Wednesday, February 22, 2017

Sawasdee Bangkok -Part 3 (Chatuchak Market & Hua Hin)

Assalamualaikum

Bersambung untuk hari ketiga di Bangkok. Gigih jugak aku mengarang.
Harini kami akan ke tempat yang tidak asing lagi jika melancong ke Bangkok, Chatuchak Weekend market.
Pagi-pagi buta, alas perut sikit dan terus request Uber ke Chatuchak. Nak naik train pun boleh tapi aku tak sure station mana nak turun.
Harus diingat, chatuchak ni sangatlah besar. Better stay in group kalau taknak susah nak mencari satu sama lain nanti. Pintu entry dan exit pun banyak. Untuk hari sabtu, market bermula pukul 9 pagi.
8++ pagi kami dah tercongok. Masa takleh dibazirkan

Gambar memang takde. Semua pun busy mencari souvenir untuk diri masing2. Antara yang boleh dibeli ialah passport holder dan wrislet handmade yang cute. Boleh letak nama dan badge. Harga around THB 60-80. Buy 10 free 1. Ean memang memborong untuk sekampung dia kat sini. Kami memang shopping sungguh2 la jugak since dah takde acara shopping lagi. Beli Tshirt, beli beg comel2, beli tahape2 lagi. Lagi satu fruit juices kat sini sedap. Memang fresh. Cari street food tak jumpa pulak.

Ni je gambar yang ada

Dah lapar, marilah cari lunch. Ingatkan nak cari nasik ayam macam blog Zara, memang tak jumpe la. Last-last makan je lah kat Saman Islam. Walaupun gerai, harga standard restaurant tau. Total kami makan kat sini dekat THB 800. Nasi goreng, pulut mangga dan air kelapa sorang satu. Tapi sedaplah jugak


share 4 orang

Dah siap shopping, kami kena bergegas balik hostel sebab tak check out lagi, lepas ni kami akan gerak ke Cha Am terus. Naik Cab sahaja dan jem hazab+ teksi tak tau hostel tu kat mana.
Terus ammil beg, check out dan gerak ke victory monument untuk ambil minivan ke Hua Hin. Masa ni Mun dah macam kurang sihat. Kami suruh Mun makan ubat cepat-cepat sebab takut melarat nanti.

Stesen minivan ni macam dekat satu mall. Tak ingatlah nama, ramainya orang ya ampun, beg berat hari nak hujan lagi. Dah dapat naik van, macam biasalah, sempit.
On the way ke Hua Hin, hujan lebat gila. Jem teruk dan perjalanan yag sepatutnya 2 jam lebih menjadi hampir 5 jam. Dugaan apakah ini!!!!!

Sampai Hua Hin dan sangat petang dan masih hujan. Terpaksa naik teksi walaupun hostel hanya 400-500 meter je dari bus stop. Dah check in, refresh sikit. Ingatkan nak keluar balik pergi Plearn Wan, tapi hujan sangatlah lebat. Tuk-tuk pun dah takde.
Untuk malam ni, aku book Tid Tarad Hostel. Shared bathroom tapi bilik private. Bagi aku ok je sebab nak stay 1 malam je, tapi ni 1st time kami tido hostel shared bathroom, memang ada bunyi jugak la dari diorang hahaha. Eh, aku nak bagi korang lulus lesen backpackers je hahahaha (gelak lagi)

Bilik kami- Gambar ihsan FB Tid Tarad Hostel
Owner hostel ambik gambar kitaorang sebelum checkout. Pun dari Fb Tid Tarad Hostel

Bila hujan dah reda sikit, kami jalan kaki ke night market. Misi utama ialah cari dinner. Rezeki betul jumpa satu gerai muslim jual nasik minyak. Dah nak habis dah pun, ada tinggal cukup-cukup 4 pinggan. Rasa nak menitis air mata sebab terharu.

Gambar kelabu sikit. tapi sedaplah jugak nasik tu
kedai roti canai pun ada
Cha Am dekat ngan laut, so banyak fresh seafood
satu gerai jual cenderahati cute untuk Hua Hin

Kemudian, kami jalan sikit untuk mencari Stesen Keretapi Tercantik di Thailand ni. Dekat je ngan nightmarket tu. Stesen keretapi ni katanya ada bilik menunggu untuk King of Thailand.




Ni lah bilik menunggu untuk King of Thailand 



selfie dulu











Dah tengok-tengok train station ni, kami balik semula ke night market tadi untuk massage. Massage time!! Zu ngan Mun yang paling suka aktiviti massage2 ni. Aku buat mani-pedi dan Ean lepak-lepak je guna internet free dalam massage parlour.

Suasana malam di Hua Hin
 


Lepas massage, kami balik ke hostel dan tido. Letih sungguh rasanya. Aku suka jugak bandar Hua Hin ni, macam kebanyakkan bandar kecil lain di Thailand, agak meriah dengan night activity tapi masih aman damai rasanya.



dzuli

2 comments:

  1. Hua Hin favourite sangat tempat niiiiii.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..comel je tempat ni. Rileks sangat

      Delete