Monday, February 13, 2017

birthday ratu tamparuli- Helipad KH Tower, Ibrahim Fatty Crab & Regalia Suites


Assalamualaikum

short entry nak ambik mood Isnin. Esok ada interview, sepatah harom belum baca. Perlukah aku berserah? hahaha

Bulan 7 tahun lepas, tetiba Bie cakap nak turun KL. Alang-alang dah smpai, kitaorang pun buat la plan ala kadar untuk beliau. Kebetulan pulak Azra bagi idea untuk layan sunset kat Helipad, KH tower, dan aku upkan sikit idea tu dengan ambik Regalia suite untuk layan sunrise. Kongsi-kongsi perbelanjaan, so takdelah mahal mana. 

1. Brunch dekat Kennys Bakery, Bukit Kenny. Ni tempat orang kayo-kayo ni, area Bukit Tungku. Tapi harga makanan standard kafe hipster la, takde la sekeping roti harga RM 200 hehehe. Fresh bread and pastries. Kopi pun terbaik. Ni antara kafe fevourite aku la kat area opis aku ni.

ada salmon sandwich, cinnamon roll, chicken puff, pecan pie, coconut apa ntah, chocolate tart pun ada

2. Check in dekat Regalia. Aku book thru booking.com, rupanya yang aku bbok ni apartment orang punya. Tuan dia buat ala-ala airbnb lah, balkoni tak menghadap KL, maafkan saya kawan-kawan. Kalau nak yang menghadap KL, kena booking yang Regalia punya. Gambar takde pulak hahaha..lupa

3. Around pukul 5, kami uber ke KH tower, tak koser nak bawak keluar kereta. RM 4-5 je rasanya. Helipad bukak start pukul 6.00p.m. Masa ni nak menggigih lagi, kami plan agar semua pakai baju raya sebab masih mood Syawal.

Wajib order drinks kat sini. Paling murah RM 25. 
bersama air pilihan masing-masing. Dj belum sampai, stuck kat jem KL-Seremban lettew.


pukul 6, bawak air masing-masing naik tangga around 2-3 tingkat, Chop la tempat yang disukai. Port-port best macam seat ala sangkar burung dan meja tinggi betul-betul kat tepi tu kena book in advance. Tak tau la harga diorang camne. Kalau naik seat dah penuh, berdiri jelah dan tunggu sampai orang bangun.

Banyak jugak seat disediakan
Lepak dulu sementara tunggu sunset
kamera Azra kot ni,
selfie sikit dengan birthday girl
nasib kurang menyebelahi, hujan sangat lebat tengahari tu. Sendu sikit lah langit


akhirnya, bertemu jugakla dengan sunset malu-malu
pemandangan malam, sorry gambar guna handphone je



4. Dinner dekat Ibrahim fatty Crab, Dj suggest tempat ni. layanan dan food memang puas hati. Tokey pun kacak bergaya. Eh.
Tetamu undangan ialah rakan sekampung Bie, radin fadli si twitfemes.



menu-menu pilihan. Banyak jugak yang Abang marzuki bagi free. Tq abam!! 
semua ni RM 600. Frech crab 2 ekor, brokoli, sotong, ikan, nasik dan air minuman. Yang selain dari tu tak kena caj.
Dan surprise untuk Bie. Sempat jugak oder last minute kat sorang baker tu, dia hantar terus kat kedai ni. Abang marjuki juga sudi memberi kerjasama untuk receive dan simpankan dan hidangkan sekali


5. Sunrise Regalia. Naik je kat infinity pool rooftop. Bukak start 7.00 a.m. Sempat la layan ala kadar sebelum budak mana ntah naik atas berenang bising-bising.








6. Last but not least, Open house rumah Dj. Lepas checkout, terus drive ke rumah Dj. Dapat jugak merasa air tangan mak Dj @ Cik Teh. Aku rasa dj tolong kupas bawang je. Gambar makanan semua entahlah pergi mana. Pastu aku pun dah malas nak edit gambar plaster muka bagai, so ni jelah satu yang ada hehehe.



mungkinkah ada lagi "lain kali?" hmmm...
ada jodoh persahabatan, mungkin akan reunite lagi. Gituu



dzuli

4 comments:

  1. Replies
    1. betul..lawa sangat, tapi kalau tak hujan, mesti sunset lagi lawa

      Delete
  2. ooo..nice view from helipad Menara KH..aigoo, minumannya mahal bebenor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kira macam entrance fee la kot kan..

      Delete