Saturday, March 25, 2017

Namaste Nepal - Part 2 (Local Market)


Assalamualaikum

Hari kedua di Kathmandu. Sebenarnya kalau ikut itinerary Kiwionearth, harini kami dijadualkan sampai, tapi sebab kitaorang ni tak sesabo, sampai sehari awal, hari kedua ni memang free and easy je la. Selepas breakfast, kami keluar ramai-ramai ronda Thamel lagi, Udey cakap nak tunjuk kedai barangan outdoor kat sini. Harini takde story sangatlah, just gambar-gambar. Unik sungguh Thamel Street ni, walaupun busy, hon sana-sini, bontot mungkin hilang bergesel dengan kereta di lorong sempit, tapi suasana itulah yang dirindui bila balik Malaysia ni.

Buah kat sini nampak segar. tapi aku tak beli pun, tak tau bila nak makan
susana pagi di Thamel. kedai baru nak bukak, budak-budak nak p sekolah, kami nak pergi menyebok
Pakcik bawak beca
menunggu pelanggan. Ni dah kat depan sana, permulaan Thamel Street
Prayer flag merata-rata



Masa jalan-jalan, Udey kasi la tips sikit-sikit untuk street photography. Pergh, semua naik photographer mode gitu. Lepas tengok gambar-gambar diorang, memang lawa-lawa belaka. Letih jari tekan like.

Garbar lawa ini dari Udey Ismail
Pun dari Udey jugak, kami tukang sengeh depan kamera je
siap dengan tangan-tangan naik. Amende la diorang merapik

Lalu kat satu blok yang banyak butik-butik outdoor terkenal dan mahal seperti Black Yak dan North Face, kat hujung sekali ada kedai kopi femes di Kathmandu iaitu Himalayan Java. Lucky for me, Udey dan Hanes suka mengopi dan tau pasal kopi, jemaah yang lain pun sama suka mengopi. Memang syok la layan since travel partner abadi aku tu takleh minum kopi. Aku tinggalkan diorang kat bawah tangga Himalayan Java hehehe.. Takdelah, diorang minum la tea or hot cocoa.

kopi dipanggang segar di dalam kedai
bau semerbak. Ya ampun..Coffeegasm
dan..segelas honey latte. Kalau less sweet sikit mesti lagi
 sedap sehingga menjilat cawan

Lama jugak kami melepak kat Himalayan Java ni, di tambah pulak dengan WiFi laju dan sekumpulan wanita si satu meja. Kau ghase?? lepas satu, satu topik penyembangan.

Dah habis minum, aku cadang nak p Garden of Dreams, tapi Udey ajak jalan-jalan local market. Kami pun tak melepaskan peluang itu, Ayuh!!. Cadangan asal nak ke Local market dan ke Durbar Square.

kesan earthquake haritu, tapi bangunan masih kukuh
Mintak izin nak masuk dalam, local people diorang ni ok je. Jangan la main redah je, mintak elok-elok
dalam bangunan, ada bangunan. 

tudia..in action
memang unik dalam ni.
sifu menurunkan ilmu, ambik gambar subjek berlatarbelakangkan bangunan. Tengok posing masing-masing
Kismat, model of the day. Depa bagi coklat dengan biskut kat dia. Thanks Kismat 
Masuk dalam lagi, jumpa sekolah pulak.
Sporting cikgu, siapakan anak murid sebelum bergambar

Pintu kedai/rumah yang unik.

Tengah siap2 nak posing, pakcik tu keluar rumah..
Ada temple di tengah-tengah pekan



Apa sifu Udey suh mabik gambar, kita ambik sahaja walaupun hasil tahapa2
Udey suh amik gambar auntie tu ala-ala potraiture, I maluu..

Bergosipan ape tuu
Holifest is coming

Tengah syok-syok layan ambik gambar sambil tengok kehidupan seharian local poeple, tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya, semua bungkus kamera masing-masing dan berteduh dicelahan kedai. Maka, niat nak ke durbar dibatalkan sebab hujan takde tanda-tanda nak berenti.

Last sekali kami p makan nasik beriyani kat Al-Madina halal food. Beriyani sedap gile, terbaek dari Kathmandu. Tengah makan, 2 lagi ahli sampai iaitu Norikka ngan Luqman.

Half buffalo beriyani. Rasanya around Rs90-110. murah dan sedap

Lepas makan balik bilik untuk solat kejap, Hujan pun masih lebat. Aktivity pergi Durbar Square terpaksa dibatalkan. Petang-petang sikit kami keluar jalan cari barang. Boleh pulak sesat barat kat Thamel. Ada satu landmark yang kami ingat untuk ke main area Thamel, Bong House.
Sampai kesudah tak jumpa Bong Housenya..last-last beli je kat mana jumpa. Rupanya kami dah smpai ke jalan benar, tapi patah balik sebab nampak sunyi dan scary..huhu
Nepali ni agak baik ngan rakyat malaysia. Sebut je malaysia, InsyaAllah dapat layanan dan harga spesel hehe. Udey cakap diorang juga agak honest dalam pekerjaan, Devi pun cakap Kathmandu lagi selamat dari KL. ha kau!!
Beli barang tu kena bargain la sikit, pujuk2 sikit abang Nepal.

Dah shopping, perut lapar sikit, ajak diorang layan Pakhoda kat Mandap lagi. Yang bestnya, ada fireplace dalam resto ni. Layan sungguh la Pakhoda, masala tea ngan WiFi laju. tengah makan, nampak Udey, Juli, Inaz, Hanis, Kak Maz ngan Ika pun ada kat sini rupanya.


wajah happy dengan hasil tuaian kasut baru. Diorang la.
tuaian 2nd day. Cashmere pashmina ngan bekalan esok. 

Lepas makan terus balik hotel. Esok banyak acara.
tamatlah 2nd day di KTM


Till then




dzuli

4 comments:

  1. kasut murah ke kat sana dik ? tunjuk le gambor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahanla..banyak pilihan dan berkualiti.
      Takde gambar, saya tak beli pun hehe

      Delete
  2. dapat geng minum kopi mmg layan, wifi pun laju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang, perangai dari malaysia membawak ke oversea

      Delete