Monday, February 20, 2017

sawasdee Bangkok- part 2 (Kanchanaburi Day Tour)

Assalamualaikum

bersambung untuk hari kedua di Kanchanaburi. Kami dah book kanchanaburi day tour. Pakej boleh pilih dekat website http://www.kanchanaburitour.com/.

Pilihan kami ialamh tour KTC D5 yang akan melawat Erawan Waterfall, Hellfire Pass dan Train ride at wooden bridge. Pendapat peribadi aku, Hellfire pass antara tempat yang wajib dilawati di kanchanaburi.
Harga untuk tour ni ialah THB 1240 (RM 130++)

Pagi-pagi lagi kami dah checkout siap-siap dan letak beg dekat bawah. Tunggu tour van. Lepas van datang, terus buat pembayaran. Kali ni rezeki, van best dan selesa, tour group pun tak besar.
Nama tour guide kami Annie,

Lokasi pertama kami ialah Erawan Waterfall. Ada 7 level, makin tinggi makin lawa dan mencabar.
Annie pesan, seab time constraint, digalakkan naik sampai level 5 camtu.
Tempat ni memamng dijaga dengan rapi dan cantik.
Untuk gambar, aku dah tak ingat level-level waterfall tu. Gambar pun tak banyak sebab letih dok mendaki haha. Sedikit kurang bernasib baik sebab kami pergi musim panas, sungai agak kering dan menjadikan aliran air terjun ala-ala kadar sahaja. Takpelah, takde rezeki.

Annie sedang beri penerangan
level 1
sungai yang cetek
level 1 rasanya ni

Level 1 or 2, tak ingat
ada tulis jarak untuk ke level-level seterusnya
Kena register botol air sebelum naik level 4. Kat botol kita dia tulis nama. Bagus jugak idea ni

level 4 rasanya. sesuai untuk mandi dan free fish spa.
level 5. ada couple tengah mandi, ada sorang laki mat salleh beg dia jatuh dalam air.


Aku ngan Mun turun bawah balik lepas level 5, Ean ngan Zu sambung naik level 6.
Anne pesan pukul 12 semua ahli tour berkumpul kat satu restoran kat bawah tadi. Kitaorang nampak ahli-ahli lain dah turun, tapi Ean ngan Zu tak sampai-sampai lagi. Lama jugak la diorang nak sampai kat bawah, kerana kami ialah ahli group yang bertanggungjawab, cepat-cepat kitaorang turun ke bawah. Nak jalan ke restoran tu pun agak jauh, tiba-tiba kami nampak buggy, terus tahan buggy tu dan hantar ke restoran dengan bayaran THB20/person

sempat selfie kaedahnya
ada visitor centre jugak, tak masuk dalam pun

Untuk lunch, memang dah disediakan dalam pakej tour. Semasa email kat KTC, aku dah bagitau kami mahu vegetarian/halal food. Sebab takde option tersebut, Annie arrange dengan kitchen supaya masakkan untuk kami egg fried rice gunakan kuali yang dah dibasuh. Ha!!..bagus jugak KTC tour ni.
Jangan was-was lagi, makan saja. Perut pun dan lapar

sedap gak nasik goreng ni. 

Selepas lunch, kami terus dibawa ke Hellfire pass memorial museum. Apakah hellfire pass? Boleh baca kat sini http://hellfire-pass.commemoration.gov.au/
Museum dibina oleh Australian Government untuk mengenang peristiwa ni. Konyu cutting/hellfire pass ni ialah satu bahagian Thai-Burma Death Railway. Bahagian ini bukit-bukau yang dipotong menggunakan tenaga manusia. Tentera jepun zaman tu taknak bawak masuk machine sebab mahal katanya. So, Prisoner of war dikerah dalam pembinaan ni yang kebanyakkannya warga Australia, Holland dan lain-lain.

Bayaran masuk aku tak sure sebab dan include dalam package. Masuk je kena letak deposit (tak ingat jumlah) untuk dapatkan audio guide. Pasang audio guide dan ayuh menjelajah.
Kami masuk dalam museum dulu.


alatan yang digunakan


allignment railway

Dah habis pusing museum, kami pun turun bawah untuk tengok sendiri. Anne cakap takyah jalan sampai hujung pun takpe. tapi biasalah, dah alang-alang sampai. Jalan sambil dengar audio guide memang syahdu rasanya.

Pokok buluh banyak, katanya dulu2 askar jepun guna buluh ni untuk buat
 macam-macam benda seperti katil, stretcher, buat pukul orang pun ye jugak

ni lah bekas railway track


kayu untuk landasan keretapi pun masih ada lagi
bayangkan guna tenaga orang untuk potong bukit sampai macam ni!!
banyak diletakkan cross dan bunga untuk mengenang mereka


compression drill pun ada digunakan untuk memecahkan batuan. tekan je nombor yang tertera
untuk audio guide
batu peringatan. Lepas batu ni dah tak boleh jalan lagi, banyak slope kat tepi tu tak stabil



kawasan yang dipanggil "konyu cutting"



Sedih jugak la cerita diorang ni. Kebanyakkannya mati sebab pelbagai jenis penyakit. Area ni pulak kalau panas, sangat panas. Bayangkan masa kami datang ni suhu 40 darjah C. Kalau time hujan pulak, katanya hujan sangat lebat. POW tak diberikan pakaian dan makanan yang mencukupi. Ada jugak yang mati kerana malnutrition dan dehydration.

