Thursday, February 16, 2017

sawasdee bangkok - Part 1 (Arrival & Kanchanaburi)


Assalamualaikum

Setelah merendam jari jemari dalam air limau purut ( petua Meng) dan roh kerajinan update trip Bangkok pun meresap ke dalam jiwa. Maklumlah, workload pun dan tak berapa menghantui macam 4-5 bulan lepas.

Trip ni tak la kira last minute, tapi beli tiket around bulan 2/3 dan trip bulan 5. Marhaen macam aku biasa plan trip setahun/ setengah tahun awal hehe. Antara pilihan masa tu ialah Phuket or Bangkok. Akhirnya, kami berempat bersepakat menjadikan Bangkok sebagai pilihan.

Flight kami pagi, around 8.00 pagi kalau tak salah aku. Semua urusan seperti biasa saja. Kali ni book meal siap-siap supaya sampai sana nanti tayah sibuk-sibuk nak mencari makan bagai. 
Sekali lagi aku bertemu Don Mueang airport. Hai Bangkok!!! anda wishlist saya. 
Urusan semua berjalan lancar, terus ke kaunter jual sim card. Kali ni, hanya aku yang beli sim card. Takpelah, tapii..aku rasa lepas ni if travel in 4, at least 2 orang kena ada sim card. Natijahnya akan aku cerita nanti. 
Then kami bincang untuk ke Kanchanaburi samada nak naik minivan atau bas biasa. Akhirnya kami bersetuju untuk naik bas biasa. 
Dilema nak ke Sai Tai Mai pulak (southern bus station). Mula-mula aku tanya teksi airport, diorang nak charge THB 1000. Ok, mahal sangat tu. Tiba-tiba, muncullah idea nak gunakan Uber buat pertama kalinya, nasib baik dah install dan register siap-siap kat Malaysia. Hasilnya, kami jimat THB 700!! Uber charge kami THB 300 sahaja ke STM. Dah lai naik pajero sport yang cantik dan selesa. 

Sampai STM, kami navigate je diri sendiri kat dalam tu, tanya orang pun dah rupe ayam dengan itik. Akhirnya, jumpa kaunter. beli tiket dan sekali lagi kami feeling Amazing Race apabila nak cari terminal bas. Ntah mana-mana, kena lalu supermarket lah, tanya guard dia just tunjuk arah ngan tangan je. Akhirnya, jumpa la jugak, dan terus naik. Yang bestnya bus tak ramai orang. So, kami boleh duduk satu seat seorang. Apa lagi, tido je lah memandangkan Kanchanaburi ialah last stop. Bas tak cantik macam Transnasional, tapi selesa dan ada aircond. Oh, kalau tak salah harga tiket around THB 120-140. Sorry, memang tak ingat langsung. Dah dekat setahun lepas dah haha. 

Setelah 2 jam perjalanan, kami sampai ke Stesen bas kanchanaburi, Ingatkan nak naik cab je pergi hostel, tapi Mun dengan Zu teringin nak naik Song Teaw kaedahnya. Tiba-tiba sorang pakcik datang approach, kami mintak dia hantar ke hostel, then dia offer package jalan-jalan around Kanchanaburi, kalau tak silap around THB 600-THB 800. Kitaorang pun setuju sebab memang takde plan pun untuk petang ni kecuali Bridge Over River Kwae

wajah happy dan masih fresh. kau tunggu kejap lagi

Penginapan kami ialah Udee Coffee & Guesthouse. Selesa jugak. Harga pun ok. THB 1500 untuk 2 bilik. Gambar bilik tak de la pulak, tapi boleh tengok dalam booking.com lah bilik dan facilities. sebab masa ni busy nak solat bagai. Song Teaw dah tunggu kat bawah.
Sebab semua dah lapar, kami mintak pakcik tu drop kami kat kedai Halal food. Dekat sangat dengan hostel tadi.

Wajiblah order tomyam dan Cha Yen kalau kat thailand kan. Rasanya kami ada order benda lain jugak. 


Dah kenyang, destinasi pertama ialah Kanchanaburi War Cemetery. Tanah perkuburan untuk askar-askar yang terkorban di medan perang. Ramai jugak pelancong asing kat sini terutamanya dari Holland. Mungkin jugak saudara mara askar-askar yang terkorban, kita pun tak tau kan?. Bila datang tempat macam ni, tak sesuailah kalau hype sangat. Keep it low dan hormatilah orang lain.





Kemudian, kami pergi ke JEATH war museum. Museum ni kecik je, tapi banyak sangat gambar-gambar masa perang dan pembinaan death railway Burma-Thailand. Sedih rasanya. Emosi dekat Phnom Penh haritu pun tak habis lagi. Entrance fees aku tak ingat, tapi rasanya aroud THB 50 kebawah.

dalam rumah buluh ni, ada gambar-gambar masa perang tu


replika barang-barang zaman tu
ada sungai dan rumah rakit belakang Museum ni. Macam Wat/sekolah sami Buddha pun ada

JEATH is an acronym for the primary nations which participated in local action. These nations are:Japan, England, Australia, Thailand and Holland. 



Destinasi seterusnya ialah Wat Baan Tham. Wat ni spesel sikit sebab ada replika naga dan nanti kita umpama masuk ke dalam mulut naga tu. Tapi, tangganya beratus-ratus dah terhangap-hangap lah kami 4 orang mendaki. Ni la kegigihan bila travel. Kalau kat opis, naik tangga 3 tingkat pun guna lift.

rasanya ni dah separuh jalan.

View pun lawa kalau naik atas ni. Kami memang lawa dah, thanks !!
kalau naik lagi atas, lagi lawa dan clear, tapi kami malas !! haha. Ean je yang gigih sampai ke puncak


Temple terakhir ialah  Wat Tham Seua, or Tiger Cave Temple. Aku tak nampak pun mana tigernya haha.. Sampai je sini, hari dah petang. Nak naik ke atas, ada disediakan macam car lift sebab tinggi yakmat. Rasanya kena bayar THB 10/20 . Kami sampai je, lift tu dah nak tutup, tapi sempat jugak la sebagai orang terakhir. Kecerunan 45 darjah oo..scary jugak


yaa..dapat view ni..aku suka sangat. Sawah padi yang kering kontang

ada tiger patung je





Sekejap je kami kat atas, turun kena guna tangga..haaa..masa ni la aksi lady gaga/Ju-On semua keluar. Rasain!!

Last, kami ke highlight of Kanchanaburi, Bridge Over River Kwae. Memang ni salah satu objektif utama kami nak ke Kanchanaburi selain tour esok. Memang berposing sakan lah dekat sini. Cantik dan picturesque.


selfie dulu walaupun muka berminyak umpama baru lepas kena goreng
train lama pengangkut barang pun ada
mana tah jumpe belon tu...
Ramai pelancong datang nak menikmati sunset


Dari bawah jambatan
naik atas pulak





sunset sedikit malu-malu
Rezeki, ada train lalu atas ni. Dapat gak capture


Ada restaurant kat tepi sungai ni

Dah puas bergambar dan menghayati sejarah tempat ni. Ada board dekat belakang cerita asal usul bridge ni dan pembinaanya yang menyebabkan beribu-ribu orang meninggal dunia. Boleh google "Thai death railway"
Kami mintak driver bawak kami pergi Night Market kejap untuk cari makanan. gambar memang tak ade la haha. Ada la option makanan halal 2-3 gerai. Last-last kami beli pulut ayam, jagung, nenas dengan makanan ringan lain.

Habis hari pertama yang sangat padat di Kanchanaburi, esok kami dah booking tour


Till Then

dzuli

3 comments: