Tuesday, March 21, 2017

Namaste Nepal - Part 1 (Arrival & Thamel Street)


Assalamualaikum

Aku nak mulakan entry Nepal since office punya kerja masih under control. Lagipun excited pulak nak buat entry ni.

9 mac 2017, flight kami dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari. Ada 4 orang ahli trip termasuk udey akan naik flight yang sama dengan kitaorang. Pagi-pagi mintak najah dropkan aku kat TBS before dia masuk office. Boleh la pulak pagi tu jem hazabedah kat SILK dan kitaorang ikut jalan waze. mak aih, lalu kilang-kilang mana ntah, nak nangis aku mengenangkan tayar yang baru tukar kena lalu jalan tahape-hape. Sampai la KLIA dengan selamatnya lebih kurang pukul 9.30 pagi. Awal lagi tu, mari breakfast dan mereput kat McD dulu. Masa tengah breakfast, Udey roger cakap dia dah sampai. Tapi aku masih tunggu Ean dan kak Yang yang lewat dan sangkut dalam jem pulak. Sebagai seorang introvert, aku segan nak p join Udey, aku cakap la kitaorang akan hai-hai dekat gate nanti.

Diorang sampai je dah dekat pukul 11.00 pagi dah, cepat-cepat masuk departure hall. Smpai je kat gate, ramai tengah boarding, so kitaorang lepak dulu. Beberapa menet kemudian, datanglah seorang mamat menegur kami, ya..itulah tokey trip ini. Udey Ismail. Hai-hai dan berkenalan kat gate je. Actually, memang kami semua ahli trip tak pernah jumpa pun. Apa-apa info thru wassap je.

Cabaran menaiki pesawat dengan warga Nepal, hahahaha. Seperti yang diketahui, kebanyakkan warga nepal datang berkerja lah di negara kita ni, so diorang bawak balik barang memang banyak, rasanya 30kg allocation pun konpem penuh, so overhead compartment memang macam nak meletop!!. Terjerit-jerit FA tak bagi diorang sumbat barang dalam overhead compartment yang dah full tu.
Aku, Ean ngan Kak yang pulak duduk asing-asing sebab nak dok tepi tingkap kononnya. Sebelah kami memang Nepalese lah, boleh la pulak diorang ni selambe je invade personal space kita sebab nak tengok view kat tingkap, Ya amponn!! puas dah " excuse me, excuse me" Tau la korang excited nak balik kampung.

Flight mendarat je, memang kitaorang tergelak-gelak dan berjanji yang kami akan duduk sekali untuk flight balik nanti. Nak tengok himalaya sangatlah kan..yang ko dapat, terkepit hujung seat sebab diorang ramai-ramai nak jenguk tingkap !!

senarai barang-barang kena bawak.

Flight mendarat di Thibuvan International Airport lebih kurang pukul 2.30 p.m
Bienvenida Kathmandu!!

Sampai je airport, kami terus apply Visa on Arrival. Awal-awal lagi Udey dah suruh kami isi form online dan print siap-siap supaya cepat sikit urusan. Tengok mat-mat salleh baru dok beratur nak isi online kat mesin-mesin yang disediakan. kami terus je ke kaunter visa dan bayar RM 120 ataupun USD 25 untuk visa 15 hari.

Masa ni baru berkenalan dengan jemaah yang lain, kak Maz, Julie dan Inaz. Dah setel semua terus p ambik beg dan berjanggut gak le nak tunggu. Sebelum keluar airport dengan luggage, diorang mintak luggage sticker dekat boarding pass tu, first time la aku jumpe airport mintak menda tuh. Tapi Udey dah pesan siap-siap dah dari tadi.

Keluar je airport, kami dijemput oleh tokey Odea Services, Devi
wargh..cam tak caya dah sampai Kathmandu *sujud syukurrr*
Disambut umpama PM dengan kalungan bunga dan air mineral, masa ni jumpa sorang lagi guide kami iaitu Hanis@Darabdua. Aku follow mamat ni lama dah dalam twitter dan i.g, akhirnya berjumpa jua. Hanis datang naik flight AirAsia dan dia seorang je warga melayu dalam flight tu. Nasible..haha.

Naik van dan dibawa terus ke hotel. Jarak dari airport ke hotel kami dalam 30 minit macamtu.



Art Hotel, Thamel Marg
Bilik triple sharing. Lawa dan agak luas. Puas hati!!
Devi's welcome kit haha..passport tu aku punya la.

Semua jemaah pun jenis tak sesabo nak explore Thamel street, kami berkumpul semula kat lobby around pukul 5.30 untuk minum petang dan jalan-jalan.

depan hotel

Devi bawak kami minum petang kat Hotel Mandap. Kami dapat rasa makanan terkenal di Nepal iaitu momo dan pakhoda. Momo ni macam dumplings la either fried or steamed. Pakhoda ni macam kuih india yang kacang dal ada sayur-sayur tu. Aku lagi suka pakhoda. Layan pulak dengan masala tea petang-petang yang dingin..perghhhhh

geng sampai awal. Yang baju belang tu Devi. Laki ye bukan pompuan

comel je restoran  ni
ada hotel dan bakery jugak. 
Khusyuk dengar diorang dok sembang pasal travel
masala tea terbaek
Pakhoda
Steamed Vege Momo
Lepas makan, kami jalan-jalan usha Thamel Street. Udey nak cari essential oil. Kitaorang pulak cuci-cuci mata je. Baru 2-3 jam di bumi KTM, takkan nak tapur rupee dah kan?. Kami juga tukar duit rupee kat sini je. Rate lebih kurang Rs 100 = RM 4 camtu.

kedai jual cenderamata
sabun dari bahan semulajadi
banyak pub, restoran dan kedai-kedai
majlis kawin pun ada
syukurlah Malaysia guna underground cable.
orang shopping, kau selfie
cari essential oil




Udey bawak kami masuk kedai "Beni". Kedai yang menggunakan barang-barang recycle menjadi souvenir dan duit hasil jualan disalurkan ke tabing apa ntah. Tokey kedai ni la penulis buku "penguins of Himalaya" yang menceritakan pasal porter/guide di Everest kalau tak silap. Aku x beli pun sebab Kak Yang dah beli.



Dah abis jalan-jalan, balik hotel dan mengopi dekat kedai kopi bawah hotel. Kononnya nak tunggu geng yang datang naik flight dari KL pukul 6.10 p.m. Pukul 10.00 malam diorang tak sampai-sampai lagi so kami naik bilik dulu, mata dah nak melabuh, Udey call bilik ajak keluar untuk dinner dengan jemaah yang baru sampai around pukul 10.30 malam. Turun lobby dan berkenalan pula dengan ahli yang baru sampai, Alin, Leen, Tini, Hikmah dan Asiah.

Kami pergi dinner dekat satu pub H2O, dekat-dekat je dengan hotel. Makan momo, pakhoda dan veggie fried rice sambil bersembang-sembang.

Balik bilik dah dekat pukul 12.00 malam, habislah hari 1st di kathmandu yang penuh dengan adengan menyembang dan mengenali hati budi..cewaahhh..



Till Then



dzuli

10 comments:

  1. bestnya sabun-sabun tu !! ko beli tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak beli..Rs250 seketoi @ RM10 hengget hehe

      Delete
  2. Dulu kami beli seat kat Quiet Zone. Sbb menjangkakan mesti satu flight penuh dgn Nepal kan. Quiet sangat!!! Kita nak tgk Everest, diorg pun nak tengok jugak. Kelakor sgt rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malindo takde quiet zone, flight biasa je. Aah..memang pun, diorang pun sibuk nak jenguk tepi tingkap walaupun tu tingkap kita!!

      Delete
  3. kagum aku dengan semangat update blog ko ni, cepat sambung lagiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..time semangat kena teruskan momentum..takut lama2 sakit otak nak ingat balik details trip

      Delete
  4. waa...rindu nepal...hehe. x jd ke sambung ke pokhara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...melekat betul lah kat hati. tak jadi pokhara, takde cuti hehehe..makan hati je tengok gambar diorg.

      Delete
  5. bestnya..suka tempat2 tradisional mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..jatuh cinta sangat2 dengan Kathmandu ni

      Delete