Thursday, March 2, 2017

Sawasdee bangkok -Part 5 (Terminal 21 & Siam Center)


Assalamualaikum.

Marilah menghabiskan entry Bangkok ini supaya aku boleh move on untuk entry-entry yang lain.
hari last ni, semua pun bateri dah low dan marilah bermalas-malasan.
Plan harini hanyalah mall, makan dan Chao Pharaya River Cruise. Nak masuk Grand Palace pun dok fikir banyak kali. Selain duit yang menyusut, masa pun macam tak cukup je.

Awal pagi kami request Uber untuk ke Terminal 21 Shopping center. Mall yang berkonsepkan airport dan beberapa bandaraya besar di dunia. Saja je nak tengok lepas baca blog-blog orang lain. First time ni masukkan mall dalam itinerary tempat yang wajib dilawati.


Konsep Jepun. 
Ini tandas yang mendapat award. Free ok, bukanlah seperti tandas VIP di Sungei wang yang
kena bayar RM 2
ada banyak butik-butik jugak
kerlas, tetiba sampai London. Setiap escalator ada gate macam kat airport
London Red Bus pun ada


Istanbul pula

Golden gate Bridge, San Fran
level yang menempatkan banyak cafe'





rumah api pun ada
sempat layan pulut mangga kat Pier 21 Foodcourt
level bawah konsep Rome pulak


Dah sampai Bangkok, kena try BTS dia jugak kan. Naik la 1 station ke Siam. Tujuan nak ke Siam Paragon and Siam Center


sikit je aliran dia, kerlas lagi KL muahaha.


Turun dekat station Siam untuk ke Siam Center dan SiamParagon. Berhadapan je. Siam Center lebih hipster dan ala-ala industrial design. Siam paragon mewah sikit, macam Suria KLCC kot.





di dalam Siam Center terdapat Madame Tussauds. Koserla nak masuk.



Tujuan sebenar ke Sian Center sebab nak merasa makan kat Mr.Jones Orphanage Cafe. Terjebak dengan Bibie Karim la ni. Deco dalam cafe ni sangatlah lawa, tapi sempit sikit.


bumbung cafe


menu-menu. Tanya la yang mana ada alcohol. Mango set tu nampak inzal, tapi baru je makan pulut mangga tadi.


Menu pilihan kami ialah something thick toast. Sedap. lepas tu ada promotion apa tah, beli kek percuma brownies. Aku tak minat sangat. Kami lebih berebut makan french toast tu. Lagi satu aku suka sangat coffee cup dia. Lawa.




 usha Siam Paragon kejap. Takde apa sangat pun. 

apa ke pesen gambo ni??
banyak butik mewah, masuk ambik aircond je. Uniqlo dia besar

 Kemudian, kami uber ke Masjid Darul Aman, dah alang-alang sampai sini dan nak mencari makanan lunch. (Makan lagi!!!) Bebudak ni kena dapat nasik, kalau tak ada yang lemah semangat bagai.
Uber tak jumpe masjid tu sebab dia terletak di celahan bangunan je di area Ratchathewi, Uber driver tu siap mintak no telefon masjid untuk call. Tergelak kitaorang, kitaorang mana ada no phone imam masjid tu bang oi. Tapi akhirnya jumpe la jugak. Thanks uber driver baik hati
Ada train pergi sini, tapi kami semua malas jalan






Lepas solat dan berehat kejap sebab panas sangat time ni, kami keluar cari kedai Fareeda Fatornee tu, tapi sebab dah lewat, banyak lauk dah habis. Kami makan kat kedai sebelah tu. Tak ingat nama. Order green curry dan Siakap sweet sour. Mahal jugak la sebab ikan tu. makcik kedai la beriya suruh kami order, takpelah sebab sedap jugak la.

apasal gambar kelabu asap sangat tah


Lepas makan, kita uber ke Saphan Taksin Station. Chao Pharaya River Cruise aku buat entry lain


Till Then




dzuli

2 comments: