Tuesday, February 28, 2017

sawasdee bangkok - Part 4 (Cha Am)

Assalamualaikum

Story hari ke 3 di bumi Thailand ni. Setelah melalui hari yang agak hazab semalam, pagi ni kami nak rileks-rileks je. Boleh pulak pagi tu takde air kat hostel ni. Nasib baik aku sempat mandi dulu, 3 orang lagi mandi ngan air simpanan dalam toilet bawah. Kesian sungguh.

Kami mintak staff hostel book kan tuk-tuk untuk kitaorang ke Cha Am. Kalau tak salah THB 800 kot. Hua Hin ke Cha Am ni lebih 30 minit jugak la perjalanan.


sempat breakfast dalam tuk-tuk ek korang.


Kami sampai di Santorini Park agak awal. Ok lah tu, boleh posing beriya-iya sikit sebab orang takde. Konsep Santorini park ni lebih kurang mini theme park+ factory outlet kot. Ada mainan sikit-sikit dan ada kedai sikit-sikit dengan konsep ala-ala di Santorini Greece katanya.
Aktiviti kami di sini hanyalah bergambar bagai nak rak dan mengopi sahaja. harap bertabah dengan entry yang penuh ngan gambar muka kitaorang hahaha.

 



jangan cakap weolls tak payung



Ada ferris wheel jugak

beberapa cafe yang comel pun ada kat sini. 


pink pulak kat sini. yang berdiri tu ala-ala Zombie kesepian
erk..apakah
ada jugak kedai yang hidup segan mati tak mahu



Pakaian rasmi bangkik trip- Seluar batik 

Sebelum balik, sempat jugak mengeteh kat sini. Banyak kedai yang baru nak bukak ataupun tak menepati selera kami. Akhirnya kami pilih satu cafe berkonsepkan library dan semua pakai minum Cha Yen dan Green Tea Latte

Gopro berkabus pulak kat sini


Dah habis bergambar sakan kat sini, kami ke Swiss Sheep Farm pulak. Berhadapan je dengan Santorini park ni tapi sebab dipisahkan oleh highway 4 lorong, kena la U-Turn jauh sikit.
Masa ni dah agak tengahari, makanya panas hazab ok. Mood aku memang padam terus la kat Swiss Sheep farm ni, dengan ramai orangnye lagi.




harga tiket THB 120



kesian pulak aku tengok sheep tengah-tengah panas ni


boleh bagi makan jugak. Jerami tu free je kalau tak silap
Kemain semangat korang bagi makan sheep ek. Diorang ni memang pencinta haiwan.
nak fefeeling Swiss or Nz memang tak boleh. Panas!!


ajet-ajet Horseshoe Bend?


Ada donkey jugak. Alpaca pun ada, tapi nak tengok kena bayaran tambahan
 Actually swiss sheep farm ni seronok jugak la. banyak benda boleh dibuat, ada muzium 3D, animal feeding, tempat pun agak lawa kalau nak berposing ambik gambar. Tapi tu lah, jangan pergi tengahri buta macam kitaorang. Menggelegak otak..haha



 Lepas Swiss Sheep ni, kami mintak tuk-tuk hantar kami balik ke Hostel. Nak pergi Plearn Warn yang gagal semalam pun dah tak lalu. Sampai hostel, cepat-cepat ambil beg dan Checkout. Mintak pakcik tuktuk tadi hantar kami ke Minivan station untuk balik ke bangkok.

Cerita horror minivan:
1. apabila aircond minivan ni perlahan gila dalam kepanasan terik mentari. Memang macam cacing kepanasan
2. Zu nak pergi toilet. Nak bagitau driver supaya berhenti kat mana-mana, majority dalam van tu tak reti English. Guna google translate bagai. Padahal mamat Thailand sebelah aku tu boleh speaking, tapi dia tak offer pun nak tolong Zu (Zu pun tak mintak). Akhirnya berjaya jugak bagitau driver. Driver berhenti je, semua orang pun nak pergi toilet rupanya.

Kali ni traffic agak ok, kami sampai di Bangok agak awal la. Around 4.++ p.m. Van behenti before station yang kami naik semalam. Terus request Uber untuk ke hotel kami.
Kali ni driver uber paling memorable. Sampai la notification bagitau yang driver kami ni OKU pendengaran, fine lah sebab kita dah insert location semua. Tiba-tiba, sebijik honda Jazz warna oren datang dan driver dia hensem gile. Stylo macam k-pop bernama Suvichan. Boleh pulak kawan-kawan aku kat belakang ni cakap kuat-kuat "hensemnya" "dzuli ajak selfie" etc etc. Tapi dalam kereta tu pasang radio dengan lagu-lagu best. Cuak jugak aku, betul ke dia OKU. Masa dah sampai, mamat tu tolong angkat beg kitaorang, ada jugak sorang tu nak bermanja, siap tadah bahu mintak Suvichan tolong letakkan. Eiiii...miang!! hahahahaha. Ni cerita sesaja, penghibur untuk kes horror minivan tadi.

Hotel kali ni aku dah buat review dalam entry ni. THA city loft.

Rehat dan solat, kami terus ke MBK untuk makan kat Yana. Sedap bangat makanan kat Yana ni, berbaloi-baloi. Tapi gambar makanan takde,lapar sangat masing-masing.
Lepas makan, pergi cari HRC bangkok, pergi farmasi beli ubat demam. Aku ngan Zu dah tumpas dah masa ni. kalau tak sebab kitaorang ni nak demam, mau menjongket lagi agaknya.

gambar ni je ada. Red ruby paling sedap pernah aku makan.
MBK mall
Malam di Bangkok


Balik hotel dah tido. Esok dah hari last kami kat Bangkok ni. Cepatnya masa berlalu.



Till then



dzuli

No comments:

Post a Comment