Monday, January 23, 2017

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 6.1 (Sydney Opera House)

Assalamualamikum

entry trip Melbourne-Sydney sudah hampir melabuhkan tirai.Bersambung dari entry sebelum ni.
Lepas balik dari Darling Harbour, aku naik ferry semula menuju ke CQ. Ya, inilah salah satu saat dinantikan oleh para tourist jika ke Sydney. Sydney Opera House yo!!!
Satu lagi ikon Sydney atau Australia keseluruhannya. Semalam kita tengok dari kejauhan, hari ini kita akan pergi bertentang mata, merasai sendiri kehebatan building yang terkenal dengan seni architecture yang unik ni. Wah, susahtera sangatlah kau.

Jalan sikit jelah dari CQ ferry Wharf. Takde story sangat. Biarlah gambar yang menjelaskan kekaguman aku terhadap binaan ini.

semakin menghampiri
2  ikon terkenal Sydney dalam 1 gambar
dalam hati " jaga, kejap lagi aku mesti lepak atas tangga ni"
pusing keliling dulu. 
bawah ni ada macam gallery jugak la
tanya jugak tour inside opera house. AUD 37...adei..mahal jugak. Aku terpaksa tangguhkan dulu niat. 






locals buat port jogging je tempat ni hehehe. 
ambik gambar dari segenap sudut, wajib
intai sikit kat dalam

aku pegang ye building ni, curious material dia apa. Aku rasa macam concrete tiles.
selfie sikit.
Cleaning in progress. Ada pompuan jugak buat kerja ni. Hebat!!


sempat jugak aku lepak kat sini ambik feel.



Dah puas pusing dan ambik gambar dari setiap sudut, dah puas hati, aku pun gerak balik hostel lah. Belum solat lagi. Nak masuk royal Botanical Garden dan cari Mrs Mcquiries chair tu pun dah tak sanggup rasanya. Letih dah haha.

Balik hostel, aku naik tren dari CQ ke Central Station. On the way to CQ train station, jalan2 kejap kat area ni. Ada ramai street performer. Cari jugak cafe' yang sesuai untuk dilepaki, hajat nak try Guylian tapi sekali tengok menu paling murah ialah hot chocolate AUD 5, akak pun berlalu pergi. Cari 7E jelah haha.


kemeriahan Circular Quay
ada banyak plaque ni, sempat ambik satu je.



Dari Central Station aku jalan kaki je balik hostel. Terpaksa beli air mineral AUD 2.50 sebab haus gila. On the way balik tu sempat singgah Coles kejap cari kudap-kudapan. Masa ni aku dah rasa tak sedap badan, terus sambar Gatorade sebotol. Risau jugak sakit sorang- sorang kat sini. Ha...tau pun kau takut.

Sydney's peak hour
lawa central station ni, tapi tak sempat lah nak pusing-pusing

Sydney Central YHA. dekat gila degan Central Station, boleh la lepak sini lain kali
area depan hostel
tanda-tanda penuaan.

Malam tu turun dinner kat Kitchen, lepas tu terus tido. Tetiba rasa lonely gila sebab ambik bilik single hahahaha. Sebelum tido aku berdoa "jaganla aku nak terkecing tengah malam, I is takot"

Pergh..esok dah last day kat Sydey. Kejap je 7 hari berlalu


till then


dzuli

3 comments:

  1. Tetiba2 saya jumpa part 6.
    nanti nak siasat part one tu kat mana.

    ReplyDelete
  2. Tetiba2 saya jumpa part 6.
    nanti nak siasat part one tu kat mana.

    ReplyDelete