Thursday, February 2, 2017

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -part 7 (Sydney tower Eye, Paddys market)

Assalamualaikum
Gong Xi Fa Cai, happy long weekend. Mood semua dah kelaut dalam, tak sabar nak balik kampung walaupun bakal menempuh jem hazab.
Harini aku bercadang nak habiskan entry Sydney ni. lama sangat dah ni. Kalau nampak aku masih upload gambar kat I.G bukanlah aku belum move on, tapi aku edit pic untuk masuk dalam blog hehehe.

Pagi-pagi buta ni aku dah meletakkan azam untuk breakfast kat Pancake On The Rocks bagi merawat kedukaan tak pergi Pancake Parlour kat Melbourne haritu.
Bilik takde tingkap, dan aku tak perasan pagi tu hujan, aku turun bawah dan jaket tertinggal kat atas, tapi dah malas naik. Dengan gagah pekasa, aku redah hujan dengan tshirt nipis. Sejuk gila.

Naik train, turun semula CQ. Ntahape-hape plan, kenapa la aku tak habiskan je sini semalam. Whatever lah. Dalam hujan aku merayap cari kedai pancake tuh, payung takde, poncho takde. Gagah sungguh rasanya. Macam aku cakap, aku suka buildings area The Rock ni, ingat nak jalan-jalan ambik gambar, tapi sebab hujan dan malas bawak keluar gopro, apa yang sempat jelah.


Tak sure la bangunan apa.
Guylian Cafe lagi. Lalu je laaa..Waffle AUD 18.50..wargghh...
Observer Hotel


berpandukan google maps, jumpa jugak Pancake on The Rocks, walaupun mula-mula hampir givup. Rupanya dia duduk dalam Metcalfe Arcade, ingatkan sebijik restoran. Oder double stack pancake, tambah la banana AUD3 sebab aku nampak budak pompuan depan aku dapat strawberry 1 cup, siap tapau bawak balik.
Rupanya sebijik je pisang tu, AUD 3/ RM 10. Nak menangis pun tiada gunanya haha. Redha jelah. Total makanan aku dalam AUD 14. Takpa, hari last kita splurge sikit. 

never closed tu...


Double stack with banana + hot latte
Lalu kat sini. Sempat ambik gambar, tak sempat nak masuk. Lagipun aku nampak ada gambar pelik kat luar

Dah breakfast, nak jalan sangat pun tak boleh sebab hujan. So aku terus naik train ke St. James untuk ke Sydney Eye Tower. Tiket aku beli siap-siap kat hostel tadi. AUD 14 kalau tak salah, if walk in AUD 20++. Banyak tu beza. 

beli one way ticket from CQ-St James AUD 4.10. satu stesen je. argghhh.

Dari St. James jalan sikit cari tower ni. Entrance dia thru shopping mall (tak ingat nama)
Naik atas, tukarkan coupun kepada ticket. Tapi orang tu bagitau, sebab hujan view agak berkabus. Aku proceed je naik, aku dah takde masa lain ni.
Tunggu giliran untuk tayangan 4D
salah fokus pulak. Dapat 4D spek.

Mula-mula ada tayangan 4Dpasal Sydney, geram pulak tengok pantai-pantai yang lawa, Blue Mountain etc.  pergh..aku rasa memang tak tercapai nak visit semua attraction sydney dalam masa 3 hari. Lain kali lah, InsyaAllah.
Dah habis tayangan, barulah boleh naik.
masa ni dah menyesali diri tak pergi Bondi/La Perouse

masih kelabu asap, tapi aku gagahi jugak. 
kabus semakin menghilang.

sebab Sydney tepi laut, memang aku suka lah nampak view camni


Yes..Berkat kesabaran









Kecik je tower ni
the highest working postbix in southern hemisphere kata kau
Jenis- jenis awan pun ada
Nampak Anzac Memorial
Nyesal pulak tak buat skywalk ni, beli kat hostel, AUD 40. Walk in tak sure berapa.

Lama jugak la aku dok melepak dalam ni, Sebab aku tak mampu nak pusing seluruh Sydney ni, aku tengok jelah dari pandangan udara.

Turun bawah, aku akan gerak ke lokasi wajib jika ke Sydney, Paddy's Market. Dekat Melbourne haritu, aku tak sempat beli apa-apa, so aku cadang nak cari souvenir kat sini jelah. 
Jalan kaki je dari Sydney tower sambil usha-usha Sydney CBD

Sydney Town Hall
Queen Victoria Building

Sempat jugak singgah Chemist, DJ ada kirim perfume, tiba-tiba, aku dah bayar Dj punya dan aku nampak Beckham for woman, terus aku tolak semua orang dan sambar sebotol (drama tipu) murah je pun, tapi sebagai sokongan padu, haruslah beli kan.

Jalan-jalan lagi, dan sampailah ke Chinatown Sydney dan Paddys Market terletak disini. Masa kat sini lah baru pulun cari souvenir untuk family dan kawan-kawan. Aku tibai je la beli apa yang sempat, malas nak fikir panjang. Harga memang agak murah jugak. Shopping beg AUD 10 utk 4 pcs, Jersey AUD 20, Tshirt tengok kualiti. mostly AUD 5 keatas.





Settle dah shopping, aku nak cuba cari lunch. Baca dalam blog John ada fast food halal kat sini, jumpe, tapi rasa tak selera pulak. Aku balik hostel dulu untuk simpan barang dan solat. Paddys Market ni around 400m-500m je dari hostel.

jumpe lorong yang lawa ni
Jumpe building lawa

Lepas solat, aku keluar balik cari lunch. Last-last aku lunch kat kedai kebab yang aku jumpe secara tiba-tiba. Tak sedap sangat, tapi tibai jelah

Nampak koreatown, terus teringat bie

hari pun dah semakin petang, aku pergi Coles kejap untuk beli kudapan buat souvenir balik Malaysia. Najah pesan " I takmau keychain bagai, belikan saya makanan sedap" Dah siap borong Tim Tam nenas lah, biskut tah hape-hape, aku nak cari Cafe untuk mengopi di hari terakhir

Aku memilih untuk lepak kat Oliver Brown cafe. Specialties dalam chocolate. Harga semua ni dalam AUD 17 kot.
Mocha dan Hazelnut Eclairs. Sedap gile.

gambar gegar. main snap je, malas dah nak fikir.

Aku lepak je dalam cafe tu, rasa macam tak percaya esok dah nak balik. Walupun plan hiccups sana-sini, tapi aku kira berjaya la pull this trip seorang diri. Cewah..tiba-tiba rasa bangga dengan diri sendiri hahaha.

Hari pun makin gelap, aku balik hostel dan start packing barang. Esok pagi aku ambik shuttle dari hostel je. Takyah susah-susah.

Nescafe tu aku beli banyak, AUD 3++ je. Tim Tam nenas tu sedap.
Dinner malam tu+ lefover Doner Rice set lunch tadi


Till Then

dzuli


No comments:

Post a Comment