Wednesday, January 18, 2017

Sekinchan-Sungai Besar- Part 1 (daytrip)


Assalamualaikum

18 hari di tahun 2017. Masih eatclean? Squat 20kali sehari? Jogging 5km/day?
haha..#pecapaiandiutamakan
18 hari bermula dengan hectic sekali di pejabat itu. Genaplah setahun aku berjaya mendaki "tangga korporat". Huru hara sungguh rasanya. Harini baru la rasa rileks sikit.
Hopefully hujung tahun ni aku mendaki tangga  lain pula, InsyaAllah. (rumahtangga pun boleh, eh)

Sebenarnya nak share pasal daytrip pergi sungai besar dan sekinchan masa cuti krismas last year.
Plan last minute, memang takde booking apa-apapun. Dasar #kesekian. Ada jela idea nak membuang masa. Start dengan satu post kat i.g. Nampak sawah padi lawa-lawa je. So, daripada mereput time cuti 3 hari, Sekinchan pun bolehla.

Kitaorang gerak lepas acara run and save the cats tu, pergi tukar baju jap dan terus gerak dari Putrajaya. Plan asal nak pergi Teluk Intan dulu, tapi exit Rawang pun dan jem hazab, 4-4 orang tak mempunyai hati yang kental, kami pusing balik dan waze Sekinchan 3D art museum.
Bukanlah teringin nak bergambar dengan 3D art, tambahan pulak 2/4 manusia ialah sejenis camera shy. Tapi, katanya ada view yang cantik dari rooftop bangunan ni. Bayar le RM 12 dan naik atas. Memang lawa, tapi salah musim. Kalau musim padi menghijau mesti lagi superlawa.


Pandangan dari atas rooftop Sekinchan Trick Art gallery

Sayangnya sawah dah gonjeng
tak bawak camera, tak dapek zoom burung bangau ramai2

Lepas layan view kat situ, mood aku pun padam sebab sesuatu terjadi. Pfftt
Kami pergi lunch dekat Restoran Lembah  Bernam. Katanya restoran ni menghidangkan makanan eksotik seperti ayam hutan, landak, rusa, dll
Kesabaran yang tinggi adalah perlu jika makan disini, sejam tunggu food. Kami oder landak black pepper, masak lemak ayam , keli berlada dan ayam kampung goreng rempah, ada jugak ambik ikan goreng 2 ekor.
Harga semua RM 60++. Landak harga RM 28 kot per 200 gram. Ambik sikit je sebab nak try.. Err, rasa sekali pasti taknak lagi (aku la..haha)




Lepas makan, kami terus pergi Sungai Besar. Dulu ada orang janji "kalau setakat Sungai Besar tu, bila-bila pun aku boleh bawak"....masa pun berlalu 5 bulan kemudian.
Lupakan janji melayu itu, view memang lawa sebab padi sedang menguning.

ada yang lagi lawa, tapi takde tempat berenti kereta
sawah menguning

Teringat pulak kat Padang, Indonesia/ Kampung Dulang Besar..haha

Lepas tu, kami drive terus sampai kampung Parit 9 Sungai Besar. Main tibai je, nampak tempat sawah2 padi, tibai jelah

tu diaaa... sini la Parit 9 kot..
tali air

gambar posing sakan, tayah la letak hahaha. letak gambar view sudah

Kami pergi solat kejap dekat masjid area-area situ. Lepas tu kami nak cari pantai. Katanya ada pantai sunset lawa kat sini. Google pantai Sungai Burung sampai sudah tak jumpe, last-last pergi je la Pantai Redang. Sampai je kat pantai ni, sunset dah menunjukkan ciri-ciri. lawa gileee, pantai dia tak lawa sangat, agak kotor. Tapi sunset memang marvellous. Sexy macam Hugh Jackman pakai sweatpants H&M (masihlah...)

Rmai orang main layang-layang



tempat ni memang chage layan blues, amik port masing2 dan mengarang puisi


Lama jugak la kami melepak kat pantai ni, Lepas sunset terus gerak pergi Aroma, Jeram. Mari tambahkan kolestrol level.  Oder sotong, siakap, udang, pari ngan kerang. Pergh, sedap sehingga menjilat pinggan.

Gambar credit to DJ

Lepas dinner, terus gerak pergi Putrajaya and ambik kereta masing-masing. Habislah trip membuang masa untuk kali ini


dzuli



No comments:

Post a Comment