Friday, March 17, 2017

Namaste Nepal - Pengenalan


Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku telah selamat pulang dari trip Nepal (Kathmandu). Dekat setahun jugak la plan, ditambah dengan hiccups sana-sini, akhirnyaa..tanggal 9 Mac 2017 kami berlepas dari KLIA dan 14 Mac 2017 kami pulang semula ke tanahair
Trip ini hanya 6 hari 5 malam dengan fokus utama ialah Holifest dan attractions di Kathmandu sahaja.

Sebenarnya aku join tour under @kiwionearth (dulu dikenali sebagai aoteroa tour) dan tokey trip ini ialah Udey Ismail, yes the photographer. Ni kira first time la aku join group tour yang besar dan all included. Selalu join ground package je. Memang risau jugak la kan sebab banyak baca benda-benda tak best pasal tour package dalam FB, tapi Alhamdulillah semuanya sangat Ok dan best gilaa. Akak bagi 5 bintang kepada kiwionearth

Cerita dia, aku memang lama dah teringin nak pergi Nepal lepas tengok video "Postcard to Kathmandu"- by Udey Ismail jugak around 3 tahun lepas. Lepas tu tengok pulak gambar2 dan cerita dari Meng dan Agip. Tapi impian tu aku simpan je lah dulu. Tiba-tiba suatu hari di tahun 2016 aku nampak i.g post dari kiwionearth "Holifest tour 2017". Apa lagi..terus aku umpan geng trip Cambodia dan diorang semua nak pergi. Yes!!

pakej tour RM 1200 with booking RM 300 sahaja. Agak affordable lah kan, kami juga dapat beli tiket return KUL-KTM return dengan harga RM 1060 (sapa suruh terhegeh-hegeh beli lambat). Duit belanja aku just bawak USD 300 dan cukup untuk makan, entrance fees, shopping dan mengopi. Tu pun ada balance sikit.

kat sini aku bagi simple itinerary kami sepanjang kat sana :

9 Mac 2017 - Bertolak dari KL. Waktu KTM awal 2 jam dari Malaysia. Free and easy sahaja, jalan-jalan di Thamel dan mengopi

10 Mac 2017 - Jalan-jalan di local market, Udey bagi tips photography sikit-sikit. Best gile local market diorang, banyak benda "tersembunyi"

11 Mac 2017 - Bhaktapur, Pashupatinath Temple dan Boudanath Stupa. Malam ada welcome dinner with culture dance

12 Mac 2017 - Holifest..Happy holi!!!

13 Mac 2017 - bertolak ke Nagarkot ( lebih kurang 1 hour dari KTM)

14 Mac 2017 - Balik Malaysia 


Aku tempek sikit gegambar yang sempat diambil. Seriously KTM memang picturesque. Kalau zaman kamera kodak, 3 gulung pun belum tentu cukup haha.

mengopi di Himalayan Java. Sedapnya kopi diaaaa. Biji kopi dipanggang segar

morning at Thamel Street.
pintu diorang yang unik dan comel. Konpem aku kena masuk mengiring haha..
Budak sekolah yang sporting
Local Market

masuk dalam rumah orang. Tapi kami mintak izin

Sadhu di pashupatinath. Katanya yang ni bukan sadhu sebenar, saja je cari duit lebih
Pashupatinath lagi
tengok body cremation caremony. Dari jauh jelah
wajah-wajah di Bhaktapur 
setiap lorong ada keunikannya
ajak member baru buat perangai - Travel for social media hahahaha
ehem.
red clay bricks dari bangunan sampai ke jalan. Me likey!!
bermandi serbuk colour. Happy holiii!!!
90% jemaah trip ialah perempuan. 
Tour guide dari Odea Services yang menjaga kami dengan baik sekali
gambar lawa dari sifu Udey Ismail. masuk TV nepal ni, nasib baik bukan TV3, 
Hutan pine di Nagarkot. 
view dari balkoni bilik, kalau cuaca elok nampak Himalaya range wooo
nampak sikit himalaya range. jadilah pengubat rindu
bukak pntu bilik nampak ni...rasa taknak balik
full moon di Nagarkot
from Kathmandu with Love
banyak mengopi kat sini, almost hari-hari
hasil godaan abam peniaga di Thamel. 

Memang best gile Kathmandu. Agak busy dan sesak tapi aku suka je. Orangnya pun baik-baik sahaja. Service dari Kiwionearth dan Odea services memang terbaek. InsyaAllah kalau ada trip yang sesuai aku tak ragu-ragu nak join lagi.

Special thanks to Udey, Hanis dan Devi .

Ahli jemaah memang sporting habis, semua best dan sekepala. Anda semua menjadikan trip ini lebih indah dan bermakna!!

Ean dan kak Yang..seronok rasanya berkongsi trip yang best ini dengan ualls..bulan Mac ialah bulan berjimba (menurut memory FB haha)


Full entry mungkin menyusul 2-3 bulan lagi dan sementara itu, marilah mereput kerana aku akan menggantung passport sampai hujung tahun ni T_T





dzuli

11 comments:

  1. Waaahhhh... rindu Nepal... patut la hari tu tgk IG awak dgn IG Udey lebih kurang sama je gambarnya... pergi pakej dia rupanya...

    update cepat2 ye! :-)

    ReplyDelete
  2. Eh... lepas main warna warni tu, baju tu senang tak basuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..update cepat tu yang susah sikit...
      memang baju kena buang jelah lepas holi tu..teruk beno rupanya, nak basuh pun tak sanggup hehe

      Delete
  3. aku pergi KTM Stesen Petaling jerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. up la sikit lagi. KTM tanjung malim

      Delete
  4. i was one of the jemaah. haha
    it was a blast! Best! Balik Msia da panas balik, rindu kesejukan kalah peti ais Kathmandu. Haha
    kalau nak g mana2 nt, pm tepi sis. kot2 bole join. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Asiah hehee!!
      bisa..bisa..kalau ada plan yg sesuai nnti kitaorang roger2

      Delete