Tuesday, February 21, 2017

Indus Cafe, Marina Putrajaya

Assalamualaikum

Bukanlah niat aku nak rampas takhta duta JJCM, wanderlust Dj untuk buat review pasal cafe. Tapi aku rasa berminat pulak nak share pasal Indus Cafe, Putrajaya ni. Katanya dulu nama tempat ni Bora Ombak, tapi Indus cafe dah ambil alih. Gitulah kot.

Start dia sebab konon2 nak celebrate birthday Ab. Cadangnya nak pergi makan BLVD House (taste Dj) ataupun Greenhouse By Muir (taste aku). Tapi, beberapa hari sebelum kejadian, macam ada beberapa masalah pulak. Bincang balik and aku teringat satu page FB promote pasal tempat ni. Jumaat tu Dj recce dan akhirnya kami sepakat pilih tempat ni.

Penat jugak buat drama supaya Ab tak tau plan kitaorang. Sabtu tengahari tu sempat pergi kenduri aqiqah anak Dini kat Senawang, balik kenduri terus ke tempat kejadian. Drama sikit bila nak beli kek, mula-mula singgah IOI city mall nak beli cupcake Wondermilk, boleh la pulak ada private event dan semua kek habis dijual, pergi Library Coffee Bar, cake habis jugak. Pastu redah pegi supermarket Hero, Putrajaya ada jugak rezeki. Dapatlah kek. Sedap jugak walaupun hanya di pasaraya Hero.

Mula-mula lepak dalam dulu sebab sunset lounge hanya akan bukak pukul 6.30 petang keatas. Tapi hari kami datang ni ada kenduri kahwin kat sebelah, staff ramai takde. So, sunset lounge hanya open for public pukul 7.00 ++.

Staff sini pun bagus, mintak tolong diorang keluarkan cake dan nyanyi happy birthday. Nasiblah birthday kau Ab, suara jantan je yang keluar nyanyi. Tapi aku suka style staff dia buat surprise, tiba-tiba datang kat meja kita, letak pinggan2 (konon macam makanan yang kita order),lepas tu sorang lagi datang lambat sikit dan hidangkan kek. Takde la nyanyi meriah2 macam kat Chillis or Johhny Rocket, tapi not bad jugaklah.

Order light bites dulu seperti nachos dan chicken wings. Nachos tu sedap jugak, wings pun sedap.

Black forest cake dari Hero supermarket, Ice lemon tea dan nachos. Wings tak sampai lagi
Cafe belah dalam, yang langsir2 tu seat untuk candle light dinner



Pukul 7.00 kami pun masuk ke sunset lounge. Mula-mula duduk seat biasa, tetapi sebab DJ dan recce dengan sorang staff nama Amy semalam, budak tu reserved seat yang best untuk kitaorang.
Thank You Amy!!
Boleh solat kat surau bawah Marina ni, surau dan toilet bersih dan selesa.


sunset lounge
boleh reserve with decoration jugak
sunset kat belah belakang, so tak nampak sangat
amboi, buat macam rumah sendiri nampaknya.
area beanbag pun ada.
serius betul semua, demi media sosial.hahahaha
menu malam tu. Nasi goreng Bangkok, Fish & Chips, Ayam bakar dan satay



Food dia agak sedap, harga pun ok. Standard harga cafe hipster la. Semua food ni termasuk air 2 gelas sorang around RM 170.

Ada live band jugak, suara budak tu sedap gile. nak request lagu untuk kesayangan pun boleh. Contohnya sepasangan couple depan kitaorang (kuis-kuis tanah) request band tu nyanyi lagu Sempurna by Andra and the backbone. Tersipu2 si gadis. Akak tiga orang kat belakang diorang dok memetir sambil borak pasal Salt Bae. Motip sangat!!

Lagi satu, view Putrajaya dari sini sangatlah lawa. Nampak Jambatan Sri Wawasan dan Putrajaya 3 sisters. Memang aum lah kiranya.



untuk candle light dinner jugak. Dj cakap pakej RM 200++ sekali ngan course meal dan deco


Apa pun, tempat ni highly recommended. Semua boleh, sambut birthday ke, hangout ke, bachelor party ke, saja-saja pun boleh.


Till then,

dzuli

9 comments:

  1. hahahhaha.. kek supermarket HERO...

    ReplyDelete
  2. Denggg xleh kalah. Mlm ni jugak kna kuar story indus...hahaha #sistercabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sis..tunjukkan semua menu2 yang ko snap tu

      Delete
  3. candle light dinner venue..wow, romantisnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...boleh la cuba2 CLD kalau ada hari special

      Delete
  4. Salam. Boleh tau tak harga dia mcm mana ? I mean package dia ?

    ReplyDelete
  5. kene book / call dulu kalau nak dtg sana sis?

    ReplyDelete