Friday, January 6, 2017

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 6 (Darling Harbour)

Assalamualaikum
Selamat Tahun baru!!! Semoga tahun ini lebih bertambah baik hendaknya dari segala segi. 

Hari kedua di Sydney. Sepatutnya harini lebih bersemangat nak meneroka bandar Sydney.
Tapi bangun pagi tu aku terpinga-pinga "apa yang aku nak buat hari ni?"

1. Checkout YHA, Check in Maze dan baru keluar jalan-jalan
2. Checkout YHA, simpan barang, pergi La Perouse, Balik dari La perouse ambik beg dan pergi Maze
3. Checkout YHA, Check in Maze, pergi La Perouse/ Bondi

last-last..aku sambung tido sampai pukul 7 pagi. Bangun tido aku kemas barang, turun bawak breakfast dulu.  Hari tu ada pancake day, boleh ambik free batter dan grill sendiri. Memang aku tak rajinlah kan. Beli je breakfast set kat reception. Set ada coffee, cereal, toast and spread AUD 8

breakfast set

Aku melepak je kat bawah tu smpai dekat Check out time pukul 10.00 pagi. Naik bilik tu sempat sembang-sembang dengan roomate aku, budak US just nak ambik flight dari Syd ke US semula selepas travel around NZ. Dia cakap dia teringin nak tour around SEA dan tengok sawah padi. 

Pukul 10.00 aku checkout dan ambik Uber ke Maze Backpacker, maka plan untuk aku ke La Perouse mahupun Bondi telahpun kelaut hahaha. Uber 4 km AUD 11++. Mahal, tapi aku dah tak larat nak memikul beg ke train station.

Lepas Check in Maze, simpan barang dan barulah aku bersemangat nak menjelajah. Kepandiran aku ialah aku naik semula train pergi CQ. Plan huru-hara, nasiblah aku sorang diri, sendiri buat sendiri tanggung.

Dari Maze backpacker, aku berjalan ke Museum Station dan ambik train untuk naik ferry ke darling Harbour. Satu perkara yang tak boleh dilepaskan ketika travel ke Sydney ni ialah try ferry diorang. Nanti kita akan lalu bawah Sydney Harbour Bridge selain dapat tengok pemandangan sydney.



Naik ferry dari Wharf 5 ke darling Harbour, hanya berhenti kat 1 pier je (yang ada Luna Park). Ingat nak turun kat pier yang ada ada bangunan cantik-cantik tu, tapi aku tak ingat nama, malas nak google dan mengejar masa hehe.

Semua beratur nak naik. Aku naik awal sebab nak duduk luar
dapat seat yang agak best
Sydney Opera House 
Sydney harbour Bridge yang aku gigih merentas semalam
Semua dah get ready dengan camera.
Siap cheering diorang masa lalu bawah ni. Maklumlah, kebanyakkannya pelancong macam hakak.
betul-betul lalu bawah bridge
Ramai turun sini bawak anak-anak main agaknya

Around 30 minit macamtu dah sampai Darling Harbour. Katanya jatuh tahap wajib datang kat darling Harbour ni kalau ke Sydney. Satu benda je aku lupa, aku lupa pasal Sydney Fish Market kat area ni.

Sydney Showboats
suhu lebih kurang 22 darjah C. Angin sepi2, matahari memanchor. Such a good day
Jalan je atas boardwalk 
Area sinilah Madame Tussauds, Sealife Aquariums & Wildlife Sydney Zoo

Satu pun aku tak masuk, selain dari menjaga bajet, memang aku tak minat pun

Syok jugak la berjalan area ni. Sangat cantik tapi agak happenning lah sebab memang tourist attraction. Salah satu tujuan aku datang sini sebab nak cari HRC. Nina kirim baju untuk birthday husband dia katanya. Aku pun gigihla mencari, kena menapak jauh sikit dari ferry wharf, sebelah maritim museum sana. Ada macam mall, HRC ada dalam tu. Aku tau pun sebab tanya


Hujung sana ada Maritime Museum
naik jambatan, nak pergi belah sana pulak. Cari HRC




Jumpe jugak HRC setelah puas menapak
Ada orang kirim baju, hadiah besday laki dia

Macam biasa,kata orang kalau nak jumpe warga Malaysia, datanglah HRC. Memang aku jumpe pun satu family Malaysia. Bertegur sapa? Memang taklah. hahaha.. *buat muka ketat*

Cari gak kedai nak lunch, aku ada baca banyak kedai Fish and Chips, tapi aku tak nampak pun. Kalau ada pun macam was-was je. Lepas tu bila ingat balik, aku rasa yang aku baca tu mesti diorang pergi Sydney Fish Market. Aku pun masuk dalam Mall apa ntah cari tempat makan dan jumpe foodcourt. Ada 2-3 halal choices. Aku nampak kedai turki jual Gozleme. Apa lagi, masa untuk mencoba la seround.
Serius sedap !!! Macam roti canai tapi tak berminyak dan ada filling. Aku ambik filling chicken and Mushroom. AUD 10 dan portion besar. Siap boleh simpan buat dinner malam tu.

Cari port yang ok. 
Lunch like local. again

Lepas lunch, aku menapak semula ke Ferry wharf untuk ke lokasi satu lagi bangunan paling sinonim dengan bandar Sydney.


Till Then



dzuli

No comments:

Post a Comment