Friday, February 10, 2017

Trip "Cintaku Tertinggal", Melbourne-Sydney 2016 -Part Finale & Summary

Assalamualaikum

Akhirnya, tamatlah entry trip YOLO Melbourne-Sydney ni.
Hari last ni takde apa-apa pun. Pagi-pagi dah gerak ke airport. Nak ambik airport shuttle kat Maze ni senang je, tengok jadual bus dekat bawah dan turun tunggu dekat lobby 10 minit awal. Nanti van datang, kita naik dan bayar terus dekat van tu. Perjalanan dari CBD ke Airport lebih kurang sejam. Ada dua terminal untuk domestic dan international (macam KLIA 1 dan KLIA 2). jauh jugak, so jangan salah turun. Ada budak laki tu dia boleh tak tau dia terminal mana, tapi sebab dia nak pergi Auckland, pakcik tu suruh je dia turun dekat international.

Flight SYD-KUL dijadualkan berlepas jam 11.00 pagi, Aku ada booking meal, so malas dah nak makan kat airport. Beli kudapan dengan coffee je.

Pukul 6.30 petang aku selamat mendarat di KLIA 2, lambat sikit dari jadual asal. penuh w.a family aku tanya aku dah sampai ke belum hihi.. Smpai kat Putrajaya Sentral, aku terpaksa menggunakan khidmat UBER DJ sebab adik aku dah balik kampung harini. Thanks DJ, bayaran dia senang je, belanja makan ngan beli kopi Barista Bros dari airport Sydney. Kerlas upah!!
Esok pagi kami ada flight untuk trip #divanatakessabah (hah, ada # ko). Kemas beg dan tido 3 jam je sebelum pukul 5 dah nak kena gerak pergi KLIA.

Alhamdulillah, trip penghilang rindu+ wishlist telahpun selesai. Syukur sangat-sangat semua pun selamat dan satu lagi sejarah hidup tercipta.

Untuk expenses, aku tak reti la nak advice, aku pun takde buat breakdown beriya-iya. Tapi aku bawak cash around AUD 1000, cukup la untuk makan, hotel, entrance fee, transport dan sikit souvenir and shopping. Ada gores kad plastik tak sampai AUD 100 rasanya.
Pada sesiapa nak mencoba solo travel, aku rasa Mebourne dan Sydney memang antara pilihan terbaik. bandarnya lively, transportation bagus, aktiviti pun banyak boleh dibuat.

Nanti dekat bawah aku bagi link untuk previous entry.

Bye Sydney !!

beg souvenir-kecik je
perangai hoarder, semua aku simpan
kenang-kenangan peribadi. Aku suka kumpul keychain iconic buildings


Melbourne 

1. Pengenalan - http://dzulichan.blogspot.my/2016/10/trip-cintaku-tertinggal-melbourne.html
2. Arrival, Hosier Lane & QVM - http://dzulichan.blogspot.my/2016/10/trip-cintaku-tertinggal-melbourne_20.html
3. Puffing Billy & Birrarung Marr - http://dzulichan.blogspot.my/2016/11/trip-cintaku-tertinggal-melbourne.html
4. Tesselaar Tulips festival - http://dzulichan.blogspot.my/2016/11/trip-cintaku-tertinggal-melbourne_30.html
5. Shrine of Remembrance & South Yarra - http://dzulichan.blogspot.my/2016/12/trip-cintaku-tertinggal-melbourne.html
6. South Wharf & ACMI - http://dzulichan.blogspot.my/2016/12/trip-cintaku-tertinggal-melbourne_19.html
7. United backpackers - http://dzulichan.blogspot.my/2016/10/hostel-review-united-backpackers.html

nak feeling cinderella? - Flinders street
feeling ghetto?- Hosier lane


feeling nostalgic?- Puffing Billy


Feeling Keukenhoff?- Tesselaar Tulips Festival

Feeling patrioritic?- Shrine of Remembrance

feeling Azizul Hasni?- boleh sewa basikal


Feeling nerd& nak wifi free?- Victoria State Library




Sydney 

1. Arrival &  Sydney Harbour Bridge - http://dzulichan.blogspot.my/2016/12/trip-cintaku-tertinggal-melbourne_27.html
2. Darling Harbour - http://dzulichan.blogspot.my/2017/01/trip-cintaku-tertinggal-melbourne.html
3. Sydney Opera House - http://dzulichan.blogspot.my/2017/01/trip-cintaku-tertinggal-melbourne_23.html
4. Sydney Tower Eye & Paddys Market - http://dzulichan.blogspot.my/2017/02/trip-cintaku-tertinggal-melbourne.html
5. Sydney Harbour YHA - http://dzulichan.blogspot.my/2016/11/hostel-review-sydney-harbour-yha.html


tak boring tengok structure ni

kagum dengan architecture ni

yup..can't get enough

shopping kat sini


my favourite, The Rocks

semoga perkongsian trip yolo noobies ni memberi manfaat kepada mereka (terutama gigirls)  yang baru nak mencoba. Mana yang baik boleh dijadikan panduan, yang sengal sila ignore hehehe.


Till then,


dzuli

No comments:

Post a Comment