ialah nak naik traditional train Tenom- Beufort.

Gunung kinabalu yang gah 
sunset tanjung Aru yang seksi seperti David Beckham dalam iklan sweatpants H&M
Yup, satu lagi traditional train trip. yang ketiga selepas Kanchanaburi dan Puffing Billy. #trainfetish



10. bulan November, aku, Ean dan Farhana buat trip JJCM Penang. Ada masalah sikit dan aku terpaksa cancel last minute. Sempat join 1 hari je. Misi utama ialah makan dan street art.

Street art by Julia Volchkova
Hin Bus Depot



11. Bulan 11 jugak, aku join trip #kesekian. Sungai Lembing je, Nak release tesion. Trip bersama Dj, Azra, Mrs dan Ab. Not bad jugak Sg. Lembing ni, aku suka. Kami stay kat Time Capsule Retreat.




12. Last but not least, bulan December, kerana kesangapan yang tidak berbelah bagi, trip redah Sekinchan-Sungai Besar. Trip yang penuh dengan drama muahahah. Nasib baik daytrip. Kalau 3 hari taktau la apa jadi

sesuatu terjadi masa nak snap gambar ni -drama 1 
pemandangan cantik menyejukkan hati.
Diakhiri dengan sunset yang sangat cantik. Subhanallah.


13. Seminggu kemudian aku datang lagi dengan Zu, Mun dan Ean. Boleh tak? Sebenarnya, dah book padibox sebulan awal dari trip diatas. Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan tempat ni. (Sekinchan- Sg. Besar-Tanjung Karang) . Lawa dan mendamaikan. Tapi masa kami datang ni hujan memang superlebat. Banyak agenda tergendala sikit. Tapi yang penting we still had fun.

aku suka jugak Padibox ni. Simple je
Tak jumpe pokok Nur Kasih sebenar, ala-ala pun jadilahh


So, tamatlah recap 2016 dari segi merayap-rayap. Yang lelain macam biasa saja, Masih tak kurus, masih single, cuma aku dah pindah office (SYMP). Banyak juga pengajaran yang aku dapat dalam tahun 2016. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.Mungkin sesetengah tu berpunca dari diri aku sendiri dan aku harap aku ada ruang untuk membetulkan semula.

untuk travel wishlist 2017..hurm..tak berani nak cakap sebab awal lagi. Lagipun aku bercadang nak rehat sekejap, nak penuhkan balik tabung ayam. InsyaAllah tahun ni aku ada plan mega sikit. Takpelah, tengok dulu macammana.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk tahun ini



Till then

dzuli

9 comments:

  1. produktif year tu! tahniah..and all the best for 2017..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..part merayap je produktif sikit.
      thanks..you too..

      Delete
  2. selalu tgk gambar tasik cermin tu sunyi je.... bila buh pic behind the scene ramai rupanya.. hahaha..

    banyak lg trip tertangguh tak update. cepat merajinkan diri di tahun 2017 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah2 lepas viral ni lagi ramai orang kat situ kan..
      hahaha..tu la pasal, sampai dah lupa le details2 trip nak buat entry

      Delete
  3. Replies
    1. ehem2..ko pun meriah jugak..#kemeriahan2016

      Delete
  4. Kenapa madih ramai simpan blogger tak aktif di bloglist you?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat lagi nak update bloglost

      Delete
  5. Kenapa madih ramai simpan blogger tak aktif di bloglist you?

    ReplyDelete