On the way balik, dia punya panas memang menyegat otak. Patut la nama hellfire pass, gambaran neraka agaknya huhu.. Time ni kitaorang dah berpecah, cepat-cepat jalan dan masuk museum tadi untuk air cond. Pulangkan audio guide dan tunggu ahli lain. Zu ngan Mun masih tak kelihatan, rupanya diorang solat kat bawah tadi, belakang batu-batu. Musafir sungguh korang ye.

Dah, terakhir dalam tour ini, kami dibawa naik train di wooden bridge atau Tham Krasae Bridge. Kalau yang semalam dari besi, harini kita naik yang dari kayu. kami stop kat Tham Krasae station dan tunggu train. Ada jualan jugak dan ada gua Krasae cave. Nak masuk pun boleh. Sempat jugak la beli minuman sejuk sementara tunggu train sampai.

station kecik je
jalan sendiri ke wooden bridge
dah upgrade track ni, 




Balik semula ke stesen tadi. Anne dan pesan supaya duduk belah kanan untuk view cantik. Bila train sampai, terus rebut tempat duduk kanan, tapi kebanyakkan seat kanan dah full. kami pun dapat duduk dengan sepasang auntie caucasian (tak sure orang mana, tapi tak cakap english).
Nuraka jugak auntie tu, aku kuarkan kamera kat tingkap je dia sound, keluarkan kepala dia sound lagi. Saja je nak bagi kita ni biadap ngan orang tua haha..last-last kami buat tak tau je lah. Tapi gambar memang tak puas la, sikit2 je dapat.


acah je ni, mana ada orang tahan train.
walaupun di sound oleh autie caucassian, tetaplah degil 
Mun, tido ke menghayati?
yang baju belang tu...Auntie tak sporting.
ni je dapat...sedih
berkat kedegilan, dapat la sikit gambar atas jambatan
ada macam resort kat seberang sungai tu
lawa pulak park ni, tepi sungai jugak
naik train dalam 15 minit je. Ingatkan sampai bridge over river kwae huhuuu...

Tu je lah agenda terakhir tour ni. Ada singgah Bridge over river Kwae yang semalam, tapi kami tak pergi lah. Guna toilet je dan tunggu dalam van. Tour berakhir around 5 p.m
Kitaorang beli tiket minivan Kanchanaburi-Bangkok dari Anne sahaja. Harga aku tak ingat, tapi around THB 15-18 camtulah. Anne suruh tunggu van depan satu hostel, aku solat kat situ lah, dicelah mesin basuh dan corridor. Ada 2-3 orang lalu lalang tepi aku, sabo jelah.

Mula-mula naik satu van yang agak selesa, tiba-tiba van tu dropkan kami untuk tukar van, minivan standard yang kecik dan sempit tu. Ean duduk sebelah abang askar kacak bergaya. Aku duduk belakang driver yang ruang kaki dengan seat depan sangatlah sempit. Nak tido pun tak selesa. Aku rasa saiz minivan ni ala-ala van Rusa zaman dulu-dulu tu. Kalau saiz macam ean pun kategori tak selesa, saiz macam aku..ko ghase??

Setelah melalui 3 jam ++ perjalanan yang sungguh hazab rasanya, kami sampai ke Victory Monument, Bangkok. Cabaran lagi nak mencari hostel, menapak around 600-700m dicelah lautan manusia, naik tangga, turun tangga dah akhirnya jumpa jugak hostel tu.

Untuk malam tu, kami book At Victory Hostel, harga RM 197. Bilik untuk 4 orang, ensuite bathroom dan ada kitchenette.
Hotel ni milik pasangan mat salleh dan wife dia orang Thailand. baik sangat. Malam tu kami nak keluar cari makanan sebab lapar gile, search Uber, takde. Cari teksi pun takde sebab hotel ni kat lorong kecik. Kena jalan ke jalan besar untuk tunggu cab. Wife dia carikan teksi untuk kami. Tapi dah hampir setengah jam tunggu, takde teksi, yang lalu pun semua full. Malam minggu agaknya. Akhirnya kami pasrah sahaja, kami bagitau dia yang kami akan jalan kaki ke depan untuk cari makanan.

Kat jalan besar ada 7E yang agak besar, Masuk dalam dan menjelajah setiap rak untuk cari benda yang boleh dimakan. Tiba-tiba nampak maggi Ruski halal, ada 5 pack je.. Pergh, rasa nak grouphug, Zu siap ambik 2 cup. Beli jugak roti bagai dan balik ke hostel dengan linangan air mata (dramalah korang). Kalau ke bangkok, boleh try susu pisang meiji. Aku suka, sedap dan tak manis sangat.

Sambil makan maggi, gilir-gilir mandi,, tamatlah hari kedua penjelajahan Bangkok,
Esok kena bangun awal nak pergi Chatuchak market.

Dinner malam tu. Milidon pun jadi lauk dinner, ada orang dah start sakit kepala.


Till then,

dzuli

No comments:

Post a Comment